BAB 17

34 3 0
                                    

Keesokan paginya, aku berdiri di hadapan cermin, meneliti penampilanku dengan teliti. Hari ni bukan hari biasa—kelas terakhir aku. Kalau aku lulus, impian aku nak jadi fashion designer bakal tercapai.

“Okey, Thea, you’ve got this,” aku bercakap sendiri sambil membetulkan tudung dan memastikan setiap helaian baju aku tampak kemas.

Aku tiba di kelas lebih awal daripada biasa. Studio fesyen dipenuhi dengan kawan-kawan sekelas yang kelihatan sibuk menyiapkan sentuhan akhir pada rekaan masing-masing. Suasana tegang jelas terasa, tapi aku cuba kekal tenang.

“Thea, your turn is after mine, kan?” seorang kawan sekelas, Bella, bertanya sambil memegang portfolio besar di tangannya.

Aku angguk. “Yup. Nervous gila, Bella. Entah kenapa aku rasa macam semua benda boleh salah hari ni.”

Bella ketawa kecil. “Chill, your designs are always amazing. Trust me, the lecturers are going to love them.”

Aku hanya tersenyum, walaupun hati aku masih rasa berdebar-debar.

Beberapa minit kemudian, giliran aku tiba. Aku bawa portfolio aku dan berdiri di hadapan panel pensyarah yang kelihatan serius meneliti setiap rekaan yang dipersembahkan.

Good morning, Thea. Please present your designs,” salah seorang pensyarah berkata, memandang aku dengan pandangan profesional yang membuat aku makin gugup.

Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba mengumpulkan keberanian. “Good morning, lecturers. Today, I’ll be presenting my final collection, Ethereal Threads. This collection is inspired by—”

Aku teruskan pembentangan aku, menjelaskan setiap rekaan dengan penuh semangat. Aku tunjukkan lakaran, fabrik yang aku pilih, dan bagaimana aku gabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden.

Your work is impressive, Thea,” salah seorang pensyarah akhirnya berkata selepas aku selesai. “But tell me, what makes your designs stand out compared to others?”

Soalan itu buat aku terdiam sejenak, tapi aku segera jawab dengan yakin. “I believe my designs not only tell a story but also celebrate individuality. They’re not just clothes; they’re a form of self-expression.”

Panel kelihatan berbincang seketika sebelum akhirnya memberikan isyarat untuk aku duduk. Aku keluar dari bilik itu dengan perasaan bercampur-baur— lega kerana sudah selesai, tapi resah menunggu keputusan.

Di luar, Bella menyambut aku dengan senyuman. “So, how was it?”

Aku angkat bahu. “Tak tahu. Mereka macam serius sangat tadi.”

Relax. You’ve done your best. Now, just wait for the results.”

Beberapa jam kemudian, keputusan diumumkan. Nama aku dipanggil, dan aku hampir tak percaya bila mereka mengumumkan bahawa aku lulus dengan cemerlang.

Aku tahan air mata yang hampir mengalir sambil memeluk Bella. “I did it. Aku akhirnya boleh jadi fashion designer!”

Hari itu, aku sedar bahawa segala usaha, penat lelah, dan cabaran yang aku lalui selama ini akhirnya membuahkan hasil. Impian aku kini dalam genggaman.

-

Sampai saja di rumah, aku letakkan beg di sofa dan terus merebahkan diri. Hari yang panjang akhirnya tamat, dan hati aku rasa penuh dengan rasa syukur dan bangga. Tapi ada satu perkara yang aku nak buat—call Irfan.

Aku capai telefon di atas meja kopi dan cari nombor dia. Bila nama “Irfan London” muncul, aku tekan panggilan. Beberapa saat menunggu, dan akhirnya suara dia kedengaran di hujung talian.

HATINYA UNTUKKU  | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now