Malam itu, selepas berjam-jam memikirkan banyak perkara, telefon bimbit aku berbunyi. Nama Qayden tertera di skrin. Aku teragak-agak seketika sebelum menjawab panggilan tersebut.
"Hello?" aku menyapa dengan suara perlahan.
"Hey, Thea. What are you up to?" suara Qayden kedengaran tenang, tapi aku dapat rasakan sedikit kegusaran di sebalik nada suaranya.
"Just resting. Kenapa?" aku bertanya, agak terkejut dia menghubungi aku.
"I was thinking, since you’re free tonight, how about we grab dinner together? I know a good place around here," Qayden mencadangkan, tanpa banyak berbasa-basi.
Aku terdiam seketika, berfikir. Memang sudah lama aku tak keluar makan malam dengan sesiapa selain keluarga atau kawan-kawan dekat. Dan jujurnya, aku juga rasa sedikit teruja mendengar ajakannya. Tetapi, aku masih berasa sedikit canggung. "Uh, sure. Sounds good," jawabku akhirnya, cuba untuk tidak terlalu terbuka.
"Great! I’ll pick you up in half an hour,"
"Alright," jawabku sebelum menamatkan panggilan itu.
Aku memandang ke arah almari pakaian. Walaupun cuaca di luar agak sejuk, aku rasa selesa dengan abaya hitam yang biasa aku pakai. Tanpa berfikir panjang, aku mengenakan abaya itu bersama shawl hitam yang menutupi dadaku. Penampilanku yang sederhana membuatkan aku rasa lebih selesa, tetapi pada masa yang sama, aku sedikit risau akan penampilan yang mungkin terlalu ringkas. Namun, aku membiarkan perasaan itu pergi.
Setengah jam kemudian, aku mendengar hon kereta di luar. Aku mengambil beg tangan kecil dan berjalan keluar dari apartmen. Qayden sedang duduk di dalam keretanya, menunggu dengan senyuman yang aku rasa agak jarang terlihat di wajahnya.
"Hey, Thea. You look stunning," Qayden berkata, memuji dengan nada yang tidak terlalu berlebihan, tetapi cukup membuat aku rasa sedikit lega. Aku hanya tersenyum kecil sebagai respons.
"Thanks,"
Qayden memandu dengan penuh fokus, namun ada rasa tenang dalam perbualan kami. Seperti biasa, dia agak pendiam, tetapi cukup berbual apabila perlu. Kami berbicara tentang perkara-perkara ringan; tentang kota ini, tempat-tempat yang ingin kami lawati, dan sedikit tentang hidup masing-masing.
Ketika sampai di restoran, suasana di dalamnya sangat tenang, dengan lampu yang redup dan muzik lembut yang mengalun di latar belakang. Qayden membuka pintu untukku dengan penuh hormat sebelum berjalan masuk bersamaku. Pelayan yang menunggu kami membimbing kami ke meja yang terletak di sudut, jauh dari keramaian.
Setelah duduk, suasana menjadi agak tenang, tetapi perasaan canggung itu tetap ada. Aku cuba mengalihkan fikiran dengan memandang menu, tetapi Qayden memecah kesunyian.
"So, how’s everything going with you? I mean, how’s your life here in Italy so far?" tanyanya, cuba memulakan perbualan yang lebih santai.
"Everything’s good. Just getting used to things here," jawabku jujur. "It’s different from back home, but it’s exciting."
Qayden tersenyum. "I can imagine. But I think you’re handling it well."
Aku mengangguk sambil menyusun kata-kata, cuba untuk tidak terlalu teruja. "I guess. It’s just... sometimes I feel like there’s more to learn, you know?"
"Yeah, I get that," kata Qayden, memandangku dengan penuh perhatian. "You seem like someone who takes everything seriously."
Aku tersenyum tipis. "I try to. But not everything is as easy as it looks."
Sambil kami berbual, aku mula merasa lebih selesa. Walaupun suasana malam itu agak santai, ada sesuatu tentang Qayden yang membuat aku rasa lebih relaks, lebih diterima. Dia tidak menghakimi atau terlalu memaksa aku untuk berbicara lebih daripada yang aku mahu.
