Langit memancar warna kebiruan yang indah, sekumpulan burung-burung yang berterbangan di udara sambil mengeluarkan suara kicauan yang mendamaikan. Bunga Lalang berwarna putih yang berada di sepanjang jalan tidak berhenti melambai-lambai seperti menyambut kedatangan tetamu yang istimewa pada pagi itu.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi beribu-ribu suara sorakkan dari arah jauh. semakin lama semakin suara itu jelas kedengaran. Suara kanak-kanak yang sedang gelak ketawa diselangi suara orang dewasa yang sedang berbual-bual dengan penuh riang gembira. Adakah hari ini hari yang istimewa bagi mereka? Suara mereka boleh di dengari di celah-celah pohon kelapa sehingga dapat di dengar di cuping telinga sang penguasa.
Raja Putera menarik nafas panjang sambil menutup mata. Kemudian, baginda menghembus nafas suam-suam haba dengan perlahan-lahan. Jantung baginda berdegup kencang, curahan air peluh mula keluar di ubun kepala. Apakah hari ini hari yang gementar bagi baginda? Jantung baginda kian berdegup kencang apabila melihat kelibat penduduk Indera Buana mula hadir memenuhi Dataran Angsana. Mereka datang dengan beraneka pakaian, wajah mereka tidak henti dengan senyuman kegembiraan dan juga senyuman harapan yang baharu.
"Daulat tuanku! Daulat tuanku! Daulat tuanku!"
Sorakkan oleh penduduk Indera Buana yang tidak berhenti-henti memuja raja agung mereka itu.
"Dom! Dom! Dom!"
Bunyi berselang-seli tembakan meriam yang berdas-das kedengaran sehingga mendiamkan suara lautan manusia seketika.
"Pron! Pron!"
Bunyi terompit diraja pula ditiupkan dengan alunan nobat diraja. Penduduk Indera Buana mula mengeluarkan sorakkan kegembiraan kerana bunyi itu adalah petanda raja akan berangkat keluar. Seorang raja yang sentiasa menjadi bualan penduduk di Negeri Indera Buana dengan kebijaksanaan baginda mentadbir negeri, siapa sahaja yang tidak bangga dengan baginda. Rakyat Negeri Indera Buana tidak sabar untuk melihat susuk raja mereka yang sangat disayangi itu berangkat menjelmakan diri di khalayak ramai.
Raja Putera berdiri tegak di Balairung Seri yang luas, dikelilingi oleh para menteri dan pegawai-pegawai istana yang setia. Wajah baginda tampak tenang, tetapi hanya mereka yang paling rapat dapat melihat kebimbangan di mata baginda. Baginda mengenakan pakaian rasmi diraja yang memancarkan keagungan dan kebesaran Melayu.
Di bahagian atas kepala, tersemat rapi Tengkolok Seri Indera dengan ikatan balong diraja, melambangkan kuasa dan kedaulatan baginda. Jubah kebesaran berwarna biru air laut, disulam indah dengan benang sutera emas, melengkapi penampilan baginda dengan penuh keanggunan.
Jubah yang dipakai menjuntai megah hingga mencecah lantai istana, berkibar perlahan-lahan disapa angin lembut yang menyusup dari jendelajendela besar. Di dalam jubah itu, Raja Putera memakai baju Melayu Teluk Belanga berwarna putih, menandakan kesucian dan kebersihan hati. Di pinggangnya melingkar samping dengan ikatan bunga Anak Raja Lima berwarna hitam yang disulam halus dengan benang-benang emas. Di celahan samping itu, tersandang keris diraja dengan hulu bercorak kepala naga bertatahkan permata, simbol kekuatan dan keberanian. Kilauan emas dan sulaman halus pada pakaian baginda mengukuhkan keungulan Raja Putera sebagai lambang kebesaran dan kemegahan negeri.
Baginda melangkah dengan seluar putih yang melengkapkan busananya, setiap langkahnya menggemakan kewibawaan seorang raja yang dihormati. Pintu gerbang dibuka dengan perlahan-lahan, cahaya luar mula memancar ke arah wajah baginda. Langkah kaki baginda bergema di sepanjang ruangan istana. Inang-inang sudah bersedia menanti keberangkatan baginda di tepi pintu dengan senyuman yang mendamaikan.
Sang suria terpacak di langit yang biru dengan memancarkan cahaya terang-berderang. Cahaya itu juga menusuk di celahan dinding angin istana yang berbentuk metafora. Cahaya itu mengenai tubuh baginda sehingga mewujudkan pantulan bayangan di mamar istana.
YOU ARE READING
ANASTASSIA: KEHILANGAN DALAM SESAAT
Mystery / ThrillerDi tengah Negeri Indera Buana dan Wilayah Aman saling berperang dingin, Anastasia seorang gadis sederhana dari Wilayah Aman berjuang untuk menyelamatkan penduduk Wilayahnya daripada kemiskinan. Namun, takdir telah membawanya bertemu sang pujaan ha...