Bunyi bingit suasana langsung tidak aku peduli. Aku tetap melangkah kehadapan meredah sekumpulan manusia yang sedang terkinja-kinja menari. Ah! Mereka tidak layak dipanggil manusia, mereka adalah syaitan yang bertopengkan manusia.
Abang, mana abang pergi? Aisya cari abang ni. Dengan baju kurung lusuh, aku memasuki sebuah kelab terkemuka di ibu kota, Zouk. Demi mencari abangku, Amri, aku sanggup menapakkan kaki ke tempat haram itu.
Tiba-tiba aku melihat abangku di satu sudut. Aku melihat abangku dipukul oleh sekumpulan manusia, lantas aku membawa kaki aku kesana.*****
"Mikael, tolong beri aku masa. Aku akan bayar semua hutang kau." Ujar Amri yang menahan senak di perut akibat ditendang oleh konco-konco Mikael.
"Masa? Eh! Sanggup ke kau nak bayar RM50,000 tu, hah?!! Aku dah bagi kau masa, aku bagi kau sebulan. Tapi sekarang, dah tiga bulan kau tak bayar!!! Zack, hapuskan dia ni." Mikael senyum sinis. Dia hanya melihat Amri ditendang, ditumbuk dan diterajang oleh konco-konconya. Kau belum tahu siapa aku lagi budak bodoh!
"Encik, tolong jangan buat macam ni dekat abang saya. Saya merayu." Mikael terkejut. Siapa pulak perempuan ni?
"Eh! Aisya. Mana tahu abang dekat sini? Aisya pergi pulang, tempat ni bahaya." Ujar Amri kepada adiknya.
"Ohh.. ni adik kau rupanya. Hmm." Mikael tersenyum. Dia ada agenda lain.
"Encik, tolong jangan apa-apakan abang saya, saya merayu." Air mata Aisya mengalir mengenangkan nasib abangnya.
"Kau boleh bayar hutang ni sekarang Am.." ujar Mikael. Senyuman sinis sentiasa menghiasi bibirnya.
"Macam mana? Kau jangan macam-macam Mikael." Tanya Am. Sambil itu, dia dapat mengagak apa yang akan berlaku.
"Kau.. kau serahkan adik kau ni kepada aku. Lepastu kau boleh blah dan hutang kau automatik dah terlunas." Ujar Mikael.
"Aku setuju!" Aisya memanggung kepalanya yang sedari tadi menunduk. Amri terkejut. Mana boleh! Itu sama ertinya aku menjual adik aku!
"See, adik kau dah setuju. Kau amacam?" soal Mikael kepada Amri. Tahulah aku nak buat apa kat perempuan ni. Mikael senyum sinis.
"Aisya, jangan Aisya. Abang merayu, lepas ni siapa nak jaga adik-adik kalau abang dah takde? Abang sanggup kena bunuh Aisya." Amri menangis merayu supaya Aisya membatalkan niatnya.
"Abang, anggaplah ni pengorbanan Aisya kepada abang dan adik-adik. Aisya tak boleh biarkan abang selalu kena pukul. Abang percayalah Aisya, suatu hari nanti Aisya pasti akan pulang dengan senyuman." Ujar Aisya panjang. Aisya juga merasa sebak akan memikirkan dosa yang menantinya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Sesungguhnya kami ialah golongan yang lemah.
Aisya berdiri menentang panahan mata lelaki yang bernama Mikael ini. "Saya setuju jika Encik nak ambil saya, tapi ada satu syarat." Ujar Aisya. Aisya kau mesti berani, demi abang!
Mikael terkejut kerana perempuan ini sungguh berani menentangnya. "Hmm.. Apa syaratnya?" soal Mikael selamba.
"Kahwin dengan saya!" tiga ayat. Tiga ayat yang boleh mengubah hidupnya sekelip mata. Sungguh Aisya sebak mengenang nasib yang menimpanya.
"Deal." Mikael setuju dengan syarat Aisya. Huh! Kacang je syarat tu. Kalau aku dah jemu, aku buang dia, apa kesah?*****
"Tengku Za'arif Mikael, aku nikahkan dikau dengan Aisya Almira dengan wang tunai tiga ringgit. Sah?"
"sah."
"sah"
AISYA menitiskan air matanya. Dia memandang wajah sayu abangnya. Perkahwinannya dengan Tengku Za'arif Mikael hanya berlangsung di masjid. Hadirin yang hadir hanya beberapa orang wanita yang begitu asing baginya. Selebihnya adalah konco-konco Mikael.
"Kalau kau apa-apakan adik aku, aku bunuh kau walau dengan cara apapun!" ujar Amri sambil mencekak kolar baju Mikael.
