"I think a spiritual journey is not so much a journey of discovery. It's a journey of recovery. It's a journey of uncovering your own inner nature. It's already there." - Billy Corgan
"FUCK!!", dan itulah yang kelima untuk hari ini bagi kau, dan yang pertama kali diucapkan dengan sepenuh hati.
Kau sedang memandu Proton Saga bapa kau dari Kajang menuju ke Johor Bahru. Makwe kau ajak beraya di kampung halamannya. Kau rasa, inilah peluang bagi kau untuk mengenali kaum kerabat makwe kau dan lebih rapat dan bikin first impression yang elok-elok. Walaupun hampir 7 tahun bercinta, peluang ini harus diambil memandangkan kau bukanlah topik kegemaran perbualan keluarga makwe kau ketika sedang makan malam.
Kau berasa teruja sekali kerana 1) Peluang mengenali (dan dikenali) oleh kaum keluarga makwe kau dan 2) Kau tak pernah pergi JB. Jadi kau harap sangat perjalanan kali ini berbaloi dan boleh dianggap sebagai percutian. Kau mahu melepaskan segala beban dan stress kerja yang menimbun-nimbun sejak bulan lepas lagi. Dalam diam, kau dah kemaskan kit pelancong kau (kemeja T I Love MY warna putih, seluar pendek ala Hawaii warna hijau, topi jerami, dan kaca mata hitam Rayban pemberian makwe kau sewaktu ulangtahun kalian yang ketiga) tanpa pengetahuan makwe kau. Kau tahu, perjalanan kali ini akan menjadi satu perjalanan yang menggembirakan dan menenangkan.
Tapi kau salah. Ayat pertama yang keluar dari mulut makwe kau, selepas masuk kereta Proton Saga bapa kau yang kau parking jauh sikit sebab takut jiran nampak adalah, "Saya baru dapat tahu yang saya period. So please behave and don't do stupid stuff. Or else, I'll kill you."
Dan pada ketika itulah kau sedar yang shit just got real. Kau juga tahu bila dia cakap macam tu, kau fucked up. Kau frust, bila makwe kau datang bulan. Not in sexual way (sebab korang tak kahwin lagi) tapi sebab kau tahu yang tengah duduk sebelah kiri kau itu adalah seorang wanita dewasa yang akan pissed off dan bunuh kau bila-bila masa walaupun kau tak buat apa-apa. Walaupun kau sekadar bernafas.
"Fuck," kata kau, tapi dalam hati. Kau takut makwe kau terdengar keluhan kau. Jadi setelah berfikir dan susun ayat sehabis baik, dengan harapan diiktiraf sebagai teman lelaki terbaik, kau pun jawab, "It's okay. If you need anything, just tell me. Kalau awak nak saya berhenti ke, awak nak ubat ke, awak nak asam ke, just tell m-", dan kau tak dapat nak habiskan ayat kau sebab makwe kau sedang beri isyarat mata yang bermaksud: Diam kalau tak nak mati.
Dan berangkatlah kau ke JB dari Kajang bersama makwe yang sedang datang bulan di sebelah kau. Keadaan dalam kereta sunyi sepi tanpa sebarang bunyi, melainkan bunyi kenderaan membelah angin yang datang berlainan arah. Lagi pun radio kau rosak. Dan kau cuma mendiamkan diri dengan alasan mahu fokus memandu, padahal kau dan semua orang yang sedang baca cerita ini tahu yang kau sebenarnya takut untuk buka mulut sebab takut kau tersalah cakap. Lagipun makwe kau sedang scroll timeline Twitter/Facebook/Instagram atau ketiga-tiganya sekaligus di iPhonenya. "Tak kisahlah, asalkan dia okay sampai Johor nanti", pujuk hati kau.
Sampai di R&R Ayer Keroh, tiba-tiba makwe kau cakap, "Saya nak tidur kejap. Saya pening dengan sakit perut". Dan kau cuma jawab okay. Kau pun terfikir, well, tak adalah teruk sangat situasi yang kau sedang tersepit ni. Normal lah tu perempuan angin tak tentu pasal setiap bulan. Lumrah alam. Dan setelah kau mula mendapat keyakinan kau kembali, kau sambung memandu dalam kelajuan sederhana laju, 100km/j di lorong tengah. Chill, cerita ni tak habis lagi. "Belum sampai lagi ni. 4 jam je. 4 jam je lagi. Sabar." Tapi kau tak tahu, perjalanan yang sepatutnya 4 jam bagi orang lain akan menjadi 6 jam (atau lebih) bagi kau kerana..
GROOM!!!
"Oh, fuck." Dan inilah masanya bila kau sedar yang hidup ini memang kelakar dan masih belum berhenti menyeksa kau. Hujan turun selebat-lebatnya. Dan biasalah, bila hujan, pasti jalan akan sesak kerana masing-masing mula memandu kereta mereka secara perlahan walaupun 10 minit yang lalu, sebelum hujan turun, masing-masing bawa kereta macam Setan nak terberak.
YOU ARE READING
Separa Fiksyen
Short StoryHimpunan cerita separa fiksyen pendek untuk orang malas macam awak, yang akan ditulis bila saya rajin. Jadi, tolong doakan saya jadi lebih rajin ya.