Prolog 🥀

204 8 0
                                    

" i tak sangka you macam ni, Tasha " Noah memupuk sabar di dalam hati. Tidak sangka, gadis kesayangannya itu sanggup curang di belakangnya.
Terpaksa Noah membawa Rania ke rumahnya. Hanya rumah dia sahaja tempat yang boleh berbincang dengan Rania.

"kenapa abang i? kenapa abang i juga yang you nak?!" Suara Noah bergema di ruangan tamu itu. Nasib mama dengan papanya tiada dirumah. Kalau tidak pasti akan dibebel kerana membuat bising.

Noah memejam mata, menenangkan diri. Sanggup mereka menikam belakangnya.

" Please percayakan i, Noah. I tak ada hubungan apa apa pun dengan abang you! Dia yang tergila gila kan i!" Rania cuba memujuk dengan suara yang lembut. Sumpah dia tak ada apa-apa pun dengan dia, cukup dianggap sebagai abang sahaja.

" You ingat i nak percaya cakap you? I dah lama nampak you jumpa dengan abang i, bukan sekali tau, banyak kali!" Terangkat bahu Rania apabila ditengking oleh Noah.

Memang betul mereka pernah berjumpa beberapa kali, tetapi itu bukan kemahuan Rania! Dia tidak selesa dengan abang Noah. Cukuplah hanya Noah Sahaja.

"Entah-entah sampai dalam bilik" gumam Noah tapi masih di dengari oleh Rania. Bahang mula menjalar di sekitar tubuhnya. Api kemarahan nya menggelegak panas. Noah ingat dia apa? murah sangat? Tak ada maruah?

" Tengku Noah Alexander! You ingat i murah ke? Tak ada maruah? I masih waras! At least, i tak main tuduh je, macam you!" kali ni suara Rania pula memetir tetapi ini lebih kuat berbanding dengan Noah.

Air mata bergenang di kolam mata, tinggal masa sahaja mahu menitik. Perempuan kalau marah mesti akan menangis. Lelaki tahu apa?

Noah ingat, dia saja je ke boleh tengking? Olivia pun boleh la. Rania nampak je lembut tetapi bila dah marah memang kalah mak mak.

Berani Rania menaikkan suara padanya? dia cukup pantang. Noah ini baran juga orangnya. Dia sudah lama sabar dengan Rania, kekasihnya. Kali ini biar dia tunjuk perangai dia yang sebenar.

"Berani you sekarang ? apa yang abang i dah rasuk you sampai you jadi macam ni?" Kali ini Noah pula yang berdrama. Dia juga marah akan abangnya yang sanggup buat begini.

"I takkan jadi macam ni kalau you tak tengking i, and abang you tak ada kena mengena dengan hal kita!" Naik turun dada Rania. Sakit tekaknya menengking Noah.

"tak ada kena mengena? you nak bela dia sangat kenapa? Dah tersuka?" Noah sengaja mahu memancing api kemarahannya

"you ingat i macam you? Playboy!" Alamak! Rania sudah membongkarkan rahsia terbesar Noah. Bukan dia tidak tahu Noah selalu membawa perempuan ke hulur ke hilir cuma dia sahaja yang diam.

Dia sudah lama tahu tetapi disebabkan cintanya kepada Noah, dia tidak ambil kisah dengan perkara itu. Disebabkan Noah menengkingnya, terpaksa la dia bahaskan perkara ini.

Rania cuma tunggu masa mahu bongkar. Eh tup tup. Terpecah juga!.

PANG!

Noah menampar kuat pipi gebu milik Rania sehingga jatuh tersungkur. Rania memegang pipinya yang terasa kebas. Mata membesar, terkejut dengan Tingkah laku teman lelakinya. Ops, mungkin dah jadi bekas.

"kau jaga sikit mulut kau, perempuan!"

Air mata perlahan lahan menuruni pipi. Dia bukan sakit hati , cuma lebih kepada sakit pipi dan bibirnya. Nak sakit hati buat apa? dia sudah tawar dengan perangai Noah, kaki perempuan!

Bibir Rania pecah sehingga berdarah. Sungguh kuat tamparan yang Noah berikan. Kepala juga terasa pening. Rania memegang bibir nya dan terlihat darah pekat. Darah! Dia.. takut darah!

BUK!

Tiba-tiba Rania terdengar seseorang mengerang kesakitan. Kelihatan Noah yang sudah tersungkur di lantai sambil memegang bibirnya yang berdarah. Tidak di nampak jelas siapa yang menumbuk Noah kerana matanya kabur, mungkin kesan apabila dia melihat darah tadi.

" Don't you dare to touch her " kedengaran suara garau memberi amaran. Seperti kenal dengan suara itu, mata Rania membesar. Alamak!

Itu.. Adrien !

" kau mungkin boleh sentuh aku, tapi jangan sesekali sentuh milik aku, my lovely brother"

Itu ayat yang terakhir Rania dengar sebelum dunianya gelap. pengsan.

ADRIEN'S [ OG ]Where stories live. Discover now