langkah baru

71 5 0
                                    

2 Tahun berlalu bergitu pantas dan kini Khai sudah menamatkan SPM. Hasil kerja kerasnya akhirnya terbayar apabila keputusan diumumkan dia mendapat straight A Berkat usaha dan pengorbanannya, Khai berjaya mendapat tempat di sebuah universiti awam untuk kursus kejuruteraan sesuatu yang sudah lama diimpikannya.

Aqil pula kini berada di tingkatan lima, memilih aliran sains rumah tangga dan Perniagaan. Dia mendapati dirinya lebih selesa di situ kerana minatnya terhadap kreativiti dan strategi perniagaan. Walaupun dia tidak sehebat abangnya dalam bidang akademik, Aqil tetap menunjukkan keupayaan luar biasa dengan caranya sendiri.

Di universiti, Khai menemui kehidupan baru. Tugas, projek, dan jadual kelas yang padat membuatkan dia sibuk, tetapi dia sentiasa ada masa untuk seseorang yang istimewa. Khai kini menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Hana, yang dikenali semasa minggu orientasi. Hana seorang yang bijak dan penyabar, dan hubungan mereka berjalan lancar.

Namun, Khai tetap tidak melupakan keluarganya. Setiap kali ada masa lapang, dia akan menghubungi Aqil.

"Macam mana sekolah, Aqil?" tanya Khai suatu malam melalui panggilan telefon.

"Aku okay je. Tengah sibuk dengan projek perniagaan. Kena reka pelan bisnes dan jual produk. Best juga," jawab Aqil dengan nada ceria.

"Baguslah kau dah jumpa minat kau sendiri. Jangan lupa libatkan Angel sekali. Kau kan selalu buat projek dengan dia," usik Khai.

Aqil tertawa kecil. "Angel tu... macam biasa. Dia banyak tolong aku. Kalau takde dia, aku entah ke mana dah."

Sementara itu, hubungan Aqil dengan sahabat baiknya, Angel, semakin rapat. Mereka sering menghabiskan masa selepas sekolah untuk berbincang tentang projek perniagaan atau sekadar lepak di kafe kegemaran mereka. Angel seorang yang tegas tetapi memahami, dan dia sentiasa memastikan Aqil fokus pada matlamatnya.

"Aqil, i rasa kalau kita buat produk ni, kita boleh menang projek ni," kata Angel sambil menunjukkan reka bentuk packaging yang direkanya.

Aqil memandangnya dengan kagum. "You memang genius, Angel. I tak tahu macam mana i boleh survive aliran ni tanpa you."

Angel hanya tersenyum. "You boleh survive, Aqil. You cuma tak percaya diri je kadang-kadang. Tapi i tahu you ada bakat besar."

Beberapa bulan kemudian, Khai pulang ke rumah semasa cuti semester. Dia membawa Hana untuk diperkenalkan kepada keluarga. Di ruang tamu, Khai memandang Aqil yang sedang sibuk menaip sesuatu di laptop.

"Aqil, ni Hana. Aku nak kau kenal dia," kata Khai sambil tersenyum.

Aqil memandang Hana dan mengangguk. "Hai, Hana. Aku Aqil, adik Khai yang selalu kena buli dulu."

Hana ketawa kecil. "Seronok jumpa awak, Aqil. Khai selalu cakap pasal awak."

"Kau cerita apa je pasal aku, bang?" Aqil menjeling Khai dengan senyuman nakal.

"Semua benda baik je," balas Khai.

Petang itu, mereka sekeluarga makan bersama, dan Aqil sempat membawa Hana dan Khai ke kedai kopi di mana dia dan Angel sering melepak.

"Angel tak datang ke?" tanya Khai.

"Dia ada kerja lain. Tapi kalau dia tahu abang balik, confirm dia nak jumpa."

Walaupun Khai dan Aqil kini berada di dua dunia berbeza seorang di universiti dengan cinta barunya dan seorang lagi di tingkatan lima dengan sahabat setia hubungan mereka tetap kukuh. Mereka sentiasa menyokong antara satu sama lain dalam setiap langkah yang diambil.

Khai berbangga melihat Aqil semakin dewasa, dan Aqil pula menganggap Khai sebagai contoh terbaik untuk diikuti, walaupun jalan hidup mereka tidak sama.

Apakah ini pengakhiran atau ade sambungannya......

✨✨✨✨

Cerita KitaWhere stories live. Discover now