𝐁𝐀𝐁 𝟑

7 0 0
                                    

"Ehem.. Mata tu jaga sikit!" Bisik
Tengku Imelda kepada Hayf.

Tuan Nadhir menggeleng kepala melihat kedua anak-beranak itu. "Err.. Rea naik dulu eh? " Andrea terus membawa pinggan nya ke dapur untuk membasuh nya.

"Eh sekejap nya? Kamu lah ni , Hayf! Suka sangat tenung anak dara orang macam itu" Tengku Imelda mencubit lengan Hayf kuat.

"Aduh! Sakit lah mummy! " Hayf menjeling Tengku Imelda tajam.

"Assalamualaikum! Adik dah balik! " belum sempat Tengku Imelda berkata-kata , ada satu suara yang menyampuk.

Ya , benar sekali. Itu suara Tengku Ilyana , anak perempuan terakhir dalam keluarga The Lion's.

"Waalaikumussalam" serentak sekeluarga itu menjawab.

"Nana , jom makan sarapan. Kamu tu dahlah kecik , makan pulak sikit. Mana nya tak kurus? " omel Tengku Imelda.

"Ish mummy ni. Orang balik bukan nak jemput elok-elok , bebel pulak! Ha ni , mana perempuan yang along bawak balik tu? Nak tengok! " muka cemberut Ilyana terus hilang apabila teringat tentang gadis yang dibawa pulang oleh Hayf.

Seingat dia , sepanjang mereka hidup bersama , Hayf tak pernah pula bawa wanita masuk ke dalam rumah? Pelik!

"Dia baru aje habis makan tadi. Dia dah naik masuk bilik tetamu" sampuk Tuan Nadhir.

"Hah?! Nak tengoklah! " lantas Ilyana menanggalkan beg baju nya itu dan berlari menaiki anak tangga itu.

"Ya Allah , Nana! Jangan berlari , awak tu perempuan lah! " jerit Tengku Imelda. Geram sungguh dengan anak nya yang satu ini.

...

"Assalamualaikum , hi! " sapa Ilyana.

"Waalaikumussalam eh? Awak siapa ya?" Soal Andrea.

"Oh lupa nak perkenalkan diri , nama saya Tengku Ilyana Binti Tengku Nadhir Louis. Anak perempuan terakhir The Lion's a.k.a adik Tengku Hayf Louis" Ilayana mengenalkan diri nya terhadap Andrea.

"Oh maafkan saya puan , saya tak tahu" Andrea akui bahawa dia tidak tahu akan perkara ini.

"Eh! Tak payah ber 'puan' lah dengan saya , panggil yana aje. Awak ni takut sangat , saya bukan nya makan orang. Saya makan nasi lah! " gurau Ilyana. Andrea dan Ilyana turut tertawa bersama hingga memecah kan kesunyian di dalam bilik tidur itu.

"Awak umur berapa? " soal Ilyana pula.

"Umur saya 20 , yana"

"Oh sama lah dengan saya! Cuma saya ada rumah sendiri , harini balik pun sebab awak " cerita Ilyana.

"Eh lupa nak tanya , nama awak apa eh? "Soal Ilyana lagi.

"Andrea Sophea. Awak boleh panggil Rea je"

"Awak tak kerja ke? "

"Hm.. Saya tak kerja. Saya dapat duit pun sebab tolong basuh pinggan dekat kedai makan. Mak saya pula tak kerja , dia selalu pukul saya sebab dia ingat yang saya ni punca ayah saya meninggal dunia.." terus layu muka Andrea apabila ditanya begitu.

"Apa punca ayah awak meninggal dunia? " soal Ilyana ingin tahu.

"Ayah saya kena serangan jantung waktu tu. Dan pada waktu tu jugaklah , saya dengan ayah sahaja yang ada dekat rumah. Mak saya pulak pergi ke pasar waktu tu. Memang mak saya menangis teruk dan salahkan saya. Padahal saya dah cuba sehabis baik untuk suruh ayah bertahan sebab saya nak hubungi pihak hospital. Saya kena panic attack (serangan Panik) tapi saya cuba tahan , pernafasan saya tak teratur. Jadi saya pengsan terus masa tu dan mak saya pun bawa saya ke hospital untuk cek. Lepas tu , doktor kata saya terlalu banyak berfikir. Jadi doktor mintak mak saya untuk jangan buat saya terlalu banyak berfikir. Sebab nanti saya akan pengsan macan sebelum tu. Selepas saya balik dari hospital , mak saya terus marah-marah saya dan tengking saya. Tapi benda tu perkara biasa untuk saya , saya selalu kena. Jadi tak perlu risau , I'm used to it " cerita Andrea panjang lebar.

"Ya Allah kesiannya kau.. Maknanya kau ada penyakit anxiety or something like that? " soal nya.

Andrea mengangguk tanda benar.

Ilyana terus memeluk Andrea kuat kerana simpati terhadap nya.

Hi semua! Okay takk? Lepas kalau nak next update vote banyak-banyak okay? Thankyou! 🤍

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: an hour ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐇𝐞𝐫 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞 , 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐲𝐟 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬Where stories live. Discover now