Aku fikir
Bangun pagi ini
Semua indahAku sangka
Perkara buruk semalam
Hanya mimpiTapi ternyata aku silap
Realiti semalam bukan mimpi
Sekali lagi aku menangis
Kerana kecewa atas perkara yang samaKepada siapa nak ku luah?
Kerana bagi orang di luar sana
Perkara ini biasa
Tapi tidak bagi akuNak mengadu
Takut dikata cengeng
Nak simpan
Tak cukup kuat untuk sendiriAkhirnya
Aku termenung
Menitiskan air jernih
Yang tak pernah akan habisNampaknya pagi ini
Aku masih gagal