Dia. Lelaki itu. Aku tak percaya. Sungguh. I was thinking, should I move forward or should I step back and choose different path. Untuk beberapa ketika aku terpaku di situ. Di tengah jalan yang sibuk dengan orang yang lalu lalang. Teragak-agak.
Kenapa dalam banyak-banyak tempat. Kenapa setelah bertahun, ermm... bertahun itu terlalu lama, I am exaggerating, sebenarnya mungkin cuma setahun-dua sahaja. Aargh!
Bencinya, kenapa aku harus bertemu lagi dengan dia? Mungkin aku patut melangkah terus ke hadapan. Dia mungkin sudah lama melupakan aku. He has to be. Cuma aku sahaja yang overthinking. I should be more chill.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Tote bag aku tarik rapat ke sisi, umpamanya aku sedang cuba melindungi diri sendiri. Aish! Kenapa aku tiba-tiba rasa nervous pula ni?
Selangkah ke hadapan terasa seperti aku sedang menempuh sesuatu yang memudaratkan. Dua langkah ke hadapan, terasa seperti aku sedang menuju ke dalam zon yang jauh dari keselesaan diri aku.
Ketika minda aku sedang berbalah dengan diri sendiri, sedar tak sedar aku sudah melangkah bertapak-tapak jauhnya. Langkah aku terhenti ketika di hadapan aku ada sepasang kaki yang menghalang kaki ini dari meneruskan perjalanan.
Ya, aku berjalan sambil mengukur jalan. Mata cuma fokus dekat muncung kasut yang aku pakai. Aku teguk air liur sebelum mendongak memandang tuan empunya kasut yang berlaga dengan kasut aku.
I should have focus more on the surrounding 'kan?
P/S raw entry

ANDA SEDANG MEMBACA
That Ex of Mine (tajuk tidak rasmi)
General FictionJust jotting what come across my mind.