BERUS solekan yang gebu itu disapukan pada sekitar tulang pipi Sophia. Warnanya timbul apabila jurusoleknya menyapukan beberapa kali di tempat yang sama. Bibir dilukis mengikut bentuk asal sebelum lipstik disapukan pada bibir separa mungil itu."I ada photo shoot dengan siapa harini, Vera?" Wajahnya diteliti di hadapan cermin. Lipstik yang sedikit comot dikesat bagi menghilangkan kesan.
Sophia menarik senyuman. Puas! Puas dengan hasil solekan daripada jurusolek mereka.
"You have a photo shoot with one of the professional footballer. He is quite famous. Everyone do wants him." Vera yang ditugaskan untuk menguruskan jadual sesi fotografi Sophia, menjalankan tugasnya dengan cekap. Jarinya menyentuh skrin ipad yang berada di dalam pelukan.
Semua jadual dan perkara penting disimpannya dalam ipad kerana ia lebih mudah. Lagipun, ipad itu dihadiahkan Sophia buat Vera sebagai tanda penghargaan atas kesudiannya bekerja dengannya.
"Including you?" Sophia menjeling wajah Vera yang sudah tersengih-sengih itu. Siap memusingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Gatal!
"Who?" Sophia bangkit dan berjalan menuju ke bilik persalinan, diikuti oleh Vera di sebelahnya. Kaki model itu melangkah dengan begitu laju sehingga Vera tidak dapat mengejarnya.
Tahulah Miss tinggi. Saya ni pendek tau! Gerutu hati Vera.
"Zane Larsen from Selangor FC." Sophia menjongketkan kening merenung Vera apabila mendengar nama yang sangat tidak asing di pendengaran telinganya.
Zane?
"Will it be displayed on the magazine?" soal Sophia acuh tak acuh.
"Sadly, yes!" balas Vera bersemangat. Dia tahu Missnya yang seorang ini tidak suka masuk majalah!
"Ugh, boring." Sophia mengatur langkah ke dalam bilik persalinan bersama pakaiannya. Bukan apa, dia terasa seolah-olah orang membelinya berkali-kali. Walaupun wajahnya terpapar di seluruh negara, tetapi biarlah dia nak rasa macam itu!
"When we start the photo shoot?" Badannya dipusing ke kiri, kanan, depan, dan belakang untuk melihat penampilannya di hadapan cermin. Gaun biru laut itu tersarung indah pada tubuhnya.
"In another 10 minutes. Lagipun Encik Zane tak sampai lagi," maklum Vera.
"I nak lelap sekejap. Nanti bila dia dah sampai, you kejutkan I eh?"
Vera mengangguk. "Okey Miss!" Sophia mengatur langkah ke arah sofa. Posisinya dibetulkan sedikit bagi menyelesakan diri. Sebentar saja dia sudah terlelap.
Beberapa minit kemudian, Zane muncul di studio. Lengan bajunya yang disingsing hingga ke siku menyerlahkan kekacakannya.
"Hi! Encik Zane kan?" soal Vera dengan penuh semangat walaupun dia mengenali jejaka di hadapannya itu. Kita excited jumpa idola!
"Hi?" Zane berhenti bicara kerana dia tidak mengetahui nama gadis di hadapannya.
"Vera." Laju Vera membalas.
Zane mengangguk seraya tersenyum kecil. "Hi too, Vera. I'm so sorry for my delay. I need to settle up something before I came here hehe."
Belakang tengkuknya dia usap perlahan. Terasa malu pula. Vera tertawa melihat gelagat Zane yang tersengih.
"Tak apa. Encik Zane boleh duduk dulu, saya nak pergi kejut Miss Sophia sekejap." Vera menunjuk kearah Sophia.
Zane menolak sedikit tubuhnya dan turut memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Vera. Rasa kasihan melihat Sophia yang sedang lena dibuai mimpi. Dia segera menghalang Vera daripada mengejutkan Sophia.
"No, it's okay. Nanti saya kejutkan dia. Jadi nak tukar baju dekat mana ya?" Mata Zane melilau ke serata studio.
"Oh, terlupa pula. Mari," ajak Vera dan dia berjalan mendahului Zane.
Zane dengan bersahaja mengikut Vera.
