Dengan selamba lelaki itu mencium pipinya. Darah Fyna terus naik ke muka kerana marah.
"Nama aku, Airiel... Airiel Ardi. Ingat tu!" Airiel terus berdiri. Dia gembira dapat mengusik gadis itu begitu.
Fyna yang terlalu marah dengan tindakan lelaki yang tidak bermoral itu bangun lalu memanggil lelaki itu.
"Encik Airiel Ardi..." manja sekali suara Fyna di pendengaran Airiel.
Airiel pun berpaling dengan senyuman yang manis.
Bukk!!
Fyna menumbuk tepat pada mulut Airiel yang begitu selamba mencium anak dara orang.
Gigi Airiel berdarah akibat tumbukan itu. Orang sekeliling pula terkejut melihat kejadian itu. Airiel benar-benar rasa malu.
Fyna terus tinggalkan Airiel yang terduduk itu.
"Airiel, kau okey?" kata kawan Airiel, Malik.
"Aku okey. Tak guna punya perempuan!" geram Airiel. Maruahnya dah tercalar.
Dua minggu Airiel mencari Fyna di gelanggang futsal itu tapi tak juga bertemu. Makin panas jiwa Airiel apabila teringat tumbukan perempuan itu. Perempuan itu mesti mendapatkan pembalasannya sebab buat aku malu.
Tiba-tiba dia menangkap wajah seseorang yang sedang berjalan melintasinya. Wajah itu seakan dia kenal. Perlahan-lahan dia mengekori perempuan itu.
"Kan cantik Fyna pakai baju kurung." Puji Mak Cik Jemah.
"Fyna dah memang cantik."
"Cantik memang cantik. Kalau pakai pakaian jantan tu, dah tak nampak perempuan dah." Perli Mak Cik Jemah.
"Ala sekali sekala. Okey kita dah habis ajar Aisyah. Kita nak gi main bola jap."
"Pergilah nak!"
Fyna terus berjalan tanpa dia sedari yang Airiel mengekorinya.
Rambutnya yang panjang di sanggul tinggi. Kain baju kurung ditanggalkannya. Dia sudah lengkap pakai seluar strack di dalam. Dia mengeluarkan bola keranjang yang berada dalam begnya.
Fyna mula melantunkan bola dan terus masuk ke dalam jaring bola keranjang. Puas hatinya setiap kali dapat menjaringkan gol. Tiba-tiba jaringannya kali ini ditepis seseorang.
"Kau!" tinggi suara Fyna apabila melihat Airiel menepis jaringannya.
"Kalau kau boleh kalahkan aku, aku belanja kau makan dan kalau kau kalah, kau kena jadi kekasih aku." tawar Airiel.
Fyna tersenyum nipis. Dia malas mahu melayan Airiel.
"Baiklah!" Fyna sahut juga cabaran itu.
YOU ARE READING
Mainan Cinta
Novela JuvenilMainan Cinta ni credit to Azalea Eshal. Cerita ni adalah cerita pendek iaitu cerpen. so, do support and enjoy your reading!❤