Tidak khusyuk aktiviti makan untuk aku kerana terasa seseorang itu memerhatikan aku. Aku sudah cuba untuk membiarkan , namun aku dapat merasakan matanya tak mampu melarikan diri dari menatap aku yang sedang khusyuk menjamu selera.
" Eh , Min. Aku rasakan , mamat ni ada something lah dengan kau. Aku rasa, mamat barista tu suka dekat kaulah."
" Kau jangan nak mengarut." Hendak saja aku menafikan kata-kata Nurin . Kadang mulut Nurin ni masin juga. Benda yang dia ungkapkan kadang menjadi kenyataan. Tapi memang merapu sahaja. Mana mungkin mamat barista itu sudah menyukai aku. Mungkin, dia suka memandang juga pelanggan wanita yang lain. Entahlah, kenapalah aku ni naif sangat?
" Masalahnya , mata dia tak terlepas tengok kau, Min. Dia duk tengok cara kau makan. Senyuman dia tu, fuh makin lebar! Silap hari bulan, tak buatlah kerja dia duk asyik angankan kau ."
Makin mengarut pula Nurin ni! Aku terus menikmati menu kegemaran aku tanpa mempedulikan Nurin. Kalau layan, makin menjadi-jadi.
" Sedap tak menu tu?"
Terkedu aku ketika terdengar suara garau mendekatiku. Hael Aksyah, barista yang poyo menegurku ketika aku sedang menikmati menu yang sedap .
" Sedap." Jawabku sepatah. Tiba-tiba, bibirnya masam.
" Yeke? Muka awak macam tak suka je."
Eh mamat ni! Memang sedaplah, cuma aku tak suka kau dekat dengan aku bila orang tengah menikmati selera ni. Biarkan aku makan dengan tenang boleh tak?
" Excuse me, mamat penyibuk ! Kawan saya nak makan ni. Boleh tak berikan dia ruang untuk dia menikmati seleranya yang begitu sedap di hadapan mata ni?"
Hael cemberut dengan perlian Nurin. Aku hampir tergelak dengan perliannya. Nurin, tak habis-habis nak cari gaduh .
" Saya nak tanya cik adik je, yang awak sibuk kenapa? Suka hati sayalah! Cik adik, tengok kawan awak tu. Marah dia!"
Hampir ternganga dengan nada manjanya. Tak pernah dibuatnya seorang barista mengadu kepada pelanggannya sebegitu. Seumur hidupku, barista hanya melakukan kerjanya. Ini lain pula jadinya. Aduhai, nasiblah!
" Kek mangga."
Tiba-tiba, muncul pula Noah, mamat beku meletakkan kek mangga di atas meja ketika kami sedang bergaduh . Tak sempat Nurin mahu marah, senyuman pula meniti di bibir. Haih , aneh !
" Lah, ingat nak marah. Nampak aje si Noah, tak jadi nak marah?" Perlian Hael dibiarkan angin berlalu. Nurin pula tidak terlepas memandang barista beku itu.
" Noah, sini kejap."
Noah hanya patuh sahaja . Apabila dia mendekati, aku melihat Nurin makin tidak keruan dengan kehadiran barista beku itu.
" Apa?" Amboi, bekunya mamat ni!
" Ini hyung nak kenalkan. Yang cik adik molek yang manis ni, nama dia Jasmine Sofea. Noah panggil dia Jasmine, Sofea tak boleh. Sofea tu, hyung je boleh panggil."
Sempat lagi si Hael cop panggilan samaranku. Noah pula hanya beriak kosong .
" Hmm."
" Yang sebelah cik adik, kawan baik dia. Nurin."
" Hehe, hai." Entah dari mana si Nurin kena sampuk, secara tiba-tiba dia melambai ke arah mamat barista beku. Tiba-tiba, bibir jejaka itu mula tersenyum nipis. Pelik . Tadi dengan aku bukan main masam, tapi dengan Nurin ? Dia senyum? Memang pelik !
" Noah, kawan Hael."
Berbeza betul perwatakkanya dengan Hael. Hael seorang peramah, manakala Noah hanya jawab sepatah demi sepatah. Kalau tidak berbicara pun, hanya suara gumamnya yang kedengaran dengan perlahan. Mungkin, Noah bukan seorang yang suka bercakap. Dia akan berbicara ketika dia perlu sahaja.
YOU ARE READING
My Love , Mr Barista ( slow update)
RomanceJasmine Sofea | Hael Akasyah Read this while enjoying your coffee 💋☕️