Mikael hanya berlagak tenang. Senyuman sinisnya sekali lagi terukir di bibirnya. Berani nak bunuh aku! "Jangan heran kalau mayat adik kau yang dahulu sampai di depan rumah kau." Tuturnya selamba. Amri sekadar mendengus. Ada gerunnya juga bila dengar ugutan Mikael terhadapnya.
"Kalau kau berani dekat dengan adik kau sepanjang dia menjadi milik aku, bersedialah terima mayat dia." Sekali lagi Mikael mengugut Amri. Amri terdiam, sayu melihat adiknya yang akan diperlakukan sesuka hati oleh Mikael.*****
SESAMPAINYA di rumah Mikael, Aisya diheret ke satu tempat.
"Ni bilik kau. Kalau aku perlukan kau, aku panggil kau. Dan kau mesti ikut setiap arahan aku. Kalau kau taknak or memberontak, huh! Abang kau, adik-adik kau dalam bahaya. Ingat." Ujar Mikael sambil menghalakan telunjuknya betul-betul di depan mata Aisya. Aisya menganguk.
Sebelum Mikael berlalu, sekali lagi dia berkata... "Dan satu lagi, kau mesti panggil aku Tuan."
Mikael menutup pintu bilik tersebut dan menguncinya. Aisya yang baru sedar Mikael menguncinya dari luar cemas, dia cuba memusing tombol pintu tersebut berharap pintu itu dapat dibuka, dia menjerit memanggil Mikael, tapi usahanya sia-sia. Aisya pasrah.
Dia merenung setiap sudut bilik tersebut. Ruangnya terlalu kecil. Ada paip, hos dan.. mesin basuh? Dia ditempatkan di bilik laundry. Aisya menangis. Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini.*****
Hari semakin senja, dapat Aisya melihat persekitaran yang kian gelap melalui tingkap kecil yang berada di bilik tersebut. Sudah sampai waktunya dia menunaikan solat Maghrib. Aisya mengambil wuduk. Mujur di bilik ltersebut ada air yang mewajibkan dia berwuduk, mandi dan sebagainya. Dia menghamparkan sejadah yang dibawanya dan mengeluarkan telekung dari beg lusuhnya. Niat dibaca dan seterusnya.
Selesai sahaja bersolat, pintu biliknya terkuak. "Kau, pergi masak! Aku lapar." Ujar Mikael dan berlalu. Aisya menurut perintahnya. Sepanjang berada di banglo milik Mikael, Aisya hanya mengenakan baju t-shirt dan kain batik tanpa menyarungkan tudung di kepala.
Aisya menyanggulkan rambutnya tinggi sebelum mula memasak. Mikael yang memerhatikan tingkah laku Aisya menelan liur apabila melihat leher jenjang Aisya.
"Cantik juga dia ni. Boleh rasa ni." Ujar Mikael perlahan. Aisya membuatkan nafsunya bergelora.
JAM di dinding tepat menunjukkan pukul 12 malam. Mikael tidak dapat tidur kerana asyik terbayangkan Aisya. Dia menelan liur berkali-kali. "Kenapa aku asyik teringatkan dia? Hisy.." Mikael rimas, dia mengiring ke kanan. Seketika kemudian, dia mengiring ke kiri pula.
"Huaarrgghhh! Tak boleh jadi ni." Mikael meramas rambutnya dan bingkas bangun. Tuntutannya mesti dilunaskan malam ni juga.*****
Aisya tidak dapat tidur, sakit badannya apabila tidur beralaskan lantai konkrit bilik ini. Dia juga terpaksa berbaring meringkuk memandangkan ruang bilik ini terlalu kecil. Tiba-tiba pintunya dikuak dari luar. Aisya bingkas bangun.
"Err.. ada apa-apa yang perlu saya bantu, Tuan?" soalnya teragak-agak.
"Kau.. Kau mesti layan aku malam ni!" kata-kata Mikael membuatkan Aisya tergamam. Tangan Aisya direntap, Aisya diheret ke tingkat atas menuju bilik Mikael.
"Sakit Tuan." Rintih Aisya. Air mata Aisya mengalir. Sungguh dia tidak rela diperlakukan sesuka hati oleh Mikael.
Mikael mengunci pintu biliknya supaya Aisya tidak lari. Dia kemudian duduk di birai katil dan membiarkan Aisya berdiri di depan matanya. Mikael senyum sinis.
Aisya menundukkan mukanya. Dia tidak dapat lari lagi kerana Mikael terdahulu mengunci pintu biliknya. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini.
"Kau tentu tahu agamakan?" ujar Mikael. Masih lagi merenung dan menilik tubuh langsing milik Aisya.
