perbezaan

8 0 0
                                        

kau dihidupkan dengan kekerasan
menerima segala makian
umpama itu suatu kebiasaan
merasakan sedih itu lemah
tangis itu kalah
terasa hati , koyak
kelakar
hanya sebab kau dah terbiasa
tak semua orang perlu dibiasakan sama
hidup kita berbeza
hati kita lagilah
tak pernah diminta untuk ada hati selembut kapas
tak pernah juga terfikir nak jadi lemah
tapi secara nalurinya begitu
apa hukuman terus dijatuhkan hanya kerana kita berbeza?
tak adil

berhenti,
berhenti sama ratakan semua orang
kau dengan hidup kau
aku dengan hidup aku
tak semestinya tak boleh bersatu
cuma perlu saling menerima
terima kelemahan dan kekuatan diri
ini bukan tentang cinta, ini manusiawi
Terima hakikat manusia berbeza

kita berbeza

19Jan/hib

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 20, 2025 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

entahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang