Part 1

1 0 0
                                    

     Pagi itu berjalan seperti biasa. Keheningan subuh sering kali menenangkan jiwanya. Ya dia seringkali bangun pada setiap pagi bagi menjalani kehidupan yang bahagia. Namanya Amira, seorang gadis berasal dari kampung R, sering melakukan tugasnga deawal pagi lagi demi memenuhi tuntutan agama dan keluarganya. Berusia 30 tahun. Kisah contanya juga telah lama disirami dengan kecewa dan harapan yang punah kerana sang lelaki yg berusia muda darinya sesang berusaha menghabiskan oelajaran dan memulakan hidupnya. Namanya Badrul, seorang graduasi dari jurusan pengurusan sebuah Universiti awam.

       Suatu hari setelah lama tidak berjumpa dan beberap siri pergaduhan tentang bila mereka akan berkahwin, mereka telah berjanji untuk berjumpa dan melepaskan rindu masing-masing. Amira yg juga seorang yg taat pada agama sangat menitik beratkan soal batas agama dan seumpanya, boleh dibilang bak ustazah orangnya. Manakala, Badrul pula seorang yang biasa sahaja, ceria dan bersemangat dan sentiasa tahu apa yg perlu dilakukan untuk mencapai dan mendapatkan apa yang diinginkan. Mungkin takdir tidak terlalu memihak pada dia menyebabkan dia sering gagal dalam usahanya untuk menghalalkan Amira.
       Namun, kusangka panas  sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Siapa sangka selepas sekian lama tidak berjumpa, dan perjumpaan ini bakal mengubah segala bahagia dalam cerita cinta mereka. Badrul datang kerumah Amira menjemput dengan keretanya.

Amira: Hai assalamualaikum,
Badrul: Waalaikumsalam, rindunyaa... Makin cantik awak ye.
Amira: Haish awak ni, ada² je. Dahlah jom kita gi makan. Saya dah lapar ni.
Badrul: Ok jom.

Ketika didalam kereta mereka berbual sedikit tentang apa yang terjadi disehari-harian mereka. Bercerita tentang kerja dan sebagainya. Amira yg merupakan guru disebuah pusat tuisyen dan juga guru mengaji itu menceritakan tentang kerenah anak² muridnya sambil didengari oleh Badrul yg sesekali mencelah. Sehinggalah mereka sampai ditempat makan yg mereka selalu singgah. Amira memesan makanan kegemarannya Nasi Goreng Kampung pedas dan juga limau ais manakala Badrul memesan mee hoon tomyam dan kopi ais. Setelah makan, Amira meminta Badrul untuk singgah ke surau berdekatan dengan pantai untuk mereka solat asar dan berjalan² di pantai. Setelah selesai solat mereka pun berjalanlah di pantai sambil menikmati pemandangan yang cukup indah ketika itu, matahari terbenam.

Badrul: Cantikkan pemandangan harini, macam rupa awak cantiknya.
Amira: Eee, ada je awak ni kan. Mulut bukan main manis tapi kita tak kahwin lagi. Berapa lama lagi saya kena tunggu ni awak? Dah 5 tahun dah kita bercinta, takkan awak tak usaha apa²? Saya faham awak baru je dapat kerja dan beli kereta tapi takkan takde simpanan awak dulu masa belajar yg awak kata buat business part time tu?
Badrul: Awak. Duit simpanan tu ada tapi dah tak banyak. Awak pun tahu kan saya langsaikan hutang modal untuk semua business part time tu. Dengan baru kerja lagi. Kalau saya tak beki kereta ni memang lah sekejap saya dah kumpul duit untuk kita kahwin tapi kereta ni pun kan untuk keselesaan kita juga. Takdelah nnti dah kahwin awak berpanas hujan naik motor dengan saya. Lagipun saya dah mula kumpul semula duit saya. Insha Allah hujung tahun kita kahwin ye.
Amira : Saya nak berterus terang dengan awak. Saya sedang kenal denga seorang lelaki ni, kawan lama saya masa saya belajar dulu, Amar namanya. Saya dah tawar hati tunggu awak tapi tak ada hasil pun lagi. Saya nak kita kekal je sebagai kawan. Kalau awak tak boleh terima takpe kita cukup sampai sini je. Tapi kalau awak rasa saya ni penting untuk awak, tunaikan janji awak untuk menghalalkan saya. Itupun kalau saya masih ada hati untuk awak saya terimalah. 5 tahun terlalu lama bagi saya. Saya dah tak muda lagi awak. Tolonglah faham perasaan saya.
Badrul: Semudah itu je awak buat saya mcm ni. Saya bersengkang mata, berpanas hujan, tak cukup tidur tiap hari demi mencari duit untuk kita. Semudah itu je awak beritahu saya tentang ini. Fine, kalau itu yg awak nak, saya terima cabaran tu. Awak kena ingat saya tak akan putus asa. Jangan pernah cabar saya, kalau saya tak dapat awak,jangan harap lelaki lain dapat awak.
Amira: Jangan cakap mcm takde iman boleh tak?! Dah lah hantar saya balik. Saya bukan tak sayang awak, tapi untuk menunggu lagi lepas 5 tahun. Saya tak sanggup dah. Saya dah tawar hati. Dah hantar saya balik.

    Badrul pun sentap dan terus menghantar Amira pulang ke rumah orang tuanya.

Badrul: Saya harap awak fikir masak² dengan apa yg awak dah cakap dan keputusan awak tu ye.
Amira: Sudah difikirkan sampai hangus dah Badrul. Keputusan saya muktamad. Terpulang pada awak sekarang ni.
Badrul: Ok.

      Selepas itu Badrul pun pulang kerumahnya dalam keadaan marah dan bengang. Manakan tidak, 5tahun bercinta berusaha untuk menghalalkan cinta hatinya, 5 tahun berjimat,bercatu dan mengikat perut demi mrncari modal untuk menghidupkan business part timenya. Bermacam busines telah dicuba dan gagal. Beruntunglah ada kawan yg kaya raya sudi mendahulukan duit modal untuk Badrul bina semula perniagaannya. Itupun business terakhir yg telah mula berjaya kaut keuntungan terpaksa dihentikan dek kerana kekurangan pekerja dan Badrul sendiri semakin sibuk dengan kerja hakikinya sebangai assistant project manager. Jadi keuntungan terakhir itulah dilangsaikan semua hutang modal businessnya dan dibuat duit muka keretanya sekarang. Lebihannya masih menjadi simpanan buatnya. Dengan amarah dan dendam akibat perbuatan Anira terhadapnya, Badrul mula membuka semula kotak lama yg tersimpan rapi dibawah katil biliknya. Dibuka dalamnya terdapat sebuah buku ajaran arwah atoknya tentang hipnosis dan cara mengawal orang tanpa mereka sedar. Seakan pukau tapi tiada mantera yg melibatkan alam ghaibnya. Kau tunggu Amira, akan kubuat kau tunduk padaku. Kata Badrul.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Sang KorbanWhere stories live. Discover now