Prolog

37 9 2
                                    

Medina memeluk tubuh adik adiknya yang sedang menangis dipenjuru ruang tamu rumah itu. Gadis itu hanya memandang kearah ibu dan papanya yang sedang bergaduh teruk itu.

"Kak Nawa... Zam takut..." Mengadu adik Medina yang paling kecil. Medina menggosok belakang badan adik lelakinya itu. Dia tidak mampu berkata kata.

"Hoi Nawa!" Laju Medina mengangkat kepalanya memandang kearah Puan Mayra.

"Ya ibu?" Sahut gadis itu laju. Dia tidak mahu ibunya marah lagi. Dia tahu amarah ibunya masih belum hilang.

"Kau nak ikut siapa?" Sampuk Encik Dauf menyoal gadis berusia dua belas tahun itu. Dahi gadis itu berkerut tidak faham. Ikut? Ikut pergi mana?

"Ikut pergi mana?" Soal Medina perlahan.

"Kau pekak ke? Tak dengar yang papa kau dah ceraikan aku?!" Tengking Puan Mayra membuatkan bahu Medina ternaik akibat terkejut. Dia menunduk.

"Nawa.. nak tinggal sendiri dekat rumah ni..." Balas gadis itu takut takut. Dia masih menunduk memandang lantai.

Puan Mayra mengukir senyuman sinis. Dia suka jawapan yang diberikan oleh anaknya itu.

"Aku suka jawapan kau. Tak menyusahkan hidup orang," balas Encik Dauf seronok. Dia mengambil beg pakaiannya lalu melangkah keluar dari rumah flat itu.

Puan Mayra turut melangkah keluar.

"Ibu dengan papa nak kemana, kak Nawa?" Soal Mayesa Almira. Medina memalingkan pandangannya kearah adik perempuannya itu.

Medina Almunawwarah, 12 tahun
Marwah Alanna, 10 tahun
Mubin Althaf, 9 tahun
Mizwar Alfatih, 8 tahun
Mayesa Almira, 6 tahun
Mahdeya Alisha, 5 tahun
Mifzam Alwan, 4 tahun

Ya, adik beradik gadis itu.

Medina memegang pipi Mayesa. "Ibu dan papa pergi kerja. Korang tinggal dengan kak Nawa, okay?"

"Lama ke papa dengan ibu kerja?" Soal Marwah pula. Medina menganggukkan kepalanya bagi mengiyakan pertanyaan daripada adiknya itu.

"Jadi lamalah kita akan terselamat daripada kena pukul dengan papa dam ibu kan?" Mubin bersuara. Sekali lagi Medina menganggukkan kepalanya.

Itulah sebab kenapa dia memilih untuk tinggal sendiri. Papanya kaki mabuk, judi. Ibunya pula tidak cukup satu lelaki. Ada saja skandal yang wanita itu akan bawa pulang kerumah. Bila Medina tegur, gadis itu akan kena pukul teruk.

Medina mengukir senyuman nipis. Perlahan lahan air matanya jatuh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐒𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔, 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀Where stories live. Discover now