CHAPTER 2

101 22 3
                                    

Salah kah kalau aku yang masih berumur 25 tahun ini jatuh cinta dengan lelaki berumur seperti lelaki dihadapan aku ini? Bapa angkat pula kepada bekas teman lelaki aku? Tapi memang daripada dulu aku memang minat lelaki berumur sebab bagi aku, pemikiran segelintir daripada mereka bukanlah hanya bermain, kebanyakkan mereka juga sudah memiliki kejaya tetap, juga mereka juga dah bersedia untuk menanggung dan melayan karenah wanita yang mereka sayang. Tidaklah semua daripada mereka hanya segelintir saja. 

Beberapa minit sudah aku menunggu dia di ruang tamu ini, tapi aku tak kesah sebab aku suka menjengok-jengok dekorasi rumah gah dan mewahnya ini. Dahlah daripada Milan ke kota San Marino Florence  memerlukan masa 4jam 24minit. 

"Ehem! Jadi apa tujuan Miss Chiara ke sini?" soal lelaki yang aku sangka tukang kebun rupanya dialah Tuan rumah ini. Dia lelaki tua yang kacak tadi, dia Nathanyel Luis Parker. Dia-- 

Tadi sebelum dia naik ke atas untuk bersiap sambil kami berjalan masuk ke rumahnya itu tadi, sempat aku bertanya apakah hubungan dia dan Damon. Rupanya Damon adalah anak kandung kepada mendiang abang sulungnya. Danyel Lukas Parker. Patutlah umur Mr Nathanyel ini baru saja masuk 40 tapi si Damon dah 27 tahun anak kepada abang dia rupanya. Tentang kes curang itu aku tak beritahu lagi kepada dia. Tak sampai hati, tapi aku kena bagitahu juga. Damon tak sedar diri betul! Dah lah orang jaga dan di besarkan oleh lelaki berkualitas dia boleh pula rampas kebahagian manusia yang menjaga dia dari kecil ini yang dia balas. Apakah itu patut. 

Macam mana aku tahu lelaki dihadapan aku ini berkualitas? Cara dia cakap, cara dia pandang, gaya dia, rumahnya juga matanya dan betapa kemasnya apa yang ada disekeliling dia sekarang ini. Begitulah kemasnya tutur kata juga cara dan gaya yang terserlah tika ini. 

Aku menarik nafas panjang sebelum berbicara, menyusun kata sebelum memberitahu Mr Nathanyel. "Saya ke sini nak beritahu perihal Damon dan juga bakal isteri Mr, iaitu Emma Wong." sembari habis aku berkata-kat aku terus mengeluarkan telefon untuk menunjukkan gambar semalam kepada Nathanyel. 

"Pasal mereka?" 

Aku mengangguk kepada dia yang sudah mengambil duduk di hadapan aku hanya dihalangi meja. "Saya minta maaf kalau Mr rasa saya menyibuk, tapi Damon tu teman lelaki saya." sembari dengan itu aku menunjukkan skrin telefon aku kepada dia yang sedang menyiarkan video Damon dan Emma sedang berasmara. Wajah kacak itu sedikit berubah tapi nampaknya dia tak terkejut. 

Beberapa saat selepas itu bersama sorot mata yang semula jadi tajam itu merenung aku biasatak lama itu juga bibir sensualnya menciptakan senyuman kecil. Aku agak terkejut dengan reaksi yang aku terima. 

"Ck, jadinya Miss Chiara ni teman wanita Damon?" dia menyoal aku lagi, aku menjawab dengan anggukan terkesima tentang penerimaan dia tadi, siap senyum lagi. "Tinggalkan saja lelaki itu, carilah lelaki yang lain. Kamu cantik, pasti ramai lelaki yang lebih berkualiti inginkan kamu.' nasihat dia Masih lagi memandang aku, sungguh maskulin. Aura tajam menakutkan tapi ada satu lagi aura yang menarik aku untuk lebih mendekati dia. 

"T-api Emma itu bakal isteri Mr. Takkan mac-"

"Jangan risau, siapa nak dengan perempuan dah bersetubuh dengan anak sendiri betul tak?" Nathanyel terkekeh kecil sembari itu dia mengeluarkan telefon bimbitnya. "Your phone number?" 

Untuk kesekian kalinya aku terkesima sebab dia minta nombor telefon aku tiba-tiba. Melihat  wajah aku yang penuh tanda-tanya itu sekali lagi dia terkekeh kecil. "Mana tahu tak boleh move on lagi daripada Damon, kamu boleh beritahu saya. Saya akan selesaikan perkara ini dengan Damon." baru dia ingin menyambung untuk ayat seterusnya seorang gadis muda mendekati kami sambil memberikan senyuman manis kepada aku. 

"Sir, makanan dah siap." ujar gadis itu sedikit menunjuk. 

Nathanyel juga menoleh laluan mengangguk. Aku pula dah berfikir ingin balik. melihat saja Nathanyel dah berdiri aku juga mengikuti dia untuk berdiri bersama dan mengucapkan selamat tinggalkan.

To już koniec opublikowanych części.

⏰ Ostatnio Aktualizowane: 15 hours ago ⏰

Dodaj to dzieło do Biblioteki, aby dostawać powiadomienia o nowych częściach!

ADDICTIONOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz