Kehidupan

102 8 6
                                    

Aku seorang perempuan
Yang gagal kawal emosi apabila marah
Yang gagal kawal keadaan ketika kalut
Yang gagal kawal perasaan saat serabut

Hari ini
Sekali lagi
Aku gagal
Bukan hanya setakat dalam mainan hati
Tapi dalam kehidupan

Aku berusaha untuk mendapat tempat terbaik
Aku belajar untuk mara kehadapan
Aku tak berputus asa untuk berjaya
Tapi kau tahu?
Aku gagal
Bila keputusan yang diharapkan lain daripada realiti.

Seperti waktu berhenti berputar
Seperti rasa ingin rebah ke bumi
Seperti tiada semangat dalam diri
Ya, aku gagal.

Walaupun orang orang bekata untuk redha
Untuk sabar
Seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri
Hakikatnya aku tetap gagal

Ketika menulis ini
Aku masih menangis
Masih sedih
Kekal hiba
Terasa kosong

Mungkin kerana aku lupa tuhan?
Dan ini salah satu ujian
Sebelum ini aku tak pernah merasa apa itu gagal
Dan apabila rasa itu singgah hari ini dalam kehidupan aku
Aku tak dapat menerima

Aku gagal
Ya, aku gagal

GagalWhere stories live. Discover now