POV JASMINE
" Dah lambat ! Kelas nak pukul 8 ni! Aduh!" Ya, inilah aku. Jasmine Sofea . Seorang gadis yang terpaling jalan cepat nak pergi ke kelas, tapi akhirnya terlambat tiga minit. Sadis betul ! Tiga minit lagi nak sampai ke kelas. Jalan kena cepat , tak boleh lambat-lambat . Kalau tidak , mahu kena kunci pintu dengan Madam Zurina , pensyarah yang ajar aku subjek Audit 1 . Dahlah garang, tegas pulak tu !
Sampai sahaja ke kelas, aku melihat semua classmates sedang berborak dengan sesama mereka. Mungkin, Madam tak masuk lagi. Alhamdulillah. Tepat juga masaku .
" Woi, Jasmine ! Cepatlah masuk ! Aku ada tea ni." Nurin Balqis, kawan baikku. Sampai sahaja ke dalam kelas, mesti ada sesuatu cerita nak disampaikan. Maklumlah, sentiasa mengumpul gosip-gosip yang terhangat di Poli ni.
" Hmm ada apa?"
" Kau nak tahu something tak?"
" Nak tahulah. Apa dia?" Ujarku dengan nada tidak sabar dengan cerita yang bakal dijadikan bahan buat kami berdua. Nurin tiba-tiba tergelak kecil. Aku mula hairan.
" Kau tengok classmates kita dua orang tu." Ujar Nurin sambil menunjuk ke arah pasangan yang sedang bermesra di hadapan kami. Lebih tepat rakan sekelasku.
" Nampak."
Nurin mula dekatkan dirinya sambil berbisik. " Diorang sebenarnya tengah couple sekarang. Dah sebulan pulak tu. Takkan kau tak perasan?"
Terus aku menoleh lagi ke arah pasangan itu. Syok betul orang baru bercinta ni. Kalau jodoh tak panjang, malu nak tutup muka masing-masing.
" Manalah aku tahu. Sebab aku nampak biasa je. Engkau tu, boleh jadi wartawan agaknya." Selorohku membuatkan Nurin terus bermasam mukanya.
" Kau ni, tak sporting langsung! Tahunya, belajar , belajar , belajar. Sekali sekala, kau kenalah ambil tahu pasal sekeliling kampus kita ni."
Aku hanya pasrah melayan. Tak layan nanti merajuk.
" Okey, okey . Tapi aku macam peliklah. Sejak bila diorang couple?"
Nurin senyum penuh makna . Seolah ada tea yang masih perlu dikorek lagi.
" Nanti aku cerita dekat kau. Panjang cerita dia."
" Madam Zurina dah datang !"
Masa sudah tepat! Sekarang , aku perlu fokus yang sepatutnya. Kejayaan. Aku ingin membuat mama dengan papa bangga dengan aku. Aku nak naik pentas dan mendapat gelaran Pelajar Dean List .
Well, I don't have anytime to busy with others life. Unless just for myself. That's me, haha...
" Wey, jom keluar !"
Nurin memandang aku pelik. Aku pula memandang dia pelik.
" Dah kenapa kau nak keluar? Kena sampuk ke apa? Nak pergi mana?" Bertubi-tubi dia bertanya soalan padaku. Aku pun cuba memikirkan tempat mana yang aku mahu pergi.
Ting!
I have an idea !
" Jom pergi kafe."
" Kafe mana? Dekat asrama ke?" Aduhai , Nurin! Bukan itu.
" Bukanlah, kat luar kampus. Kita pergi jauh sikit."
Muka Nurin mula pucat. Mungkin dia fikir yang aku akan bawanya terlalu jauh dari kampus, sampai takut kena halau dengan pak guard .
" Jauh tu, Min. Makan jelah dekat sini."
YOU ARE READING
My Love , Mr Barista ( slow update)
RomanceJasmine Sofea | Hael Akasyah Read this while enjoying your coffee 💋☕️