RASAKU

2 1 0
                                    

Di sela hariku,

Mataku terpaku padamu yang terdiam dalam renungan;

Aku melihat dan merasakan beban yang kau pikul,

Meski tak pernah kau ungkap;

Tidak sangka,

Ternyata aku adalah salah satu bebanmu itu.


Lalu sebuah kenyataan pahit telah terungkap,

Beban yang paling mudah untuk kau lepaskan dari hidupmu adalah aku;

Ya, aku.


Yang akan kau lepaskan tanpa ragu, tanpa jeda, tanpa penyesalan.


(っ◔◡◔)っ (っ◔◡◔)っ (っ◔◡◔)っ 


Aku sediakan semua, agar kau takkan hilang arah;

Meski tidakku tahu akan keberadaanmu, aku mohon jagalah dirimu dan berbahagialah;

Seandainya nanti kau kembali, maka tidak ada lagi rasa rindu yang tersembunyi.


Namun, semuanya musnah;

Semua impian dan harapan yang telah kita bina, akan terus menjadi luka tanpa darah.


Aku mohon,

Akhirkan kisah luka ini,

Pergilah kau agar aku tidak kecewa lagi;

Kerana lebih baik terpisah, daripada terus terluka.


Aku akan sentiasa menafikan,

Takdirlah yang menghalang kita untuk bersama;

Sedangkan ia hanyalah kamu.


Kini, 

Sudah terbukti dalam takdir kita, 

Aku akan hilang;

Jadi,

Jangan lupa ucapkan selamat tinggal kita,

Yang terakhir.


-𝓜𝓼𝓼𝓕𝓪𝓷𝓬𝔂-


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐑𝐄𝐋𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐐𝐔𝐎𝐓𝐄𝐒Where stories live. Discover now