Dulu

136 4 0
                                    

"Dulu kau tak macam ni pon? Kenapa berubah tiba tiba ni?" Soalan yang di ajukan oleh Mail memberi sedikit panahan di dalam hati Aku. Bukan saje2 berubah, Mail takkan faham.

"Bro, jangan lah senyap, please kalau ada masalah cerita. Kau pon tahu... bla bla bla" Bebelan nya Aku dengar sahaja. Seperti yang Aku cakap, Mail takkan faham.

"Dah lah, dengan aku pon kau tak nak cerita, apa aku boleh buat kan? gerak dulu."

Mail berlalu pergi. Aku tahu dia kecewa, mana tak nya, persahabatan Aku dan Mail sudah melebihi 15 tahun lama nya, ada suatu hari tu Mail tiba2 sakit perut, Aku lah penyelamat nya, apa aku buat?

Senang je, Aku tumbuk perut Mail sampai keluar darah dekat mulut, Aku flying kick kepalanya, Aku lipat badan dia jadi dua, memang sakit, kesakitan nya aku dapat rasakan, sebab meggelupur jugak lah si Mail masa tu. Tapi baik je, sampai sekarang dia hidup.

Lucu jugak bila ingat kisah tu, tapi apa boleh buat, Mail takkan faham. Selepas melihat Mail berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang sedikit pon, Aku dapat satu idea yang Aku rasa agak bangang jugak, tapi power. Aku whatsapp Mail cakap ' BRO PUSING BALIK BRO URGENT'

Aku tahu Mail akan datang balik. Sebab Mail tak jauh lagi masa tu, Aku rasa bangang, kenapa Aku tak jerit je? Dengan laju Mail datang, berlari bagai orang gila datang ke arah Aku. Kalau lah dia jatuh, Aku berjanji dan bersumpah kepada diriku yang Aku akan gelak besar gila babi punya, padan muka dia. Kalau Mail jatuh lah, tapi sayang Mail tak jatuh.

"Ha kenapa ni?" Tercungap cungap Mail, ekspresi muka nya macam gampang, tapi Aku respect sebab dia datang balik.

"Aku bukan apa Mail, kalau aku bagitahu pon, kau takkan faham."

"Ahhh aku tak kira, kau bagitahu jugak" Terpapar kesedihan di muka nya, aku mengalah. "Okay macam ni, kau ingat tak dulu?"
"Haa dulu? Kenapa?" Dengan muka Mail yang excited campur gampang, tak sabar nak dengar apa yang akan keluar dari mulut Aku, tuhan je tahu betapa geram nya Aku tengok muka Mail masa tu, excited sangat. "Okay dulu masa kau janji cakap kau nak pergi beli kan aku super ring? Tapi kau tak beli pon? Mana janji tu? Mana Mail? Lama aku tunggu kau tahu?"

"Ohhh pasal tu ye, kau tunggu jap ea."

Akhirnya impian Aku untuk makan super ring tercapai, Mail memang kawan yang baik. Tapi bila Mail datang balik, bukan super ring yang di bawa, tetapi parang panjang yang Aku rasa bila-bila masa sahaja akan menikam perut Aku. Aku dah agak, Mail takkan faham.

TAMMAT.

DuluWhere stories live. Discover now