🐻 BAB 1 🐰

31 1 0
                                    

Beberapa gambar yang ditangkap
seseorang sewaktu dia sedang
berjalan di sebuah pasaraya itu
diletakkan di atas meja. Jisoo
melabuhkan duduk sambil rambutnya ditolak kebelakang.

Helaan nafas dihembus kasar. "Again?"
"Yes! Gila bukan? Kau rasa siapa yang buat semua ni? Rose, ini bukan kali pertama tau orang ni tangkap gambar aku dalam senyap macam ni. Mesti ada seseorang yang tengah perhatikan aku
dari jauh..." gusar Jisoo.

Rose hanya diam sambil dia ligat berfikir. Dagunya diusap beberapa kali. "Kau tak ada syak siapa-siapa ke?" soal Rose semula.

Jisoo gelengkan kepalanya. "Buat masa ni tak ada sesiapa yang nampak
curiga bagi aku. Aku tak tahu Rose.. Dia tak pernah tunjukkan muka dia depan aku. Tahu-tahu aje, gambar ni dah sampai..." Jisoo picit pelipis dahinya.

"Creepy gila! Kau rasa lelaki ke perempuan? Tapi macam tak logik pula kalau perempuan yang buat. Kalau lelaki, maybe. Ataupun mungkin
lelaki tu suka dengan kau. Kau tak rasa macam tu ke Jisoo?" soal Rose seakan-akan teruja dengan
tekaannya itu.

Jisoo terdiam. Tidak pula dia menafikan. "Sukakan aku?"

"Exactly! Kalau kita dah obses dengan
seseorang tu, tak mustahil kita akan cari maklumat tentang dia sampai lubang cacing sekalipun. Aku yakin orang ni, orang yang ada simpan perasaan dengan kau. Mungkin dah lama..." Jisoo tarik nafas panjang.

"Weh agak-agak la... Jangan takutkan aku. Tegak semua bulu roma aku sekarang ni," ujar Jisoo sambil dia
menggosok-gosok kedua lengannya.

Rose ketawa halus. "That's why la kau tak boleh kalah dalam permainan si dia ni. Kau kena sentiasa alert dalam apa jua keadaan Jis. Boleh jadi dia ada dekat mana-mana sekarang ni. Never let your guard down Kim Jisoo. Tolong dengar
cakap aku."

"Kalau dia sebenarnya orang yang rapat
dengan aku macam mana?" soal Jisoo.

"Maksud kau?"

"Orang yang aku dah kenal..." balas Jisoo sambil dia melihat kawasan sekelilingnya. Rose anggukkan kepalanya.

"Boleh jadi. Mulai harini, kita akan cari siapa dalang disebalik semua ini. Aku akan pastikan kita dapat tangkap
si dia ni, dan tanya kenapa dia buat semua ni," ujar Rose bersungguh-sungguh.

Dan tanpa mereka sedar, ada sosok seorang lelaki yang memakai hoodie berwarna hitam dengan wajah yang ditutupi dengan mask hitam
sedang memerhati tepat ke arah mereka.

"Catch me if you can dear..." tuturnya dengan tawa halus. Seminit kemudian, dia terus berlalu pergi dari kawasan.

"Jisoo!" panggil Rose kuat. Jisoo tersentak. Kepalanya digeleng
beberapa kali. Tak! Tak mungkin! "Hei, kau kenapa?" soal Rose resah.

"Rose... Aku rasa aku nampak dia tadi."
"Siapa?"
"Stalker bodoh tu la!" balas Jisoo sebelum dia bingkas bangun dari duduknya.

Rose terkejut. Dia juga sama bangkit dari duduk. "Hah?! Mana? Mana dia?!" tanya Rose ingin tahu.

"Aku nampak dia dekat tingkat atas. Tapi tadi dia dah lari. Jom kita kejar dia sebelum dia hilang buat kali yang kedua," ujar Jisoo dengan dada yang berombak kencang.

Sungguh kalini, dia tak akan sesekali lepaskan gerangan itu. Sejurus itu, Jisoo dan Rose terus berlari ke tingkat atas. Sampai disana, Jisoo mula
memerhati kawasan disekelilingnya.

"Mana? Mana dia Jis? Dia pakai baju warna apa tadi?" tanya Rose bertalu-talu.

Jisoo masih khusuk memerhati kawasan disekelilingnya. Seketika dia mengeluh panjang. "Terlepas lagi..."

"SO Fucking Beautiful

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SO Fucking Beautiful..." Sebuah dart dituju tepat ke arah sebuah gambar yang dilekatkan di atas dartboard itu. Dia tersenyum penuh puas. Komputer yang terpasang beberapa CCTV itu
ditenung lama.

"Aku akan sentiasa perhatikan kau Kim Jisoo. Kemana kau pergi, dengan siapa kau pergi, bila kau pergi, aku akan pastikan, aku tahu semua
tu...." gumamnya sambil dia menyandarkan tubuhnya di dada kerusi. Tulisan "Shadow Hunter" yang tertera di dinding itu dipandang sekilas.

"Kenapa susah sangat kau nak tangkap aku sayang? Susah sangat ke kau nak teka aku ni siapa? Aku sentiasa ada dengan kau. Takkan kau tak nampak aku lagi... Apa yang kau nak
Jisoo?" Seraya satu lagi dart dituju ke arah dartboard itu.

"Catch me Sayang..." Satu lagi dart dituju tepat ke arah gambar Jisoo yang dilekatkan itu. "Catch me if you can!" Kemudian, tawanya terhambur disitu. Gambar Jisoo yang dilekatkan tadi dicabut seraya ditenung lama.

"Cantik macam selalu." Dikucup sekilas
gambar tadi. "Kau lambat sangat Sayang... Kau lambat untuk sedar kewujudan aku. Apa lagi yang aku
perlu buat untuk kau nampak kewujudan aku?

Perlu ke aku muncul depan kau sebagai... "Shadow Hunter?" Dia ketawa terbahak- bahak disitu. Namun, tak sampai seminit tawanya langsung mati. Tubuh badannya terus ditegakkan dan dirapatkan di meja. komputer dihadapan ditatap penuh dingin.

"No!" jeritnya kuat tatkala kornea matanya dapat menangkap susuk Jisoo yang sedang berbual dengan beberapa orang lelaki. Kirana yang sedang bergelak tawa disitu buatkan api kemarahannya semakin membuak- buak.

Rahang diketap erat sambil penumbuk
digenggam. "Tak ada sesiapa yang boleh tengok senyuman kau melainkan aku..." tuturnya dingin. "Just wait My Dear..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
OBSESSION MINDWhere stories live. Discover now