"Zulaikha,boleh tak kau ikut aku kejap?" Ujar seorang lelaki yang memakai mask di mukanya.
"Sapa laki ni?" Bisik Intan di dalam hati.
"Kau ikut aku kejap eih?" Ujar lelaki itu sambil memegang beg tangan Intan.
"Kau lepas aku ikut kau." Ujar Intan tanpa nada.
"Ok aku lepas." Lelaki itu melepaskan beg yang dipegangnya tadi.
Mereka pergi ke tasik di University
"Kau nak cakap apa dengan aku dan kau siapa?" Tanya Intan dengan nada tenang.
Lelaki itu membuka masknya dan dia adalah...
"Mikhael!" Jerit Intan dalam keadaan gembira. Intan dan Mikhael adalah kawan baik dari sekolah rendah tetapi disebabkan Intan mendapat tawaran ke University Malaya, mereka terpaksa berpisah.
Mikhael dipindahkan ke University Malaya selepas peperiksaan di University Malaysia Kelantan (UMK).
"Kau tak payah la jerit. Aku tau la kau exited." Ujar Mikhael dalam nada sedikit tegas. Nasib baik tiada orang disitu.
"Ni kira ok la dari aku melompat, lagi la teruk." Ujar Intan sambil menahan ketawa.
"Kau perangai tak berubah ye?" Tanya Mikhael. Dia dah kenal Intan ni dari kecil. Mestilah dia kenal Intan. Kan?
"Berubah dengan orang yang aku benci ja." Jawap Intan. Ya dia agak lebih matang apabila bertemu dengan musuh-musuhnya.
" Ooo..tadi kau berubah sebab kau ingat aku ni musuh kau la?"
Tanya Mikhael dengan suara lantang."Haah,aku ingat hantu mana tadi." Jawap Intan dengan selamber.
"Aku manusia lah." Ujar Mikhael sambil menjeling tajam kepada Intan.
"Ye...tapi kan kenapa kau ada Kat sini? Kan cuti tak habis lagi" Tanya Intan dengan nada tak bersalah.
"Cuba kau fikir,kau ni dekat mana." Ujar Mikhael.
"Belakang University kan? " jawap Intan tanpa dia sedar bahawa dia juga sudah berada di University sebelum cuti habis.
"Jadi...?" Tanya Mikhael
"Jadi? Ouh...." Ujar Intan apabila dia baru tersedar apa yang dia tanyakan tadi.
"Kau jawap la dulu kenapa kau dah ada Kat sini." Ujar Mikhael membuatkan Intan tidak tahu macam mana nak beri jawapan.
"A..aku.. mak ayah aku nak balik kampung la. Kampung aku kan Kat Sarawak jadi kena naik flight." Ujar Intan. Nasib baik idea datang sekelip mata kalau tidak dia sudah tidak tahu macam mana nak putar belit kan jawapannya.
"Bukan Kat Langkawi ke?"Tanya Mikhael sambil merapatkan jarak antara mereka berdua.
"ADUH..dia ingat pulak.." Bisik Intan dalam hati.
"Tu belah ayah lah...ni belah mak aku." Ujar Intan dengan nada sedikit takut..
"Okey...kalau kau tipu siap kau." Ujar Mikhael sambil rapatkan muka mereka berdua.
Tanpa bercakap apa-apa Intan terus lari meninggalkan Mikhael di situ. Mikhael di situ hanya tersenyum lebar apabila melihat Intan kelihatan takut dengannya.
"Jumpa esok Puteri Nur Intan Zulaikha." Bisik Mikhael dengan senyuman.
"Makin lama makin creepy la mamat poyo tu." Bisik Intan.

YOU ARE READING
AKU MASIH SAYANG KAU [NO UPDATE☠️]
Tiểu Thuyết ChungIni hanya rekaan semata². Enjoy your reading! Minta maaf kalau tak best/terkurang apa² Ni first try jadi semestinya ada silap. Cerita ni lover to enemy to lover. Faham tak? Kalau tak faham buat² faham je lah:) Yang carut² tu not my false okayy☠️