TMH 1

24 1 1
                                    

"BANGUN!!!"Ainul Airisyah atau nama panggilannya Airis menjerit mengejutkan rakan-rakannya.
Shafa'z yang mendengar jeritan Airis terus bangun dan mengejutkan Qirana.

"Qira bangun...pontianak dah mengilai dekat bawah tu.."Shafa'z terus bergerak kearah bilik mandi.

"Hmmm...mengilai saja pontianak ni..Faz...yang lain dah bangun belum?"Qirana bangun dari katil dan menggosok-gosok matanya.

"Belum lagi tu...macam kau tak kenal diaorang tu..Airis menjerit sampai runtuh rumah ni pun belum tentu diaorang bangun..."Shafa'z menjawab soalan Qirana dari dalam bilik mandi.
Qirana bangun dan menuju ke bilik Zira dan Azlin..

Tok! Tok! Tok!

"Zira,Azlin...bangun...alarm bernyawa dah berbunyi tu."Qirana bersandar dipintu bilik Qazira dan Azlin.
Qazira yang terjaga dengan bunyi ketukan pintu biliknya terus pergi membuka pintu biliknya.

Bedebuk!

"Aduh....kau ni Zira...lain kali kalau nak buka pintu tu buka lah slow-slow."Qirana bangun sambil mengosok belakang kepalanya yang terhantuk di lantai.

"La..Qira...mana aku tahu kau bersandar dekat pintu ni..lain kali sandarlah dekat dinding"Qazira menghulurkan tangannya untuk membantu Qirana.Qirana menyambut huluran tangan Qazira dan terus bangun menuju ke bilik Ryana dan Airis.

"Ini lagi sorang..Tidur mati ke...Airis ni pun satu..dia dah bangun bukan nak kejut budak-budak ni.Tiap-tiap hari aku je kena kejut budak-budak ni.."Sampai di pintu bilik Ryana dan Airis,Qirana terus mengetuk pintu bilik itu.

"Aduh! Sakitlah Qira."Ryana menggosok dahinya yang diketuk Qirana.

"Mana aku tahu kau nak buka pintu."Qirana terus berlalu dari bilik itu dah menuju ke biliknya untuk bersiap.

Shafa'z sudah menunggu rakan-rakannya di meja makan untuk bersarapan.

"Okey done..breakfast is coming.."Airis keluar dari dapur bersama semangkuk mi goreng.

"Eh...kau sorang saja..yang lain mana?"Airis bertanya kepada Shafa'z tentang rakan-rakannya yang lain.

"Dekat atas lagi tengah bersiap.."Shafa'z bercakap sambil menyuap mi goreng ke dalam mulutnya.

"MORNING!!"Qirana,Qazira,Azlin dan Ryana menyapa Shafa'z dan Airis serentak.

"Perlu ke macam tu sekali cakap?. Dah lah bangun lambat."Airis memandang mereka berempat sambil buat muka geram.

"Hehehe...chill lah Airis..Kiteorang excited hari ini..maklumlah..hari ini kan firstday sekolah.."Qazira menarik kerusi di sebelah Azlin yang sedari tadi sudah duduk.

"Okey dah.Cepat makan.Kita dah lambat ni."Shafa'z menyudahi suapannya dan bangun menuju ke dapur untuk menghantar pinggan.

"Okey lead.."Mereka berlima menjawab serentak.

Sesampai mereka berenam di Sekolah Tinggi Persendirian Redrose semua pelajar menunduk tanda hormat kepada mereka berenam.Siapa tidak kenal dengan Shafa'z Aqira iaitu ketua VIRAL dan juga adik kepada pemilik sekolah itu Dato' Roselxa atau nama penuhnya Dato' Roselxa Qairiana.Sekali dia bersuara tiada siapa yang berani mengangkat muka,sama dengan rakan-rakannya,tiada sesiapa berani melawan cakap mereka.
Sampai sahaja didepan pintu kelas,semua yang berada didalam kelas itu diam dan hanya menunduk,tiada siapa berani mengangkat muka melihat Shafa'z.Mereka berenam ibarat membawa aura seram kedalam kelas itu.Suasana makin menakutkan bila melihat wajah bengis ahli kumpulan itu,semua mata tertumpu kearah mereka berenam setelah mereka duduk di tempat mereka.Shafa'z yang melihat sepasang mata memandangnya terus menghentak meja dan menyebabkan semua mata tertunduk ke lantai.

The Mystery HumanWhere stories live. Discover now