Kawasan tanah perkuburan yang hening itu aku jejaki. Langkah dibawa ke satu tempat. Aku duduk di hadapan kubur itu. Nama panjang yang terukir di batu nisan itu aku tatap.
Aritna Tiara binti Rayze Alexander
Kembarku.
"Assalamualaikum Ari, aku datang ni". Batu nisan diusap olehku. Senyuman kelat terukir di bibir. Rindunya kat Ari....
Keluhan kecil dilepaskan. "Ari, aku datang seorang je hari ni, abang Alan ada kat dalam kereta".
Memang aku minta untuk datang seorang sahaja hari ni. Mama ingin ikut tapi aku kata kalau dia nak ikut kene datang asing. Terus mama pergi dengan papa. Mereka lambat sikit sampai. Sekurang-kurangnya, dapatlah aku 'borak' dengan Ari.
" Ari, hari ni 13 Mei, genap 5 tahun kau pergi... Aku tak akan lupa hari di mana kau pergi tinggalkan aku, sekalipun aku sibuk, aku akan datang jumpa kau... Aku rindu kau sangat-sangat, teringin nak dengar lawak biul kau, perangai monyet kau... Semualah!". Air mata mulai menuruni di pipi putihku.
"Sekarang ni kita dah umur 25 tahun kan.... Aku ingat lagi janji kita dulu yang kita akan kahwin umur 25 tahun... Tapi... ". Aku kematian kata. Terlalu sakit jika bicara sewaktu menangis. Perit amat.
" Tapi.... Kau dah pergi dulu... Aku nak peluk kau Ari.... Kau dah janji nak naik pelamin sama-sama dengan aku... Aku tak sanggup nak tunaikan janji tu seorang-seorang Ari... Aku tak sanggup". Tanah di atas kubur arwah Ari timbul titisan basah kesan daripada air mataku.
Rumput-rumput kecil yang berada di atas tanah aku genggam. "Jangan risau Ari, aku akan cari pembunuh tu sampai dapat". Batu nisan itu aku kucup.
Setelah 20 minit di kawasan ini, aku bangun dan lekas pergi ke kereta Aruz milik abang sulungku. Pintu kereta aku buka dan aku memasuki ke dalam perut pacuan empat roda itu.
"𝐀𝐝𝐢𝐤, abang ada bawa Kak Tina dengan Helene, diorang ada kat rumah". Ujar abangku setelah aku memasuki kereta.
Untuk pengetahuan semua, abang sulung aku dah kahwin. Kak Tina atau nama sebenarnya Imtinan Wardah ialah kakak iparku, Helene Kalisa pula anak buahku. Rumah keluarga abangku ini tidak jauh pun dari banglo papa, jadi abang memang selalu balik rumah kadang-kadang.
Aku tersenyum. Helene, anak buah paling aku sayang. Dia penghibur hidupku setelah arwah Ari.
𝐀𝐤𝐮 memboloskan diri dari perut kereta. Kaki dibawa masuk ke dalam banglo.
"Aunty Ara!!!". Jeritan ceria seorang anak perempuan kecil yang sedang berlari ke arahku.
" Helene!". Aku pantas mencempung Helene. Aku mencium pipinya. "Rindunya anak buah aunty ni". Ujarku gembira.
Dia tersenyum menampakkan lesung pipit yang diwarisi dari ibunya. " Helene pun rindu aunty". Balas anak kecil berusia 6 tahun ini.
Sekeliling banglo aku memandang. "Mummy mana?". Soalku pada Helene.
" Mummy dengan tok mama, tok papa dan Uncle Af dekat belakang rumah". Katanya sambil bermain dengan anak patung Barbie di dalam dukunganku.
"Helene, sini kat daddy". Alan berdiri di sebelahku sambil menyuakan tangannya untuk mendukung Helene. Helene bertukar tangan.
Dicium pipi anaknya itu sebelum dia berbicara padaku. " Adik nak pergi kat mama ke?". Alan memandang aku. Aku hanya mengangguk.
