Part 1

3 0 0
                                    

──── ୨୧ ────

26 December 2023 di  Italy

                    Hari ini , Areya akan pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan keluarganya setelah 1 tahun tidak berjumpa . Areya telah selesai menghabiskan pelajarannya disini dan sekarang tibalah masanya untuk pulang ke negara di mana ia dibesarkan setelah ayahnya meninggalkan mereka sekeluarga . Dia juga bertujuan untuk berkerja di Malaysia agar tidak terus berjauhan dengan keluarganya .

                Areya memasuki kedalam supermarket berdekatan dan membeli sandwic  dan air putih untuk dijadikan sarapan paginya . Areya juga tidak keseorang disitu , terdapat seorang sahabatnya yang bernama Eryna Airisa . Dia juga turut ingin pulang kerana telah lama tidak berjumpa dengan keluarganya diMalaysia .


              Dan akhirnya setelah berjam-jam menunggu untuk kapal terbang mendarat ke Malaysia , akhirnya sampai juga . Areya mengambil nafas yang berat lalu menarik bagasinya dengan perlahan sambil melangkah .    " Siapa yang ambik awak balik kejap lagi Eryna? " tanya Areya kepada Eryna . " Saya naik grab je , awak pulak? nanti abang awak yang datang jemput kan? "  Jawab Eryna .

 
           Areya mengangguk kepalanya untuk beberapa kali dengan perlahan . " Tak takut ke naik grab sorang-sorang? nak saya tumpangkan sekali ke? Saya boleh bagitau abang saya . "  Eryna ketawa sinis sambil menggelengkan kepalanya . " Tak perlu lah! awak kan duduk dekat Shah Alam , saya ni org  perak . Nanti lama pulak perjalanan awak nak jumpa mommy awak kalau pergi hantar saya... "


          Areya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil senyum . " Betul jugak , kalau macamtu saya keluar dulu . Abang saya kata dia dah sampai . Take care okey Eryna? send my regards to your family tau! " Eryna senyum manis " Okey , me too . Jaga diri okey? apa-apa jadi nanti mesej je saya! kalau saya pergi KL nanti kita jumpa bila-bila masa je eh? "


         Dengan pantas Areya mengangguk dan memeluk tubuh Eryna setelah selesai bercakap dan memberi pesanan serta sedikit nasihat .      Dia melambaikan tangannya ke Eryna dan terus menuju keluar Airport . Areya menolehkan kepalanya kekanan dan kekiri untuk mencari abangnya . Kelihatan seorang jejaka  berpakaian suit hitam yang sedang bersandar di kereta Mercedes hitam , yaitu Abangnya. Lucca!

 

         Tanpa membuang masa , Areya terus berlari sambil menarik beg bagasinya lalu memeluk tubuh jejaka itu . " Lucca! it's been a long time..! "  Hampir terjatuh jantung dibuatnya . Tiada angin tiada ribut! tiba-tiba datang seorang wanita datang dan memeluk . Ingatkan tersempak dengan bekas kekasih tadi , rupanya adiknya sendiri .



         " Damnit, Areya! you really make me shocked . Lepaslah! malu orang tengok . Nanti orang ingat awak ni kekasih abang sebab peluk-peluk cam mana?!  Nanti terus tak jadi dorang nak mintak nombor telefon sebab ingat abang dah berpunya . "  Areya terus melepaskan pelukan dengan perlahan sambil menjeling tajam . Ya , abangnya menjadi perhatian kaum hawa disitu . Maklumlah , lelaki kacak dan kaya macam idaman para wanita diluar sana . Kalau terpandang sekali , mesti nak pandang buat kedua kali .


          Lucca mencapai begnya dengan pantas kerana ketakutan dengan jelingan maut itu . Dia memasukkan beg bagasi itu kedalam bonet kereta . Setelah selesai , dia terus memasuki kedalam kereta dan melihat Areya yang sedang duduk di sebelah sambil kelihatan murung , mungkin ia punca dari kejadian tadi?  Pada mulanya , dia hanya memilih untuk diam tetapi rasa bersalah pula . Akhirnya Lucca bersuara 


         " Okey im sorry , i was just joking earlier . "  Kata Lucca sambil membawa kereta dengan kedua belah tangannya . Pada mulanya Areya hanya terdiam buat sementara ," Okey takpe . " Balas Areya . Lucca tersenyum .


              Dia  terus menukar  topik dan menanyakan beberapa hal tentang bagaimana  hidup Areya di Italy sambil memandu , Areya meluahkan segala perkara yang terjadi . Sungguh banyak perkara yang Areya menceritakan sepanjang perjalanan . Ada cerita yang lawak , mengemosikan , sedih dan menjengkelkan .  Lucca hanya tersenyum sambil mendengar perkara yang diceritakan .



~𝕿𝖔 𝕭𝖊 𝕮𝖔𝖓𝖙𝖎𝖓𝖚𝖊𝖉~




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love and crossesWhere stories live. Discover now