Tiba-tiba, Qayden berkata, "You know, I’ve been thinking... about what Thaqif said."
Aku menoleh ke arahnya, sedikit terkejut. "Thaqif? What did he say?" Aku bertanya, hati aku sedikit berdebar.
Qayden merenung aku dengan serius. "He just wants you to be safe. And I know he trusts me with that. But, Thea, I also want you to know, I’ll always be here to make sure you’re alright."
Aku terdiam sejenak. Kata-kata itu, meskipun sederhana, mengusik hati aku. Aku tahu Qayden bukan orang yang mudah memberi janji, jadi mendengar kata-katanya ini membuatkan aku rasa dihargai, lebih daripada yang aku jangkakan.
"Are you single, Qayden?" tanyaku, tiba-tiba, tanpa fikir panjang.
Aku terkejut dengan soalan itu, seperti ada sesuatu yang mendorongku untuk bertanya. Mungkin rasa ingin tahu yang tiba-tiba muncul. Atau mungkin juga, aku memang tertanya-tanya selama ini, cuma tak pernah berani untuk bertanya.
Aku sendiri tak tahu kenapa aku tanya soalan macam tu. Rasanya macam otak aku yang lebih bercakap daripada mulut. Tapi, tiba-tiba, soalan itu terkeluar juga.
Qayden hanya tersenyum kecil, wajahnya tidak menunjukkan reaksi yang aku jangka. Dia tidak kelihatan terkejut, lebih kepada tenang dan sedikit tergelak.
"Why would you ask that?" katanya sambil merenung aku. "What made you curious?"
Aku hanya tergelak kecil, rasa malu mula menyelinap di dalam hati. "I don't know... I guess I just wondered," jawabku, cuba menutup rasa janggal itu.
Qayden memandangku seketika, dan seolah-olah dia cuba membaca apa yang aku fikirkan. Wajahnya yang biasanya tenang itu kini sedikit lebih serius, seakan-akan dia sedang mempertimbangkan sesuatu.
"Well," dia akhirnya berkata, "I’m not in a relationship. If that's what you're asking." Suaranya agak santai, namun ada sedikit kedalaman dalam kata-katanya.
Aku hanya mengangguk, terasa sedikit lega, tapi juga agak terkejut. Aku tidak tahu apa yang aku harapkan dengan soalan itu, tetapi jawapannya membuatkan aku rasa sedikit canggung.
"Why are you so curious about that, Thea?" Qayden bertanya lagi, kali ini dengan senyuman yang lebih lebar. "You have someone in mind?"
Aku terdiam sejenak. Pertanyaan itu benar-benar menyesakkan dada. Tapi aku cuba senyum dan menjawab dengan selamba, "No, just... curious. Itu saja."
Namun, aku tidak dapat menipu diri sendiri. Rasanya lebih daripada sekadar rasa ingin tahu biasa. Tapi aku tetap cuba mengelak, tidak mahu memberi terlalu banyak makna kepada soalan bodoh yang aku sendiri tanya.
Qayden hanya mengangguk, seakan memahami. Dia tidak membiarkan soalan itu menggantung di udara terlalu lama.
"So, do you always ask people such personal questions?" dia bertanya sambil menoleh ke arahku, wajahnya menunjukkan sedikit gurauan.
Aku tergelak, sedikit lega. "Hah, maaflah. Mungkin aku terlalu curious," aku jawab, cuba menutup rasa canggung yang semakin meningkat. Tapi dalam hati, ada perasaan yang tak dapat aku fahami. Mungkin lebih daripada rasa ingin tahu tentang status Qayden.

YOU ARE READING
HATINYA UNTUKKU | SLOW UPDATE
RomanceNama aku, Mazreah Elizabeth, seorang pelajar perniagaan yang menyambung pengajian di sebuah universiti di Itali, tidak menyangka bahawa pertemuan tak sengaja dengan seorang lelaki di sana akan mengubah hidupnya. Semuanya bermula dengan satu kejadian...