Anjing Salak Tengah Malam: Panggilan dari Alam Lain

16 0 0
                                    

Tengah malam tepat pukul 12, aku dengan member aku berjalan perlahan ke rumah kayu bertiang yang katanya kena kacau kat institusi pengajian di Kota Samarahan. Tempat tu sunyi sepi, angin pun tak terasa. Suasana seram betul, rasa macam ada mata yang dok perhati kami dari dalam gelap. Kisah ini berlaku pada tahun 1996.

Member aku bawak sebaldi ayaq yang dicampur limau. Dia pesan kat aku, "Kalau jadi apa-apa, hang ambik ayaq ni siram kat dia. Tapi letak jauh sikit dari rumah, standby ja." Aku angguk, letak baldi tu jauh sikit, dan tunggu kat situ sambil tengok dia mula buat kerja.

Dia mulakan dengan proses pemagaran kat empat penjuru rumah. Setiap penjuru, dia menyuruh aku gali dan tanam botol kecik berisi ayat 3 Qul, sambil mulut tak berhenti baca ayat pendinding. Lama dok ulang benda tu sampai habis empat penjuru, kemudian dia terus ke hadapan rumah dan duduk melutut depan rumah. Aku terus berdiri jauh sikit dari dia. Dia halakan jari telunjuk dia ke arah rumah tu, mata dia tajam, macam tengah dok arahkan sesuatu.

Ketika memulakan ritual pemagaran, mula-mula kedengaran suara berbisik di telinga mereka, kata-kata tak jelas, disertai dengan bau kemenyan yang menusuk. Semakin dekat dengan rumah, bisikan semakin jelas, seolah-olah suara itu memanggil mereka masuk, menghasut mereka. Ini menambahkan ketakutan dalam suasana dan membuatkan aku berasa seperti dia sedang diperangkap oleh sesuatu yang tak dapat dilihat.

Aku mula rasa pelik, lama sangat dia kat situ, tak bergerak. Aku tanya dia, "Awat lama sangat ni? Semua okay ka?"

Dia pandang aku, dengan muka yang serius, "Makhluk ni tak mau keluar...dia nak bertarung."

Dia tunjuk ke arah beranda, dan bila aku tengok betul-betul, ada bayang hitam besar, dok berdiri menghadap kami. Jantung aku berdegup kencang, takut dia tak usah kata la. Ketika rakan menunjukan jari ke arah rumah, tiba-tiba mereka mendapat kilas-kilas memori silam seakan-akan bayangan seorang perempuan tua dengan mata kosong, duduk di beranda, menatap kosong ke dalam kegelapan, seolah-olah mengawasi sesuatu di dalam rumah. Protagonis merasakan rasa tak sedap, seakan-akan dia berada dalam kenangan buruk seseorang, tapi tidak pasti milik siapa.

Member aku cakap, "Hang bukak gelanggang. Hang kan belajar Silat Gayung dulu?"

Aku telan air liur. Dalam hati aku seram, tapi aku ikut juga. Dia ajar aku kaedah bertempur, "Bukak jari tangan hang, ibu jari lipat ke dalam. Zikir Subhanallah walhamdulillah sampai habis. Hang tolak serangan dia dengan batin, bukan fizikal."

Aku buat gaya yang dia ajar, dan terus duduk bukak gelanggang. Sekali tu, aku tengok dia tarik nafas dalam-dalam, tiba-tiba dia panggil makhluk tu masuk ke dalam tubuh dia. Sekelip mata, dia terkam macam harimau lapar, suara dia bertukar jadi bunyi mengeram, bunyi dia memang menakutkan.

Aku tak sempat berfikir, terus bangkit bersilat dengan jurus yang dia tunjuk. Rasa macam kena banting dalam tolak menolak serangan. Makhluk tu menjerit kesakitan, mengeram macam orang terseksa. Setiap kali aku tolak dengan zikir, badan aku terasa macam dihentak tapi aku terus lawan, dengan apa yang aku tau.

Ketika bertempur dengan makhluk itu, dia merasakan tubuhnya seolah-olah ditarik ke bawah, seperti kaki melekat di bumi, seolah-olah ada tenaga yang cuba menariknya masuk ke tanah. Setiap serangan zikir terasa seperti mengetuk balik tenaga yang menariknya, melepaskan diri dari genggaman kegelapan yang tak nampak.

Pertarungan tu berlarutan lama, sampai kami berdua letih. Makhluk tu makin lemah, dan akhirnya aku cepat-cepat ambik baldi ayaq limau tadi, aku siram kat makhluk tu. Masa tu, dia menggelupur terkinja-kinja, suara dia makin kuat, mengerikan sungguh.

Semasa makhluk itu semakin lemah, ia mula berubah bentuk, semakin menjelma lebih nyata, kelihatan kulitnya hitam legam, mata merah menyala, tubuh yang semakin menyerupai manusia namun penuh dengan ciri-ciri binatang seperti kuku panjang, telinga tajam, dan bisikan berbunyi seperti lolongan serigala. Bayang-bayang makhluk itu membesar, menyerap tenaga dari persekitaran, menyebabkan pokok di sekeliling mulai layu dan menggugurkan daun-daun.

Tak lama lepas tu, bunyi anjing salak kuat kat luar rumah, bertalu-talu dalam malam yang sunyi. Member aku rebah tak sedarkan diri. Masa tu aku rasa dada aku berat, macam ada tenaga hitam keluar dan dada aku hampir sesak nafas.

Aku pi dekat dia, panggil nama dia, cubit pipi dia. Agak lama nak sedarkan dia, tapi akhirnya dia buka mata, nampak lemah betul. Aku tak buang masa, terus angkat dia, bawa balik. Malam tu aku belajar, benda ghaib tu tak mudah untuk dilawan, dan rasa takut yang aku hadap malam tu, sampai sekarang aku rasa takkan hilang dari ingatan.

Setelah kembali ke rumah, aku merasakan jantungnya berdegup laju, masih merasakan ada sesuatu yang tak selesai. Dia melihat ke luar tingkap pada malam itu dan menyedari terdapat bayang-bayang hitam kecil di bawah pokok jauh di hujung rumah, berdiri diam, seolah-olah menunggu sesuatu. Dia menghela nafas, berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan mencari jawapan suatu hari nanti.

Pertemuan dengan Sihir HitamWhere stories live. Discover now