"Kau ni bodoh ke apa? Terhegeh-hegeh!" bentak Julia.
Dekat luar sudahlah panas, Bunga pula lambat buka pintu.
"Yang kau gatal kunci pintu kenapa? Huh!" Marahnya lagi. Kaki sudah melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah masam mencuka. Barang-barang yang dibeli tadi diletakkan ke atas meja makan plastik.
"Ma-Maaf Mak Cik." Bunga hanya mampu tertunduk ke bawah. Tak berani dia hendak melawan pandangan Julia padanya. Pandangan itu sahaja dah cukup buat badannya bergetar yang maha hebat.
Melihat reaksi Bunga yang tergagap-gagap,Julia menaruh syak wasangka. Dia bergerak ke luar rumah kembali untuk melihat kasut suaminya yang dah tiga hari tak balik.
"Cis!" Sumpahnya. Jari di tangan kirinya dikepal kuat dan ditumbuk ke tapak tangan kanannya.
Julia meluru masuk ke dalam rumah dan terus menerpa pada Bunga. Rambut panjang keperangan Bunga ditarik dan direntap tanpa belas kasihan sehingga gadis itu menjerit kesakitan.
Pang!
Pipi kiri Bunga ditampar kuat tanpa sebarang amaran.
Pang!
Pipi kanan pula mendapat habuan.
"Kau menjalang dengan laki aku hah?" Soal Julia dengan mata mencerlung ke arah Bunga.
Bunga sudah merembeskan air mata. Kepalanya berkali-kali di geleng sambil tangannya juga memegang tangan Julia yang sedang mencengkam rambutnya.
"Dasar betina sundal!"
Pang!
Pang!
Kedua-dua belah pipi Bunga ditampar lagi sepenuh hati. Kemudian, dia mengheret Bunga masuk ke dalam bilik mandi.
Tubuh Bunga dilempar ke atas lantai dengan kuat.
Gayung di dalam baldi juga diambil dan dia mencedok air dari dalam kolah lalu disimbahkan kepada Bunga dengan begitu kasar.
Dadanya berombak kasar. Amarahnya memuncak!
"Dasar betina kurang ajar!"
"Sundal!"
"Betina jalang."
Berbakul-bakul sumpah seranah yang Julia lemparkan pada Bunga.
Dia melampiaskan segala amarah dan amukan pada tubuh Bunga.
Sementara Badul di dalam bilik tidur, menekup telinga dengan bantal kerana bingit pada tempikan isterinya.
Fuhh... Mujur tak sempat dia rodok si Bunga. Jika tidak, sekali dengan dia mampus kena bedal dengan bini dia.
Nazrul berlari mengejar Bunga yang langkahnya semakin laju.
Dia tahu Bunga mengelak dari dia.
"Bunga!" Lengan Bunga berjaya dia lelar. Nafas panjang ditarik dan dihembus. Semput dia nak kejar kaki panjang Bunga.
"Kenapa lari dari Abang?" Soal Nazrul. Haish Bunga, dia tundukkan wajah macam nampak hantu. Nazrul pandang sekilas, ada beg plastic berisi roti di tangan Bunga.
Bunga gelengkan kepala.
"T-tak lari. Bunga nak cepat." Jawab Bunga dengan nada suara yang begitu perlahan.
"Kot ya pun, Abang panggil menyahutlah." Nazrul mengeluh. Sejak-sejak akhir ini, Bunga selalu mengelak dari dia. Jumpa di tempat kerja Bunga pun dia mengelak juga.
YOU ARE READING
His Little Girl
RomantikBunga Leyla... Semua yang terjadi bukan dipinta. Nasib hidupnya diperkotak katikkan oleh seorang lelaki yang ingin menjadikan dia 'Lauk' namun sedang menanti masa yang sesuai. Hidupnya sering dicaci, dimaki dan diejek. Di rumah menjadi babu, Di s...