"Kau layan aku, dapat juga pahala. Kau tak nak ker?" ujar Mikael sekali lagi. Mendengar kata-kata Mikael, Aisya memanggungkan kepalanya yang sedari tadi menunduk mengenang nasib diri. Ya Allah, berdosakah aku jika mengabaikan tuntutan batin suamiku? Aisya merintih kesedihan.
"Hey, aku tanya kau ni. Kau nak tak?!!" jerkah Mikael tiba-tiba. Aisya yang terkejut dengan suara lantang pantas menganguk. Mikael senyum kemenangan.
"So, apa tunggu lagi? Aku nak, kau yang mulakan first step." Kata-kata Mikael mengundang sebak di dada. Air mata semakin laju merembes. Ya Allah. Walaubagaimanapun, Aisya tetap melangkah menuju Mikael. Mikael hanya duduk diam dan menunggu tindakan Aisya.
Satu persatu butang baju tidur Mikael Aisya tanggalkan. Air mata sentiasa mengiring perlakuannya. Mikael yang merasa sentuhan lembut Aisya pantas merangkul pinggang Aisya. Aisya yang terkejut dengan perlakuan Mikael jatuh dan menyebabkan dia menindih tubuh sasa Mikael tanpa baju itu. Lalu masing-masing tenggelam di dunia asmara mereka.*****
Aisya tersedar dari tidurnya. Dia bagaikan tersedar sesuatu lantas menarik selimut tebal ke aras dadanya. Aisya menangis pilu. Aisya melirik ke arah Mikael yang tidur meniarap sambil tangan kanannya memeluk pingang Aisya. Aisya mengiring membelakangi Mikael. Air matanya menuruni lekuk-lekuk pipinya.
Tangisan Aisya menyedarkan Mikael dari tidurnya. Mikael senyum kemenangan. Dia mengelus bahu Aisya yang terdedah.
"Thanks. Lain kali buat lagi yer." Ujar Mikael betul-betul di telinga Aisya.*****
Tiga minggu selepas kejadian malam pertama mereka, Aisya dah biasa dengan perlakuan Mikael. Dia hanya menuruti arahan Mikael tanpa banyak kata. Setiap malam, dia selalu didatangi Mikael kecuali masa dia period. Mikael juga sudah maklum tentang masa subur Aisya. Dia juga tahu bila Aisya period dan bila Aisya subur. Dia sudah biasa dengan rutin harian Aisya.
"Er, Tuan, barang dapur banyak yang kurang. Boleh Tuan belikan barang dapur?" soal Aisya teragak-agak takut Mikael menjerkahnya.
"Eh! Siapa Tuan disini? Kau ke aku? Sedap-sedap je suruh aku belikan. Kau belilah sendiri." Marah Mikael.
"Ar.. Er.. Tapi Tuan, saya tak ada duit nak beli." Ujar Aisya. Memang Mikael jarang memberikannya belanja untuk membeli barang dapur. "Nah, kau beli barang dapur tu sendiri. Dan ingat, kalau aku dapat tahu kau jumpa dengan abang kau atau lari, siap kau aku kerjakan." Mikael menghulurkan empat not RM50. Aisya menganguk mendengar arahan Mikael. Tiada jalan baginya untuk lari atau berjumpa dengan abangnya kerana mata-mata Mikael berada di mana-mana, maklumlah Mikael ialah orang yang berpengaruh di sekitar Kuala Lumpur ini.
SEDANG Aisya membelek-belek barangan di super market tersebut, ada suara garau menyapanya.
"Aisya kan? Aisya Almira?" tegur seorang lelaki. Aisya menoleh ke arah empunya suara.
"Aiman! Wah, lama tak jumpa. Aiman tinggal mana sekarang ni?" ceria wajah Aisya apabila mendapat tahu yang menegurnya adalah sahabat baiknya ketika di bangku sekolah.
"Aku tinggal sinilah, Kuala Lumpur. Papa suruh manage syarikatnya kat sini." Balas Aiman. Lama sudah dia tidak menatap wajah Aisya setelah sekian tahun, sahabatnya selama ini.
Setelah 10 minit berbual dengan Aiman, Aisya meminta diri untuk pulang. Bertapa gembiranya dia apabila bersua dengan sahabatnya itu setelah sekian lama berpisah.
"MACAM mana? Dia ada buat hal tak?" Soal Mikael pada orang suruhannya.
"Tak tahulah bos, tapi dia ada berbual dengan seorang lelaki. Tapi lelaki itu bukan abangnya." Ujar orang suruhan Mikael yang bernama Zack itu.