"Ini baju dan seluar yang Encik perlu pakai. So Encik boleh terus tukarlah. Fitting room dekat sebelah sana," terang Vera.
"Thank you, Vera." Mendapat balasan daripada Vera, dia segera pergi menukar pakaiannya.
SEDAYA upaya dia cuba untuk tidak membuat sebarang bunyi kerana tidak mahu mengganggu lena gadis itu. Sewaktu keluar dari fitting room, dia ternampak Vera sedang sibuk dengan kerjanya. Jadi dia memilih untuk pergi ke arah Sophia.
Dia melabuhkan punggungnya di sofa sebelah Sophia, badannya dicondongkan sedikit untuk melihat gadis itu dengan lebih jelas.
Zane merenung wajah Sophia yang sedang tidur, tidak henti-henti dia meneliti setiap inci wajah gadis itu. Dia bagaikan terpukau dengan kecantikan Sophia.
"Ethereal," bisiknya perlahan.
She's so insanely gorgeous.
I couldn't take my eyes off her.
Salah satu sebab mengapa dia suka bertemu dengan gadis ini adalah kerana kecantikkannya. Kecantikkan Sophia mampu membuat orang terpukau. Kecantikkan yang juga mungkin dapat menyembuhkan sebahagian luka seseorang.
Dia akan menghargai setiap masanya bersama Sophia- dengan cara mengagumi gadis itu.
Dia berdehem perlahan saat dia tersedar dengan tindakannya. Matanya meliar ke serata ruangan. Untung sahaja tiada siapa yang melihat!
Tetapi dari sudut yang lain, Vera tersenyum lebar. Eleh kita nampaklah!
Bahagian tepi sofa, dia menepuk lembut. "Sophia, wake up." Berkali-kali dia tepuk sehingga gadis itu tersedar.
Zane menyapa pandangannya. Dia membetulkan kedudukannya daripada terus menyandar ke sofa. Kedua-duanya masih kekal mendiamkan diri.
"Miss, it's time for photo shoot." Vera menghampiri mereka berdua.
"Oh yeah. Makeup I okey tak?" Wajah Vera yang separas hidungnya di pandang.
Tidak sempat untuk Vera menjawab, Zane mencelah. "Ada taik mata," sampuk jejaka itu selamba.
Melihat Sophia yang gelabah mencari cermin itu membuatkan Vera turut gelabah sama. Zane tertawa mengekek. "Kidding."
"Hi, Sophia." sapa Zane dengan tawa masih tersisa.
"Hi, Zane. How was your life?" Sophia bertanya. Keningnya terangkat tidak percaya. Jejaka ini sangat berbeza dengan seminggu yang lalu.
Zane di hadapannya jenis yang kuat mengusik.
"It was great after seeing you."
"Glad to hear that," balas Sophia yang kedengaran sarkastik di telinga membuatkan Zane terhibur buat sekian kalinya.
"Miss. Gelak orang kaya memang macam ni eh? Bila dia gelak rasa macam duit ikut berterbangan sama," bisik Vera pada Sophia namun jelingan yang dia dapat.
"I hempuk you nanti baru tahu."
"OKAY ready. One. Two. Three."
KLIP!
KLIP!
KLIP!
"Different poses please. Fia, can you put your hand on his chest?" Sophia merenung Zane. Tapak tangannya perlahan-lahan melekap di atas dada jejaka itu. Berderau jantung Zane saat merasakan sentuhan yang berlapik itu. Sophia dapat merasakan sipi-sipi jantung Zane berdegup kencang.
Zane hanya tersenyum memandang Sophia. Cuba untuk menghilangkan debaran yang menyesakkan dadanya.
Bunyi kamera dan flash bergema di seluruh ruangan studio. Mata mereka masih saling bertembung. Tiada seorang pun dari mereka yang mahu melarikan pandangan.
"Okay, done!" Suara kru menyentakkan dua pasangan model itu. Sophia berdehem perlahan seraya mengalihkan pandangan. Dia segera bangkit dari kerusi dan menuju ke arah kru yang sedang melihat gambar.
Zane menghembus nafas kasar. Dia tidak pernah merasakan jantungnya berdegup begitu kencang seumur hidupnya.
Senyuman terukir pada bibir Zane.
