Flashback....
Bang
Bang
Bang
Beberapa das tembakan dilepaskan mengenakan tepat pada bahu dan paha kiri Hunter.
"Arghh merda ! (arghh shit!)" Hunter mengerang kesakitan lalu mengesot ke tepi.
"Señor! (tuan!)" jerit anak buahnya.
"Cazador , tu hombro y muslo izquierdos están sangrando (hunter, bahu dan paha kiri kau berdarah)" ujar Thunder dengan nada yang tinggi.
"Solo un poco (sikit je ni)" balas Hunter.
Thunder agak tercengang tak sakit ke? Tetapi dia tidak terkejut kerana mereka memang sudah terbiasa dengan tembakan boleh dikatakan banyak kesan tembakan di tubuh badan mereka.
"Sikit kau kata dah macam menggelupur nyawa kau aku tengok" bidas Storm, Sedikit geram.
Bukk...
"Mulut kau tu boleh tutup tak Hunter yang kena tembak, Kau yang bising lebih" marah Thunder.
"Aduhh.. pehal kau ketuk kepala akuu!" marah Storm, Kepalanya yang sakit itu diusap.
Eagle yang memerhati pergaduhan mereka, Memicit pelipis dahi.
" ¡auto! (kereta!) " arah Eagle dan melemparkan kunci keretanya ke arah anak buahnya.
Salah seorang anak buahnya tangkas menangkap kunci kereta tersebut dan bergegas keluar untuk mengambil kereta milik Eagle diluar bangunan usang itu.
Storm memimpin hunter memasuki kereta Ferrari F8 milik Eagle sebelum dia memasuki kereta Lamborghini Aventador miliknya dan melecur ke jalan raya diikuti oleh beberapa kereta anak buah mereka dari belakang.
End of flashback..
🦋🦋🦋🦋🦋🦋
Qaid dirawat di Landyn's Hospital , Hospital milik keluarganya.
Qaid cuba untuk bangun dari baringnya namun ditahan oleh raja mikhael.
"Luka kau tak sembuh lagi " ujar Mikhael, tangannya yang menahan Qaid dari perbaringannya ditarik.
"Hmph benda kecil je pun " jawab Qaid dengan tenang, Mikhael menghembus nafas berat , haih Qaid dengan sifat keras kepalanya tidak boleh berpisah.
"Eleh kecil konon tapi menjerit macam nak runtuh bangunan " sindir Faris, Senyuman sinis diukir.
"Normal la dia menjerit dari kau kena luka pisau kat tangan kau pun dah meroyan 10 hari 10 malam " balas Noah.
Pintu wad diraja dibuka dan ibu bapa qaid, Tengku Qhalish landyn dan Tengku Quinn lainey menerjah masuk.
"Id! Id okay tak? " soal Puan Quinn, Tangannya memeriksa keadaan anaknya.
Keningnya terangkat namun reaksi nya tenang.
"Macam tak biasa " balas Qaid, Ni Tengku Qaid Landyn la setakat luka ditembak tu macam kena gigit semut je.
"Memang la mummy risau. Siapa je tak risau bila dapat call anak dia kena tembak malam malam buta macam ni " bebel Puan Quinn, Mau luruh jantungnya ketika dia menerima panggilan daripada Raja Mikhael mengatakan Qaid ditembak, Anak sulungnya ini langsung tidak berhati - hati.
"Ye la mummy " jawab Qaid, Malas berkata lebih, Pasrah saja la kalau dengan mummynya mau sampai esok tak habis berdebat dengannya.
" lain kali jaga diri tu elok elok kalau diri sendiri tak jaga macam mana nak jaga isteri nanti " bebel Puan Quinn, Qaid tercengang. Isteri? Kenapa mummynya tiba tiba cakap tentang isteri ni? Lambat lagi dia mau beristeri umurnya baru 28 tahun, Masih muda kan?
Badannya yang tegap, Ketinggiannya yang lampai, Kulitnya yang putih mulus, Rambut yang ikal mayang dan mata berwarna kelabu itu mampu membuat ramai gadis yang terpikat dengannya.
"Hm" balasnya dengan lemah, Dia mengeluh lalu memejamkan matanya.
" sudah la tu sayang bagi si Id tu rehat , dah jom balik " ujar Encik Qhalish, Jika dibiarkan lama nanti takut isterinya bertukar jadi singa.
"Ha kamu semua nak tidur sini ke?" soal Encik Qhalish kepada Noah, Mikhael dan Faris.
"Eh kami nak balik dah la ni uncle" balas Noah.
"Kami balik dlu ye auntie uncle, Assalamualaikum" sambungnya lagi.
"Waalaikummusalam" jawab mereka berdua serentak.
Selepas mereka bertiga keluar dari wad Qaid, Qaid mencelikkan matanya dan pandang kosong ke syiling.
"Sudah lah mummy dengan daddy pun nak balik juga " ujar Puan Quinn.
"Mummy dengan daddy balik dulu , Jaga diri jaga solat luka tu belum sembuh lagi jangan lasak sangat" pesan Encik Qhalis, Bukannya dia tidak kenal perangai nakal anak terunanya yang sulung ini.
"Hm" balas Qaid.
"Bye mummy daddy balik dulu, Assalaamualaikum " ujar Encik Qhalish.
"Waalaikumussalam " balas Qaid, Mummy dan daddynya melangkah pergi dan Qaid ditinggal keseorangan di dalam wad diraja itu.
Dia memejamkan matanya dan terlelap..
YOU ARE READING
His Precious Shadow [ OG ]
Mystery / ThrillerTengku Ayrissa Farhana , Seorang yang cantik tetapi dingin.Rupa?Harta? semuanya lengkap. "Touch my man you'll be praying your still be able to breathe" -Tengku Ayrissa Farhana. Tengku Qaid Landyn , seorang yang kacak dan dingin. Paras rupa? Kekay...