Kasut disarung pada kaki lalu diambil beg galas di sebelah kirinya. Dia berdiri lalu memulas tombol pintu dan melangkah keluar dari rumah.
Steven Royson Chrysler seorang pelajar kolej semester 1 berumur 18 tahun belajar di kolej Shinjuki.
"Selamat pagi Steve!" Tegur satu suara.
"Ouh pagi Michealist!"
Mereka berdua berjalan bersama² menuju ke kolej mereka. Sesampainya mereka di kolej Michealist mula membuka mulut dan mengajukan soalan
"Steve lepas habis kelas kau nak pergi mana?"
"Entah aku pun tak tau. Kenapa tanya?"
"Tak de saje tanya. Manalah tau kau nak pegi somewhere bolehlah aku ikut."
Loceng pertama berbunyi menandakan kelas akan bermula sebentar sahaja lagi. Perbualan mereka tamat sampai situ sahaja dan melangkah masuk ke kelas mereka masing².
Riiiing!!!
Loceng kedua berbunyi menandakan kelas tamat pada hari tersebut. Semua pelajar keluar dari kelas mereka masing² dan menuju ke kafeteria. Ada yang pergi ke perpustakaan dan ada juga yang terus balik ke rumah.
Steve berada di kafeteria sedang menjamah makanannya dan secara tidak sengaja dia ternampak Michealist. Pada asalnya dia ingin memanggil lelaki tersebut tetapi dia membatalkan niat nya dan sambung menjamah makanan di hadapnnya.
"Hi, makan sorang je ke?"
Steve mendongakkan kepalanya dan melihat figura Michealist sedang berdiri di hadapannya sambil memegang tray makanan bersama tuga orang rakannya itu.
" Ye, makan sorang je."
"Kami nak join boleh?"
"B-boleh"
Steve berganjak sedikit ke tepi dan memberi ruang kepada mereka untuk duduk.
Selesai makan, Steve bangun dan ingin pergi ke singki untuk membasuh tangannya selapas selesai makan dan terus ke kelasnya untuk mengemas barang.
Baru beberapa langkah Steve keluar dari kelasnya, dari kejauhan dia terdengar namanya dipanggil. Melihatkan Michealist yg sedang memanggilnya sambil melambaikan tangannya, dia terus datang ke arah lelaki tersebut.
"Kenapa Michealist?"
"Kau nak ikut kami pergi kafe tak?"
"Boleh je....tapi...member kau ok ke?"
" Diorang ok je, kalau diorang tak ok, tak denye aku ajak kau. Dah jom."
Steve menganggukkan kepalanya dan mengatur langkah mengikuti langkah Michealist. Mereka pun berjalan bersama² tetapi Steve membuat keputusan untuk berjalan di belakang mereka. Michealist yg menyedari Steve sedang berjalan di belakang mereka terus berundur dan berjalan di sebelah Steve.
"Kenapa kau berjalan belakang kami?"
"Oh...takdelah...aku cuma rasa awkward bila jalan dengan member² kau."
"Alah tak de apalah. Diorang ok je tu dah jom kita jalan dengan diorang." Dia meraih tangan Steve dan menghayunkan langkah ke arah Arlott, Amanda dan Fray.
YOU ARE READING
My Senior
Teen FictionMichealist Heartphilia Hurricane dan Strven Royson Chrysler adalah kawan rapat yang belajar di Jepun. Mereka memasuki Kolej yang sama. Michealist mempunyai hati kepada Steven semenjak mereka sekolah rendah. Suatu malam senior mereka bernama Tahomaru...