"Ella,mari sini kejap papa nak cakap sesuatu."panggil tuan Haiden pada anak semata wayangnya.
Ella berjalan mendekati sang ayah."Kenapa papa?"soalnya.
"Papa nak kamu practice kerja dekat company kawan papa sebagai pegawai biasa."
"Pa,biar betul?Tak boleh ke kalau Ella nak jadi CEO terus kat company papa."
"Hey,kamu ni Ella kalau macam tulah ceritanya baru sebulan kamu jadi CEO dekat company papa mungkin dah bankrap company tu kamu buat."ucap puan Elia yang sedari tadi mendengar perbicaraan antara suami dan anaknya.
"Ish,mama ni.."Ella mencebik.
"Apa? Betullah apa yang mama cakap,kan abang?"
Tuan Haiden hanya sekadar mengangguk,ia tidak mahu ada perdebatan pagi-pagi yang dibuat oleh dua kesayangannya.
"Tapi kenapa mesti dekat bawah company kawan papa?"soal Ella yang mula menerima keputusan ayahnya.
"Yelah kalau dekat company papa kamu,nanti kamu tak buat kerja yang ada menyatai pulak sebab tahu yang papa tak boleh marah kamu."puan Elia menyahut soalan Ella.
"Tu mama dah bagi jawabpan,jadi sekarang pergi cepat siap,kita keluar cari barang untuk kamu mula esok."
"What?!Esok?!"terkejut Ella dengan apa yang dikatakan oleh ayahnya.
"Ella jangan buang tabiat,sakit telinga mama kamu teriak macam tu."tegur puan Elia.
"Dengar tu pergi cepat siap."perintah Puan Elia pada anaknya.
"Okay..."dengan muka lusuh Ella beranjak dari sofa,dan mengatur langkah menaiki lift untuk menuju ke biliknya.
"Besar dah anak awak tu,tak sangka cepat aje masa berjalan,rasa macam baru hari tu dengar dia nangis minta susu."kata puan Elia.
"Anak saya anak awak jugak.."Balas Tuan Haiden.
"Dahlah saya pun nak pergi bersiap,abang tu tak pergi siap ke?"tanya puan Elia pada suaminya.
"Taklah,abang dah mandi tadi,kamu pergilah siap."
Keesokan harinya...
"Pa,Ella dah siap!Macam mana Cantik tak?"soal Ella pada Ayahnya.
"Masyaallah,cantiknya anak papa meh sini peluk sikit."Tuan Haiden memperlakukan anak bujangnya seperti budak kecik.
Ella datang mendekati Ayahnya."Alah..peluk sikit Aje ke?"Ella mencebik.
"Yelah mana boleh lebih-lebih papa tu suami mama tau."
"Biarlah,Ella tak kisah papa ni Ella punya titik!"
"Ah,takde-takde papa tu mama punya!"senang hati Puan Elia mengusik anaknya.
Tuan Haiden hanya diam,ia tak mahu pening kepala sebelum sampai ke tempat kerja.
"Ish..papa Ella punya!"mahu menangis Ella diusik oleh Puan Elia.
"Ha, nangislah luntur make up tu karang,ada yang pergi kerja muka macam baru lepas kena tinggal suami."tambah Puan Elia yang belum puas mengusik anaknya.
"Papa..."yang di tunggu-tunggu oleh Puan Elia akhirnya keluar juga air mata Ella, melihat anaknya menangis membuat Puan Elia tak dapat menahan tawanya.
"Sayang..."Tuan Haiden melihat kearah Puan Elia yang sudah meledakkan tawanya,puas hati puan elia selepas mengusik anaknya hingga menangis.
"Papa Hiks!Papa Ella punya!"tangis Ella tersedu sedu.Tuan Haiden hanya pasrah melihat anaknya menangis sambil memeluk tubuhnya,ia pasti bahawa kotnya akan basah kerana air mata anaknya.
Disamping itu ada Puan Elia yang tak putus-putus tawanya, baginya hal yang paling senang ia lakukan adalah mengusik anaknya kerana ia suka melihat raut wajah Ella yang seperti tadi hingga menangis dibuatnya.Dari sini kita dapat tahu bagaimana sikap Puan Elia saat muda.
"Ye..Ella,papa ni Ella punya."ucap Tuan Haiden memujuk anaknya agar berhenti menangis.
Perlahan tangis Ella mula meredah."Dah,dah.Jangan nangis lagi kejap lagi kita dah kena gerak takut lewat nanti kena marah dengan bos kamu nak?"soal Tuan Haiden sambil mengusap air mata yang mengalir dari pelupuk mata anaknya.
Ella menggeleng kepala."Sayang, sudah-sudah ketawa tu, tolong ambilkan kot abang yang lain basah dah kot abang ni."ujar Tuan Haiden Puan Elia.
Tawa puan Elia perlahan terhenti dan ia mula melangkah ke arah lift untuk menuju ke bilik mereka.
"Pergilah cuci muka tu nanti orang ingat kamu baru habis kena belasah, sebelum pergi kerja."
Ella menganguk dan pergi ke bilik air untuk mencuci mukanya.Selang beberapa minit ia kembali keluar dengan muka yang lebih segar.
"Ni kot awak,bawak kereta baik-baik."pesan Puan Elia pada suaminya.
"Ella kerja Bagus-bagus jangan main-main nanti ada yang kena buang kerja."usik Puan Elia lagi.
"Ish!Ella tahulah,mana ada orang nak buang orang cantik macam Ella."ucap Ella berbanga diri.
"Dah kami gerak dulu, asalamualaikum."Ella menyalami ibunya sebelum masuk ke dalam perut kereta.
(Bersambung...)
Published on 28/10/24
YOU ARE READING
Sweet But Dangerous
Roman d'amour"Maaf lah ya ,tapi ini kenyataan kalau awak dah tak boleh jangan paksa."- Ella Daniela Kata-katanya sopan tapi tersirat sindiran yang bererti sangat dalam. "Listen carefully bitch!My parents raised me good and well with attitude,so if I being mean...