Batch 1| 1st

61 12 5
                                    

author: harlyz_

Karya:

Tajuk: Hitam Putih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tajuk: Hitam Putih

Sejujurnya, penggunaan tajuk yang dipilih agak umum sebenarnya. Sebab 'hitam putih' boleh merujuk pelbagai jenis situasi, dan latar belakang dalam sesuatu penceritaan. But still consider as a great choice.

Cuma disebabkan terlalu umum, sesetengah 'pemilih' akan merasa tajuk 'hitam putih' ni kurang menarik kecuali bila mereka baca sinopsis sampai habis.

Even most of the quotes said 'don't judge the book by its cover' but people still judging the book by its cover.

I didn't said that the title is worse, it's great actually.

Masuk part sinopsis, memang baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Masuk part sinopsis, memang baik. Sebab sinopsis sebegini mampu untuk menarik minat pembaca bagi mengetahui dengan lebih lanjut apa yang hendak disampaikan sebenar-benarnya.

Cuma, kurangnya detail pasal apa yang hendak diceritakan sebenarnya. Kisah ini tentang apa, apa yang berlaku sebenarnya. Sebaliknya, hanya dipenuhi dengan dialog dan beberapa potong rangkap dalam isi penceritaan yang telah ditulis sebelumnya.

But so far, awak dah mampu membuatkan pembaca faham dengan berteka-teki dan bermain dengan andaian mereka sendiri serta mengupas sendiri persoalan tersebut dengan membaca isi di dalamnya. Sebab pada hakikatnya, pembaca tak tahu sangat apa yang berlaku di bahagian sinopsis.

Apa yang saya kagumi, awak mampu untuk bermain dengan kata-kata sehingga terhasilnya retorik penceritaan yang mampu menggamit hati pembaca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apa yang saya kagumi, awak mampu untuk bermain dengan kata-kata sehingga terhasilnya retorik penceritaan yang mampu menggamit hati pembaca. Selain mampu menyusun ayat dengan lebih gramatis dan mempunyai gaya bahasa yang matang, awak tak lupa juga menggunakan perkataan-perkataan yang dikutip daripada Bahasa Melayu Klasik. Tak semua penulis mempunyai potensi yang sama macam awak.

Cuma, dalam retorik penceritaan, adalah penting untuk menitik beratkan penggunaan bahasa melayu yang baik. Awak ada potensi cuma ada sedikit kesilapan.

Cuba teka, kenapa saya bulatkan perkataan 'sekarang ni'.

Sebab, perkataan 'sekarang' dalam ayat di atas boleh dikategorikan sebagai kata tugas dan 'ini' dikategorikan sbg kata kerja aktif transitif. Jadi bila digabungkan, bunyi dia macam tak kena. Lebih baik jika digantikan dengan bayu angin sekarang/bayu angin ini....

Anyway, tak perasan pulak saya pasal perkataan bayu. Bayu bermaksud 'angin' begitu juga dengan perkataan Pawana. Kiranya dalam bahasa melayu klasik, perkataan 'bayu' dan 'pawana' adalah adik beradik. Sama2 bermaksud angin.
Jadi, lebih baik jika ditukarkan kepada hembusan bayu sekarang/hembusan bayu ini

Perkataan title yang saya bulatkan, juga boleh digantikan dengan 'gelaran'. Sebab retorik penceritaan, tidak sama dengan dialog atau monolog.

 Sebab retorik penceritaan, tidak sama dengan dialog atau monolog

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ada apa pula dengan bahagian ni?

Bagi saya, tiada masalah yang ketara. Cuma, untuk memudahkan pembaca memahami apa yang berlaku dan  bagi mengekalkan kekemasan dalam penyusunan perenggan dalam karya awak. Lebih bagus jika adanya jarak di bahagian perenggan yang agak panjang.

Cthnya, dari perkataan Ya Allah,... sampai ke habis perenggan tersebut, di alihkan ke bawah bagi buatkan satu perenggan lagi.

One more, retorik penceritaan awak dah bagus, cuma awak memerlukan kreativiti dalam penyusunan setiap dialog.

Cthnya.

"Ali lapar lah mak," ujar Ali kepada emaknya sambil mengusap-usap perut yang sedari tadi berkeroncong.

Boleh digantikan dengan

Ali mengusap-usap perutnya yang sedari tadi berkeroncong "Ali lapar lah mak," ujar Ali kepada emaknya.

Tak semestinya, dialog dimulakan pada awal perenggan atau awal ayat. Boleh juga diletakkan di tengah-tengah atau boleh juga di akhir ayat. Dengan cara macamtu, boleh memudahkan pembaca tau dengan lebih detail suasana karakter semasa berdialog.


Untuk jalan penceritaan, so far so good. Ada plot twist, tapi jalan ceritanya still smooth. Jalan penceritaan pun boleh dikatakan matang. Jujurnya, saya baru je habis baca 2 bab. Dan untuk satu bab, jumlah patah perkataannya boleh tahan banyak. Memang the best

Rating: 8/10.

Awak ada potensi yang baik. Awak boleh buat lebih dari ini. For improvement, banyakkan membaca karya2 daripada penulis yang terbaik. Belajar sedikit sebanyak daripada membaca. Nak lagi sedap, banyakkan membaca buku-buku daripada publisher terkenal. Sebab penulis yang baik, adalah pembaca yang tegar.




Itu sahaja, maaf jika saya terkasar bahasa, terguris hati, tercerewet dan sebagainya. Saya juga bukanlah penulis yang terbaik. Saya hanya review berdasarkan pendapat saya sebagai seorang pembaca dan pemilih buku. 😇

Book ReviewWhere stories live. Discover now