Chapter 4♡

400 39 3
                                    


Sebaik saja lelaki misteri tersebut hilang. Tiba-tiba, seorang wanita muncul di tempat yang sama.

" Hahaha bodohnya cucu Woobin. Tak sangka pula Jisung ni dah dapat muncul masa yang sama dengan aku.. Arghh, aku Min Ah.. Aku mampu buat apa saja," Min Ah mengilai seperti orang gila. Dia berpuas hati kerana dendamnya terhadap keluarga Myungsoo sudah langsai. Sekarang keluarga Kim pula.

" Tskk. Kau ingat aku bodoh ke Min Ah?" tanya lelaki serba hitam secara tiba-tiba.

" Jisung !? Kau nak apa !? Kau, woobin dan Myungsoo dan hancurkan hidup aku !", jerit Min Ah.

" Aku datang untuk selamatkan budak tu. Nyah kau dari sini," tegas suara Jisung menghalau Min Ah.

" Bodoh, roh aku tak tenteram. Mana mungkin aku nyah dengan mudah. Hahaha," Min Ah mengilai lagi tetapi lebih kuat.

Ilaian Min Ah membuatkan Jisung pening dan sakit kepala kerana itu kelamahannya.

" Argghh ! Tak guna !" Jisung berlari ke arah Min Ah.

Min Ah menyedari hal itu terus mengeluarkan cahaya berwarna ungu menghala ke arah Jisung.

" Nah rasakan ! Muahahaha," Min Ah ketawa terbahak-bahak.

Jisung mengelak lalu mengeluarkan sebiji bola melalui kuasa magisnya.

" Aku Park Jisung, pemain bola Korea Selatan dan bekas pemain Manchester United. Nah rasakan ' Bicycle Kick Magic Ball '," Jisung terus menendang bola itu dan ia tepat ke arah kepala Min Ah.

Min Ah terjatuh dari bangunan tinggi tersebut akibat hentakan kuat dari bola itu.

" Rasakan pisau ni," pisau yang dilempar oleh Min Ah tidak mengenai dada Jisung lalu dia terus menghilangkan dirinya.

" Cis pengecut, " Jisung meludah ke lantai. " Baik aku periksa pisau tadi," dia berjalan ke arah pisau itu dan memeriksa mana tahu ada nota.

' Park. Chanyeol. Jimin '

" Tidak cucu ku!" Jisung mengeluarkan jam yang sedang berdetik di kocek seluarnya.

Hari ni 22 Julai. Fuhh nasib baik, getus hatinya sambil melepaskan nafas menandakan dia lega.

" Aku ada 5 hari lagi untuk selamatkan cucu aku," Jisung berkata pada dirinya sambil memandang Chanyeol dan Jimin yang sedang menemani Taehyung.

* Keesokannya *

Hari ini Eunji, Chorong dan Jessica ingin melawat V dengan D.O, agak mengejutkan juga apabila mereka tahu tentang kes D.O hidup semula selepas nadinya berhenti berdenyut selama seminit.

"Eunji, kat mana bilik diorang ni?" soal Jessica sebaik sahaja kaki mereka menjejaki hospital tersebut.

" Erk, jap aku tnya nurse lagipun aku bukannya kerja dekat sini," balas Eunji selamba dan mula menuju ke arah kaunter pertanyaan diikuti oleh Jessica dan Chorong.

" Cik? Boleh saya tahu dimana bilik pesakit namanya Do Kyungsoo dan Kim Taehyung," soal Eunji penuh sopan sambik mengukirkan senyuman.

"Oh sebentar ya," balas nurse tersebut sambil membalas senyuman manis Eunji dan mula mencari nama pesakit yang mereka katakan.

" Cik, mereka berdua ada dibilik 104 dan 105," jelas nurse tersebut. Chorong hanya mengangguk malas, sepatutnya time cuti camni dia masih berada diatas katil dan tidur sampai tak ingat dunia. Hishh Eunji punya pasallah ni, Chorong menggerutu.

"Nae gomawo," Eunji membongkokkan badannya dan menarik tangan Chorong dan Jessica untuk mencari bilik V dan D.O.

" Wey, mana biliknya," rungut Jessica selepas mereka tidak menjumpai bilik 104 dan 105 yang dikatakan.

I Need YouWhere stories live. Discover now