Seorang Gadis berusia 17 tahun meraung kesakitan kerana dipukul oleh ayah tirinya iaitu TUAN KAMAL
"KAU PERGI BERAMBUS DARI RUMAH NI !! aku.. dah.. tak.. nak.. TENGOK MUKA KAU KAT DALAM RUMAH NI LAGI !!" Ucap TUAN KAMAl,Tersenyum sinis dengan bangga melihat Elena meraung kesakitan.
"Ma...Maaf kan Elena , E...Elena janji lepas ni Elena dengar cakap ayah"Merayu gadis itu dengan air mata mengalir di pipi.
"JANGAN SENTUH AKU LA! , KAU DENGAR SINI...,Semua harta mak kau...,dah jatuh ke tangan aku Jadi SEKARANG AKU NAK KAU KELUAR DARI SINI...,Aku haram kan kau JEJAKKAN kaki kau yang kotor tu dalam rumah aku ni " Ucap TUAN KAMAL kepada Elena dengan nada marah yang tak sedar diri.
Elena diseret keluar dari rumah itu hingga tubuh nya dibasahi air hujan yang deras , Tuan Kamal Melempar beberapa pakaian milik elena dan menyuruh elena untuk segera pergi dari rumah itu
"kau jangan risau pasal mak kau,aku akan jaga dia sebaik yang mungkin... risau pasal diri kau yang takguna tu..." Ucapan Tuan Kamal yang kejam membuat elena membenci ayah tirinya , Elena mengutip satu persatu baju yang dilempar oleh Tuan Kamal dan segera pergi meninggalkan kawasan perumahan tempat tinggal mereka.
NUR ELENA SOFEA memandang kebelakang dengan tatapan sayu,pintu pagar yang perlahan menutup rapat.
Setelah ELENA SOFEA berjalan jauh dari rumah nya ke perhentian bas,elena sempat singgah sebentar di 7eleven untuk membeli roti dan air kotak teh bunga,supaya dapat melapik perutnya yang sedang kosong,setelah membayar di cashier elena berjalan keluar untuk duduk di perhentian bas,menunggu bas yang seterusnya datang
"Mana aku nak pergi ni...Ya allah..." ucap elena sambil mengambil phone Vivo Y15 nya dari poket seluar untuk melihat jam yang menunjukkan sekarang pukul 9:15pm,Elena duduk di perhentian bas dan memikir kemana patut ia pergi , setelah beberapa minit berfikir kemana hendak pergi Elena teringat nenek nya iaitu NENEK ROZANA atau orang-orang selalu panggil NEK ROZA ,Elena cuba menelefonNek Roza, tetapi hujan terlalu lebat hingga membuat signal data di phone Elena hilang untuk sementara waktu,Sementara menunggu hujan lebat berhenti Elena mengisi perut nya yang kosong itu.
Dengan rasa mengantuk Elena cuba untuk pejam kan matanya sebentar,dikeranakan letih,namun Elena terlelap.
"Dek..." elena terbangun mendengar suara lelaki tua yang memanggil nya , setelah membuka mata nya elena sedikit terkejut melihat kehadiran pakcik itu dihadapan nya "Adek nak naik bas dak ?" Tanya pakcik itu "N-Nak...,tapi duit saya tinggal RM52 ringgit ja,cukup ke ?" jawab elena dengan muka sedikit pucat " takpa biaq pakcik bagi adik naik free ja... lagipun adik duk tunggu sini bahaya takut ada laki miang tah mana mai kacau" ucap pembawa bas itu "b...betul ke pakcik nak bagi saya naik percuma?" tanya elena "ya dek lagipun adik tu perempuan anggap jala pakcik ikhlas tolong"Ucap Pakcik Itu
Elena bangun dan senyuman pada pakcik itu "terima kasih pakcik" ucap Elena kepada pakcik itu kerana sudi membantunya.
