BAB 1

27 6 0
                                    

AKU tersenyum bila Fared menghulurkan sebuah kotak yang diikat cantik dengan reben putih. Kotaknya sebesar ribaan aku, jadi aku rasa isinya mungkin beg tangan atau apa-apa yang sama besar. Mungkin juga kasut.

“Untuk I?” soalku. Suara dilentok penuh terharu.

“Mestilah untuk you. Siapa lagi yang I sayang sampai sanggup berhabis duit kalau bukan you seorang?”

“Ya?” Alah, terharu betul!

“Ye, sayang. You tak percaya I ke?”

Aku tersengih sebelum kepala ditundukkan memandang kotak yang aku sudah letak di atas meja antara kami. Sengihan geram terbit sendiri sebaik saja muka tersorok daripada pandangannya

Menyampah betul aku dengar ayat buaya darat ini. Macamlah aku tak tahu siapa kau. Pencabul, hantu seks dan perogol yang bermuka naif!

Fuh, sabar Dahlia! Kekalkan watak yang paling manis supaya semuanya berjalan lancar. Tenang!

Dengan senyuman yang dikuntum manja, aku kembali membalas pandangan mesranya. Kotak itu aku peluk kononnya aku suka sangat dengan apa yang dia berikan. Apa lagi, memang terus tersenyumlah dia!

“Terima kasih sangat-sangat. Hari ini birthday you, tapi I pula yang dapat hadiahnya. Macam tak adil untuk you,” kataku. Tayang muka sedih pula.

Jujurlah ye. Aku geli dengan diri sendiri! Muka-muka ini semua hanyalah mimik penuh kepalsuan yang buatkan bulu romaku meremang dan sekali gus buatkan aku mahu tumbuk dinding bila mengingatkannya semula malam nanti.

“Apa pula tak adil? You hadiah untuk I. You ada dekat sini pun I dah bersyukur. You’re the greatest gift ever, Bunga.”

Bunga. Ye, itu nama samaran aku untuk mereka. Tapi aku tak menipu kan? Nama sebenar aku Dahlia. Dahlia Amiera. Dan Dahlia itu adalah nama bunga. Kiranya bunga itu adalah nama aku kan?

Ah, matematik apalah yang aku pakai ini?

Aku tersenyum lagi. “You pun sama. Hadiah terbaik. I bahagia berkenalan dengan you. Dua bulan dah kan?”

Fared tersenyum manis. Nampak suka bila aku tarik topik ‘percintaan’ kami itu. Terus tangannya naik ingin mencari tanganku yang tenang di atas meja. Tapi sejengkal nak menyentuh, terus aku menarik tanganku dan buat-buat garu alis sendiri.

“Ye, dah dua bulan. Tapi dua bulan itulah you tak pernah bagi I sentuh walau hujung rambut,” katanya.

Wah, nak sentuh pula? Sentuh hujung rambut? Kemudian sentuh apa pula? Tangan? Kaki? Lalu? Terus bawa masuk bilik? Maaf, tapi aku tahu modus operandi kau untuk merosakkan wanita itu macam mana.

“Oh, I lupa sesuatu.” Aku menukar topik. Tak mahu sebab topik sentuh menyentuh ini, aku terus meletup sebelum waktunya.

Aku terus tunduk dan mencapai beg kertas yang terletak di sisi kerusi. Beg kertas itu aku letak juga di atas meja untuk Fared lihat sendiri dengan matanya.

Wajahnya bertukar teruja.

“I tahu ini tak seberapa pun. Tapi ini hadiah I untuk you,” kataku.

“Bunga… Tak payahlah susahkan diri cari hadiah untuk I. You pun dah cukup, sayang.”

Aku tersenyum manis. Aku tahu yang aku saja pun memang dah cukup. Malahan terlebih cukup! Kecantikan aku, kemanisan dan kelembutan ini sudah cukup untuk segalanya. Aku tahu!

Done puji diri sendiri!

Fared terus buka beg kertas itu. Isinya dikeluarkan. Kotak dibuka lalu dia tersenyum terharu. Empat helai tali leher yang digulung cantik dan ekslusif di dalam kotak itu ditenung bagai baru nampak emas. Biasalah, apa saja daripada aku akan dihargai walaupun aku hanya beli di pasar malam. Cuma yang ini memang daripada jenama terkenal. Ada Ralph Lauren, Ferragamo, ada juga Hermes dan Thom Browne. Empat tali leher berbeza daripada jenama berbeza diletakkan dalam sebuah kotak yang sama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Heartbreaker UpahanWhere stories live. Discover now