"Nanti cakap kat Tina dengan Affan,abang panggil diaorang". Ujarnya terakhir sebelum meninggalkan aku pergi ke ruang tamu. Kaki dilangkah ke belakang banglo. Biasanya memang waktu petang-petang macam ni mama dengan papa akan ada kat belakang rumah untuk bersihkan kawasan taman bunga buatan papa untuk mama. Sweet kan? Comel aje papa aku ni.... Haha!!
" 𝐓𝐚𝐩𝐢 macam mana kalau adik tak setuju pa?". Suara Affan mulai kedengaran pada telinga. Langkah diberhentikan dan aku menyorok sedikit mendengar perbualan mereka.
"Papa tak kira, dia kena terima juga". Suara papa pula memenuhi pendengaran.
" Tapi pa-"
"𝐼 𝑑𝑖𝑑 𝑎𝑙𝑙 𝑡ℎ𝑖𝑠 𝑓𝑜𝑟 𝑡ℎ𝑒 ℎ𝑎𝑝𝑝𝑖𝑛𝑒𝑠𝑠 𝑎𝑛𝑑 𝑝𝑙𝑒𝑎𝑠𝑢𝑟𝑒 o𝑓 𝐴𝑟𝑎'𝑠 𝑙𝑖𝑓𝑒, 𝐴𝑓𝑓𝑎𝑛". Suara papa mulai kedengaran tegang.
Seketika, suasana jeda. Aku munculkan diri. " Pa, ma, abang Af, Kak Tina". Semua nama panggilan manusia yang ada di hadapan mata aku panggil. Keempat-empat kepala menoleh ke arahku.
"Eh Ara, mari sini". Ajak Kak Tina. Aku melangkah duduk di sebelah Kak Tina. "Akak dengan abang Af, abang Alan panggil kat depan". Ujarku senada. Mereka mengangguk dan bangun pergi masuk ke dalam ruang tamu.
Kini, hanya ada aku, mama dan papa. Aku menoleh ke arah orang tuaku. Jeda seketika.
" Ara, nanti kejap lagi kumpul kat ruang tamu". Kata papaku.
Aku memandang pelik pada sang ayah. "Kenapa? Ada apa?". Soal aku.
Papa mengukir senyuman kecil. " Nanti Ara tahu". Itu ayat terakhirnya sebelum ada panggilan yang masuk dan papa menjawab panggilan itu di sebuah gazebo hujung penjuru rumah. Pandang aku beralih pada mama. "𝑀𝑎𝑚𝑚𝑎, 𝑑𝑖 𝑐𝑜𝑠𝑎 𝑣𝑢𝑜𝑖 𝑝𝑎𝑟𝑙𝑎𝑟𝑒?(Mama, papa nak cakap tentang apa?) ". Aku berbahasa Itali sewaktu berkomunikasi dengan mama.
Mama hanya tersenyum kelat. "𝐴𝑟𝑎 𝑙𝑜 𝑠𝑎𝑝𝑟𝑎́ 𝑡𝑟𝑎 𝑢𝑛 𝑎𝑡𝑡𝑖𝑚𝑜, 𝑎𝑏𝑏𝑖 𝑝𝑎𝑧𝑖𝑒𝑛𝑧𝑎, 𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑚𝑎𝑚𝑚𝑎 (Nanti Ara tahulah kejap lagi, sabar ya sayang mama)". Jawab mamaku sebelum dia pergi melihat pokok bunga.
Aku hanya mendiamkan diri. Sekarang, hatiku berasa tidak enak. Kenapa?
YOU ARE READING
His Tiara
RomanceKerana kehilangan nyawa kembarnya, mulalah perubahan diri seorang Anggun Tiara... Dan disebabkan itu, dirinya dikawal ketat oleh 4 orang abang-abangnya... "Ma, Ara tak nak kahwin selagi Ara tak jumpa siapa bunuh Ari" -Anggun Tiara Selepas kematian...