"Apa? Kau nak tidur kat dalam rumah mewah aku ni??? Heh! Kau sedar diri sikit eh? Kau tu perempuan kampung, tak layak tidur dalam rumah aku ni! Kau layak tidur kat tepi tong sampah yang bau busuk tu!"
Dewi tergamam mendengar kata-kata suaminya. Hatinya terasa seperti disiat-siat, tetapi dia cuba bersabar.
"Abang... tolonglah. Izinkan Dewi masuk ke dalam. Di luar ni terlalu sejuk…" rayunya dengan suara lemah.
Namun, Bilal bukan sahaja menolak permintaannya, malah bertindak lebih kasar.
"Dah lepas kaki aku!!!!!"
Tanpa amaran, Bilal menyepak tubuh Dewi. Tubuhnya yang lemah tidak mampu menahan hentakan itu, menyebabkan dia terjatuh ke atas lantai yang basah. Air matanya bercampur dengan air hujan yang mulai lebat.
"Jangan harap!!" jawab Bilal kasar sebelum menutup dan mengunci pintu rumahnya.
Dewi teresak-esak, memegang perutnya yang sakit akibat tendangan tadi. Dia mendongak ke langit yang gelap, mencari kekuatan.
"Ya Allah, sebesar inikah dugaan-Mu? Kenapa Kau uji aku dengan ujian sebegini?"ucapnya dalam hati.
Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi, masa untuk Bilal bersiap ke office miliknya. Dengan langkah tergesa-gesa, dia menuruni anak tangga, berjalan ke ruang makan untuk bersarapan. Namun, sebaik sahaja dia sampai di meja makan, hatinya membuak-buak dengan kemarahan.
Tiada makanan yang terhidang.
Mata Bilal membulat, penumbuknya dikepal kuat.
"Dewi!!!!!!!!" jerit Bilal sekuat hati, bergema di seluruh rumah.
Tiada jawapan.
"Kau keluar sekarang!!" raungnya lagi, nadanya penuh kemarahan.
Dewi yang sedang berada di luar rumah terbangun dari tidurnya. Suara suaminya yang membelah pagi itu membuatkan dia menggigil ketakutan.
"Abang, kenapa bang?" suaranya lemah dari luar rumah.
Mendengar suara Dewi dari luar, Bilal semakin berang. Dia segera melangkah ke arah pintu dan membukanya dengan kasar.
Wajahnya merah menahan marah, matanya tajam memandang Dewi.
"Kau sini!!!!" arah Bilal sambil menarik rambut isterinya dengan kuat.
Dewi mengaduh kesakitan, tetapi dia tidak melawan.
Kau tak masak hari ni? Kau tahu kan aku nak pergi office! Kau boleh pula duduk kat luar rumah macam orang tak ada kerja!" Bilal mencengkam rambut Dewi semakin kuat, menekan kepalanya ke belakang.
Dewi menahan sakit sambil menitiskan air mata.
"Abang, abang kunci pintu semalam,sebab tu tak sempat masak. Dewi minta maaf."rayunya dengan suara yang hampir tidak kedengaran.
Namun, Bilal tidak peduli.
"Aku nak makan apa, Dewi!!! Kau memang perempuan tak guna! Kenapa lah mak bapak aku terima kau jadi isteri aku?!" jerit Bilal, lalu menarik tubuh Dewi masuk ke dalam rumah dengan kasar.
Tanpa memberi peluang untuk Dewi membela diri, Bilal menyeretnya ke dalam bilik mandi.
Di dalam bilik mandi, terdapat sebuah baldi besar yang penuh dengan air. Bilal menolak tubuh Dewi ke arahnya dan menekan kepalanya masuk ke dalam baldi itu.
Dewi meronta-ronta, cuba melepaskan diri, tetapi pegangan Bilal terlalu kuat.
"Haa, ambil kau! Puas hati aku!" kata Bilal sambil tersenyum sinis.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐄𝐑𝐋𝐔𝐊𝐀 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 - 𝐎𝐋𝐃 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄
Novela JuvenilKARYA KE 1 BY DEWI ROCHELLE GENRE: COMEDY, ROMANCE SINOPSIS Mengisahkan seorang gadis yang berasal dari kampung bernama Dewi Amara yang bernikah dengan seorang Ceo terkaya dan , sombong bernama Valentino Bilal , perkahwinan nya tidak didasari o...