Elena mengikut penumpang lain masuk dan berdiri di tempat depan bas
"dek ni plastik jangan pegang macam tu.." pakcik itu menghulurkan plastik hitam besar kepada elena dan membawa elena ke tempat duduk dibelakang sekali
"Terima kasih sangat pakcik dah tolong saya" ucap terima kasih elena kepada pakcik itu "takpa pakcik dah biasa jumpa orang macam ni pakcik ni kesian...adik kenapa? lari rumah ka ?"tanya pakcik itu dengan kehairanan "saya kena halau dari rumah... mungkin memang salah saya apa yang jadi... uhm bole saya tanya ?"tanya elena
"Apa nama pakcik?" tanya elena , "panggil pakcik jebon" Jawab pakcik itu , elena melepaskan tawa kecil selepas mendengar nama panggilan dari pakcik itu
"ni adik nak p mana ?" tanya pakcik jebon kepada elena sambil tersenyum kerang busuk , elena memberi alamat kepada pakcik itu.
pakcik jebon mengangguk dan segera pergi kehadapan untuk membawa bas ke alamat tersebut.
Setelah perjalanan yang agak lama akhirnya elena sampai ke rumah NEK ROZA , elena segera bangun dan menuju ke pintu keluar bas dengan bag plastik di tangan , tidak lupa elena berterima kasih kepada pakcik jebon yang telah memberi elena tumpang secara percuma...
Elena berjalan menghampiri rumah neneknya dengan muka pucat dan penat yang terlampau.
"Tuk Tuk" Elena mengetuk pintu rumah nenek nya "Assalamualaikum Nek..." Elena mengetuk pintu buat kedua kali "Tuk Tuk" Bunyi suara ketukan pintu itu membuat nenek elena terjaga dari tidur nya ...
"Siapa pulak datang malam buta macam ni"Nek Roza bangun dari tempat tidur nya dan mengenakan kain tuala di kepalanya.
Elena menggetuk pintu buat kali ke 3 "Tuk Tuk" Nek Roza yang baru keluar bilik itu pun menyaut "Waalaikumuasalam...,sekejap" nyaut Nek Roza , Elena yang mendengar suara nenek nya dari dalam rumah pun berhenti mengetuk pintu dan menunggu pintu dibuka.
Setelah pintu dibuka Nek Roza terkejut melihat cucunya yang berdiri di depan pintu rumahnya nya.
Elena menghulur tangan untuk bersalaman,"E...Elena?"Ucap Nek Roza dengan terpaku akan kehadiran cucunya.
Nek Roza langsung menarik Elena ke dalam dengan wajah risau nya itu.
"Ena Datang dengan sapa sayang ?" Tanya Nek Roza.
"Nek..."Elena langsung memeluk Nek Roza dengan erat dan air mata pun mengalir ke pipi.
Nek Roza yang Memeluk Elena sambil mengusap perlahan kepala cucu kesayangan nya itu.
"Bagitahu nenek apa yang dah jadi ? kenapa ena datang sini sorang...?" suara Nek Roza yang tahan sebak melihat cucu nya menangis macam budak kecil buat pertama kalinya..
"A...ayah halau Elena...dia cakap dia h...haram ka...kan elena balik ke rum...rumah..."Elena mengadu ke neneknya buat pertama kali kerana Elena tidak pernah seperti ini sebelum ni.
"shush...nenek ada dengan Elena dah jangan menangis"Nenek Roza cuba menenangkan Elena yang menangis teresak-esak di pelukan Nenek nya.
"Apa agak yang cucu aku dah lalui ya allah sampai macam ni sekali suara tangisan nya...Kau dah halau cucu aku jangan harap aku bagi Elena balik ke rumah neraka itu lagi!...."Nek Roza bercakap dalam hati nya atas apa yang telah Elena lalui sepanjang ibunya berkahwin dengan Kamal Tua bangka tu.
____________________________
YOU ARE READING
Remain Scars
RomanceSeorang remaja 17 tahun telah dihalau keluar oleh ayah tiri nya iaitu tuan kamal , Setelah dihalau oleh ayah tirinya elena tinggal bersama nenek nya iaitu nenek roza yang sangat sayang terhadap cucu tunggal nya , tetapi kebahagiaan elena tinggal ber...