MELISSA SANDRA, hidup sunyi tanpa sesiapa yang benar-benar memahaminya. Kehidupannya seolah-olah dikawal sepenuhnya oleh takdir.
Setiap malam, ibunya muncul dalam mimpinya untuk memberikan arahan dan kebenaran yang sangat membebani hatinya.
"It is your responsibility to take your mother's place." – Melinda
Melissa cuba mengatasi ketakutannya, tetapi dia terus bergelut. Hari-harinya semakin bercelaru dengan kata-kata ibunya.
"I'll find and finish what I must." – Melissa
Semasa menjalani latihan, dia memasuki hutan misteri dan tersadung ke dunia yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun. Dunia yang tidak pernah diketahuinya.
"This place is so beautiful." – Melissa
Hilang dan keliru, dia tidak tahu di mana dia berada sehingga dia bertemu dengan seorang gadis yang membawanya ke sebuah perkampungan tersembunyi.
"This place is beautiful because the right people found it." – Amara
"Right person?" - Melissa
"This is where you truly belong. Trust me, your destiny begins here." – Amara
Melissa memilih untuk mengikuti jalan yang diletakkan di hadapannya, tanpa dia menyedari betapa drastik hidupnya akan berubah.
"If this is truly my destiny, I’ll accept it, even if it feels like a dream." – Melissa
Amara membawa Melissa bertemu dengan Alexander, ketua yang menjaga perkampungan itu.
Perkampungan Lirath yang berada di bawah Kerajaan Verdantia. Kerajaan yang ditakhta oleh keturunan dan keluarga Cassian.
"Who are you?" – Alexander
"I’m Melissa Sandra. I was led here by Amara." – Melissa
Pertemuan yang dibawa oleh Amara merapatkan hubungan mereka berdua.
"Saya sayangkan Kerajaan Verdantia seperti saya jumpa tempat tinggal saya kembali." - Melissa
Melissa terpesona dengan keindahan dan kedamaian kerajaan itu, merasakan kasih sayang yang mendalam terhadap kerajaan itu.
Keamanan yang dicapai Kerajaan Verdantia tidak bertahan lama apabila hadir musuh kerajaan menyerang. Melissa dan Alexander bersatu untuk mempertahankan Kerajaan Verdantia.
"Saya akan pertahankan Kerajaan Verdantia seperti saya lindungi negara saya." - Melissa
"Dan aku akan lindungi Kerajaan Verdantia seperti aku lindungi kau. Aku takkan benarkan kerajaan ini hancur." - Alexander
Tetapi apabila garis antara mimpi dan realiti kabur, dia mula mempersoalkan segala-galanya.
"This is just a dream. Wake up and all is gone." - Alexander
Mimpi atau realiti?
"Jika ini mimpi, kenapa terasa terlalu nyata dan jika ini benar.. kenapa ini terjadi?" - Melissa
MELLISA
ALEXANDER