SETELAH selesai mencuci taik lembu di kandang lembu belakang rumah nenek Adelia, Adelia dan Elman memulakan perjalanan mereka pulang ke rumah. Bau taik lembu masih terlekat di baju mereka, tetapi mereka tidak peduli.
"Yay! Lepas ni kita tak perlu lagi nak cuci taik lembu. Penat!" Elman mengeluh.
"Heh, penat konon. Kau tu buat kerja sikit aje, aku ni yang buat kerja banyak!" ujar Adelia.
"Eh, aku lagi banyak buat kerja, okey!" jawab Elman. "Malam ni, kau ada buat barbeque kan dekat rumah kau?"
Adelia memandang Elman. "Ya, tak sabarnya! Dah lama tak makan makanan grill." Dia tersenyum lebar. Jelas kelihatan sangat gembira. Sudah lama dia tidak merasai makanan grill.
"Itulah, aku pun tak sabar nak makan makanan grill juga!"
Dahi Adelia berkerut. "Ah, tak ada! Kau tak ada kat situ. Jadi kau tak dapat merasa makanan tu."
"Eh, aku ada lah! Mak kau ada ajak mak aku pagi tadi. Katanya lagi ramai lagi meriah. Aku percaya, suasana malam nanti mesti lagi meriah bila ada aku."
Adelia tersentak. Mengganggu betullah dia ni! Mesti dia ni kacau aje kan? Kenapa ibu ni tiba-tiba mahu mengajak Elman pula?
"Heh, jangan nak perasan sangat! Suasana mesti akan jadi lagi meriah bila tak ada kau. Elok-elok aku dah boleh tenang malam ni, tiba-tiba ada kau pula, " kata Adelia. Sempat dia menjeling Elman.
Haish, kenapa ibu Adelia ajak Elmna pula ni? Baru saja dia mahu tenang-tenang malam ini, tiba-tiba Elman menyibuk pula.
Dengan tidak sedar, mereka sudah sampai di hadapan rumah Adelia. Rumah Elman agak jauh sedikit dari rumah Adelia. Adelia berjalan masuk ke dalam rumah sekilas menoleh memandang Elman di belakangnya.
"Bye, Adelia! Jumpa malam ni!" Sempat Elman melambaikan tangan ke arahnya. Adelia hanya mengangguk lantas menjelingnya tajam. Kenapalah Elman akan ada malam nanti?
LANGIT mula berubah warna. Dari jingga ke warna biru gelap yang dihiasi bintang kecil yang bercahaya. Adelia membentangkan tikar di atas lantai. Grill elektrik di sebelahnya di ambil, lalu dia meletakkannya di atas tikar. Dia memeriksa satu per satu peralatan, memastikan semuanya berfungsi dengan baik. Alat pemanggang itu tampak moden, dengan permukaan grill yang bersih dan tombol kawalan suhu di bahagian sisi.
Adelia mengeluarkan makanan yang sudah di perap seperti ayam, sosej, cendawan, dan menyusunnya di atas pinggan. Dengan berhati-hati, dia mencucuk beberapa potongan ayam pada lidi sate.
"Okey, sekarang plug in benda ni," katanya kepada diri sendiri sambil memasang wayar ke plug. Tombol kawalan di putar sedikit, dan permukaan grill mula panas. Asap nipis mula naik apabila Adelia meletakkan potongan ayam dan sosej di atasnya.
Dia tersenyum puas sambil mengambil penyepit logam di sebelahnya. "Harap-harap tak hanguslah ayam dengan sosej ni," katanya sambil memusingkan sosej.
Setelah beberapa minit, bau ayam perap memenuhi kawasan itu. "Mira, Hannah! Cepat bawa pinggan, aku nak angkat ayam ni! " jeritnya.
Mira dan Hannah segera menghampiri Adelia, sambil membawa pinggan. Pinggan di tangan mereka di ambil lalu dia mengambil potongan ayam itu menggunakan penyepit dan letakkannya ke atas pinggan yang diberi oleh Hannah dan Mira tadi.
Sedang sibuk mereka menggril makanan, susuk tubuh ibunya keluar dari rumah dan tersenyum nipis. "Wah, sedapnya bau! Tak sabar nak merasa ni." Langkahnya dituju mendekati Adelia.
"Tak adalah, ibu. Bau je sedap, tapi manalah tahu rasanya macam hangus kan?" Dia ketawa kecil.
Mata ibu Adelia meliar melihat sekeliling, seperti mencari seseorang. "Mana Elman dan keluarga dia? Ibu ada ajak diaorang sekali pagi tadi."

ANDA SEDANG MEMBACA
Love you, Akak Pengawas! (Slow Update)
RomanceAdelia Munirah, seorang ketua pengawas yang tegas dan berdisiplin, sentiasa menegakkan peraturan di SMK Seri Utara. Dalam pandangannya, semua murid harus mematuhi peraturan yang ada, termasuk Elman Hafiy, seorang murid nakal yang baru berpindah ke s...