SEMINGGU berlalu, hubungan Hazel dan Kay membaik.Cumanya jarang bertemu tapi Hazel tak kisah sebab Kay selalu telefon dan chat dia.Hazel tak tahulah mamat tu busy buat apa sampaikan susah nak jumpa, nasib Hazel ni jarang nak beroverthinking.
Hazel tinggal di dorm universiti jadi dia memang tak tinggal sebumbung dengan Kay.Alah tinggal beberapa hari lagi sebelum semuanya berakhir.
Tentang Irfan, lelaki itu entah ke mana.Hazel rasa bersalah sebab Irfan baik dengannya tapi balasan yang diterima lelaki itu adalah tumbukan dari Kay.Lagipun, salah Hazel juga.Dia isteri orang lepastu boleh pula bergaul mesra dengan lelaki.Wajarlah Kay cemburu tapi kalau sampai tahap tumbuk tu agak lebih sebenarnya.
" Hazel, ada orang nak jumpa kau kat bawah" Hazel yang ketika itu melelapkan mata melepaskan keluhan.Dia bangun malas-malas lalu menyarungkan tudung sarung di kepala.
Setelah itu dia melangkah keluar untuk turun ke bawah.Siapa yang berani menganggu masa rehat seorang Hazel ? Dia tengah ada mood nak tidur ni.Dahlah semalam tak dapat tidur.
Tapi bila turun-turun, wajah Kay terpampang.Terus wajah muram Hazel bertukar ceria.
" KAYYY !!!" Hazel berlari memeluk Kay sehingga tubuh lelaki itu terkebelakang akibat tidak bersedia dengan serangan Hazel yang mengejut.Tapi setelah itu, Kay membalas pelukkan itu sebelum Hazel leraikan pelukkan mereka.
" Kereta siapa ni ? Tak pernah nampak pun" Hazel menyepetkan matanya memandang Kay.
" Kay rembat kereta baru Zay tadi.Jom" Kay menarik Hazel untuk masuk.
" Eh eh kalau nak date.Nanti dulu, Hazel tengah selekeh ni" Ujar Hazel yang ketika itu mengenakan tudung sarung, t-shirt lengan panjang warna matcha dan seluar tidur kotak-kotak.Sangat nampak malas di situ.
" Masuk je sayangku.Hazel Kay ni sentiasa cantik" Hazel memukul bahu Kay sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.Sejak bila mulut Kay manis ni.Lain macam sejak-sejak balik dari amsterdam ni ye.
Apabila Kay mulai memandu meninggalkan perkarangan universiti itu.Hazel menangkap kelibat Irfan yang sedang bergelak tawa dengan rakan-rakannya.Haih, sekurang-kurangnya lelaki itu baik-baik sahaja.
Hazel kemudian memandang ke arah Kay yang sedang memandu.Hensemnya abang Kay sorang ni.Untungnya Hazel dapat suami hensem macam Kay.Tak sia-sia kejar crush sorang ni.
" Kenapa ?" Soal Kay yang perasan akan Hazel yang memerhatinya.
" Hensemnya suami Hazel" Hazel mencubit pipi Kay geram.
" Sabar jap Hazel, tak sampai lagi ni" Kay menahan rasa geram melihat tingkah Hazel yang mencuit hatinya.Mata dah lah bulat, comel pula tu.Isteri siapalah ni.
" Kita nak pergi mana Kay ?" Soal Hazel.
" Rahsia"
*******
HAZEL membulatkan mata memandang ruangan yang cantik itu.Semuanya nampak cantik dan kemas, Hazel pernah terfikir untuk ada rumah yang secantik ini.Tak sangka Kay hadiahkan dia dengan sebuah kondominium ini.
Hazel suka ! Sejak bila suami dia yang hensem dan kacak semanis ini ? Ruang tamu jangan di cakap, dia tahu sangat sofa tu.Itu sofa yang dia tunjukkan pada Kay masa mereka date dekat mall.
Bagi Hazel, ianya tersusun rapi dan menarik minatnya.Ni makin sayang Kay ni.
" Lepasni kita tinggal sini" Ujar Kay yang ketika itu memeluk erat Hazel dari belakang sambil kepalanya dilabuhkan pada bahu Hazel.
" Mana Kay dapat duit beli kondominium ni ?" Soal Hazel.
Kay diam lama.
" Ada sesuatu yang Kay rahsiakan dari Hazel ke ?" Soal Hazel meleraikan pelukkan Kay.Dia mengalihkan pandangan menghadap Kay.
" Jom tengok bedroom kita dulu.Lepastu Kay bagitahu" Kay memegang tangan Hazel menuju ke bilik mereka.
Ini lagilah Hazel suka !
" Ada cermin !!" Semua lengkap.Hazel suka !
Kay menarik Hazel duduk di atas katil.
" Hazel janji jangan marah Kay" Ujar Kay.
" Hazel pernah marah Kay ke ?" Soal Hazel sambil menjongketkan kening.Kay tersenyum.Pernah tapi tak menonjol.Rasanya Hazel selalu mengalah dengannya dan tidak pernah tinggikan suara.
" Sebenarnya Kay ambil intern dekat amsterdam, setahun.Kay tahu keluarga kita takkan setuju Kay ambil intern tapi Kay nak cari duit lebih untuk beli tempat tinggal untuk kita.Kay---" Kata-kata Kay terhenti apabila Hazel memeluknya erat.
" Sweet nye suami Hazel ni, berdikarinye dia.Untung Hazel dapat Kay" Ujar Hazel dengan senyuman lalu meleraikan pelukkan.
" Hazel ni kannn, eee" Kay menyerang Hazel dengan pelukkan sehingga mereka berdua terbaring.
Seronoknya ada suami ! Lagi-lagi kalau suami tu Kay.
YOU ARE READING
they story
Teen Fictionaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