A

13 2 0
                                    

"Cukuplah, mama!" Sasha merajuk. Sudah seribu kali dia katakan tidak, namun mama tak pernah berhenti menjodoh jodohkannya dengan lelaki itu dan ini.

"Engkau tu dah tua Sha. Bilalah kau nak beranak kalau macam ni lah liatnya nak suruh kawin. Nak tunggu menopause baru nak kahwin?" Mama sudah mula membebel.

"Tak ada lah macam tu sekali ma... Sha kan dah kata, Sha dah ada calon. Ada jodoh nanti Sha akan kawin jugak Ma. Toksah risau la mama aih," ujar Sasha. Baik, part dah ada calon tu memang tipu.

"Calon, calon. Orangnya batang hidung, batang telinga pun tak nampak. Kau jangan cakap saje, jangan lambat sangat. Besok anak kau baru nak masuk sekolah, kaunya dah bertongkat," Mama tunjuk muka risau.

"Egh. Besok Sasha belum ada anak lagi ma," Sasha terus menganyam ketupat ke lapan ribunya. Brace yourself, Sasha, raya ini mungkin akan lebih ramai lagi sedara mara, jiran sedara mara, pupu papat yang akan tanya bila nak kahwin. Sekarang bukan lagi zaman orang cakap 'eh dah besar dah' lagi untuk Sasha. 24, quite muda, kan. Tapi sedara maranya tu kalau boleh habis je spiyem memang dah taraf taraf boleh sangat kahwin. Tradisi keluarga ke macam mana, entahlah. Mama pun kawin dulu taklah muda mana. Umur 24 jugak. Dapat jugak lima beradik termasuk Sasha yang ketiga. Tapi jarak umur memang setahun setahun lah.

Sasha senyum sendiri. Haih tulang rusukku. Siapakah gerangan kamu saiyang? Cepat cepatlah munculkan diri, mama ni dah penat nak tunggu kita kahwin.

Lalu ketupat terakhirnya diletak didalam raga besar. Penatnya jari.

****

Hari ini Sasha puasa enam. Hari yang ketiga baru. Pagi tadi mama wasep Sasha, gambar seorang doktor haiwan. Mama kata calon yang sesuai, anak kawan sepupu belah ayah mama. Mama tak tahu yang dia itu bekas classmate Sasha masa darjah dua. Sasha pun malas nak bagi tahu. Cuma dia ada dendam kepada lelaki itu. Sebab budak tu lah dulu, Sasha yang bukan main periang, bertukar menjadi moody sepanjang masa, di kelas terutamanya. Dalam masa sebulan jugaklah, sebelum Sasha kembali bertukar kepada Sasha yang normal, yang happy go lucky dan periang dan seangkatan dengannya. Semua itu kerana budak itu pernah mencium pipinya, semasa waktu PJ dahulu. Itupun katanya si pembuli gemuk yang suruh. Dah pergi ikut buat apa?

Memang selepas insidenlahsangat tu, Sasha tak bercakap dah dengan budak itu. Cakap pun, sikit sikit saja. Dia cuma bising dengan orang lain. Tapi masuk sekolah menengah, Sasha jadi agak pendiam. Entah kenapa. Takde sebab kot. Tak pun, sebab saja saja. Mungkin Sasha baru discover yang jadi pendiam itu menyeronokkan sebenarnya.

Cafè bercat gelap itu dimasuki. Hari ini kita berbuka disini, ya. Orang macam tak ramai. Mungkin sebab maghrib dah nak sampai. Sasha memandang jam tangan Bonia nya. Masih ada tiga puluh minit lagi untuk berbuka. Butang atas meja ditekan, memanggil waiter. Hari ini, kita nak makan apa ya?

Selesai meng order, Sasha membuka Macbooknya. Ada sedikit lagi kerja untuk diselesaikan. Sambil sambil tunggu waktu buka.

Tap, tap, bunyi papan kekunci. Ok, makanan sudah sampai. Maghrib bakal sampai tak sampai lima belas minit lagi. Kerja pun sudah selesai. Memang jari super pantas si Sasha ni.

Macbook diturn off kan. Tinggal skrin gelap yang menghadapnya, memaparkan lantunan wajahnya. Tudung yang sudah kedepan sikit dikebelakangkan. Perangai orang orang bosan, macam biasa. Lalu dia senyum senyum sendiri dihadapan laptopnya itu. Membuat double check samada senyumannya masih normal ataupun tidak. Kening pula diperbetulkan guna jari -walaupun tak ada efek langsung. Tilik tilik lagi, ah, eyeliner comot. Lalu dilapnya eyelinernya menggunakan tisu. Malang, hal itu membuatkan matanya semakin comot ibarat diconteng arang, haha. Cetaphil diambil sedikit dari dalam beg. Terus dihilangkan saja semua kesan eyeliner. Menyampah pulak tengok diri sendiri macam budak emo tak cukup sifat.

Kejar Cinta Raden! Where stories live. Discover now