"Apa?! Berani dia dekat dengan orang lain?! Tahulah aku apa nak buat dengan pompuan sundal itu."*****
Selesai sahaja Aisya menunaikan solat Isya', dia terdengar pintu utama dibuka dan ditutup dengan kasar. Apa pulak yang menantinya malam ini. Hati Aisya walang memikirkan apa yang akan terjadi kepadanya nanti. Bibirnya pucat.
"Aisya!!!" jerit Mikael. Marahnya belum reda memikirkan perbuatan Aisya di belakangnya. Apabila dia melihat kelibat Aisya, lantas tangan Aisya direntapnya dan dibawa ke biliknya. Tubuh Aisya dihempas ke atas katil. Aisya ketakutan. Mikael membuka tali lehernya dan butang bajunya. Syaitan bagaikan merasuk dirinya ketika itu, dan Aisya pula dilayan dengan kasar sekali.
Aisya menangis memikirkan hal tadi. Dia tidak tahu apa salahnya sehingga membuatkan Mikael mendatanginya secara kasar. Tubuhnya terasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh segala sendinya. Dia mengambil pakaiannya yang berterabur di atas lantai dan menyarungkannya di tubuhnya. Dia berlalu meninggalkan bilik Mikael yang terasa bahang itu walaupun bilik tersebut dipasang penghawa dingin.
Sejak peristiwa itu, Mikael sering membawa perempuan lain ke rumahnya dan meniduri mereka. Hati Aisya semakin sakit mengenangkan suaminya membuat onar dengan perempuan lain. Sejak itu juga, Aisya dilayan semakin kasar. Waktu makan Aisya pun tidak menentu, dia diberi makan hanya sekali sehari dan waktu itu ialah tengah malam. Dia perlu lakukan sesuatu. Ya! Sesuatu yang akan menetapkan hidupnya selepas ini.
"Tuan." Ujar Aisya ketika dia berdiri di tepi meja makan menemani Mikael makan. Biasanya dia tidak perlu menemani Mikael makan apabila Mikael mengajak perempuan lain makan di rumahnya. "Hmm, ada apa?" sahut Mikael endah tidak endah.
"Arr.. Err.. Tuan, dah setahun kita bergelar suami isteri. Sekarang ni pun Tuan dah berani ajak permpuan lain tidur bersama Tuan. Er.. Kalau Tuan dah tak perlukan saya disini, Tuan.. tuan boleh lepaskan saya. Gantung saya tak bertali pun boleh asal saya tidak berada di rumah ini lagi." Kata-kata Aisya membuatkan Mikael berhenti menyuap.
"Eh! Apa yang kau cakapkan ni, hah?! Suka hati akulah bila aku nak buang kau pun." Marah Mikael. Aisha terus menunduk, tidak berani menentang Mikael yang sedang marah itu. Jika dia menentang juga, tak tahulah nasib dia selepas ini.*****
Malam kian larut, jarum jam sudah menunjukkan pukul 12 suku. Aisha resah menanti kepulangan Mikael. Walaupun dia isteri tidak sah depan mata Mikael, tetapi dia tetap menjadi seorang isteri yang soleh kepada suami.
Deruman enjin kereta kedengaran. Nampaknya Mikael sudah pulang, lega hatinya. Tapi itu cuma sekejap. Ada suara perempuan lain di rumah ini. Aisha sakit hati. Nampaknya Mikael membawa perempuan lain pulang ke rumah. Aisya mesti buat sesuatu. Mujur Mikael tidak lagi mengunci dirinya di bilik laundry, kini Aisha bebas kemana-mana dalam banglo milik Mikael.
Aisya meluru ke bilik Mikael. Dia memulas tombol dan terus masuk. Mikael yang melihat tingkah Aisya tergamam seketika. Aisya melirik ke arah perempuan yang separuh bogel disisi Mikael itu. Dia kemudian meluru ke arah perempuan itu lantas menarik pergelangan tangan perempuan itu keluar dari bilik Mikael, bilik maksiat! Perempuan itu kelihatan pucat.
"Honey, help me!" jerit perempuan itu ke arah Mikael yang kelihatan tergamam. Mikael tersedar dan mengikuti langkah Aisya dan buah hatinya, Jessy.
"Kau tahu tak dia tu suami aku?! Terhegeh-hegeh nak panggil dia honey, aku isterinya nak kata honey, panggil nama pun tak boleh!!!" Jerit Aisya bagai dirasuk hantu, Jessy diam. Takut.
Sesampainya di pintu utama, Aisya menolak keluar Jessy ke luar rumah yang sedang hujan itu. Jessy hanya berpakaian dalam, dia peduli apa. Inilah pengajarannya kepada orang yang murah sangat harga maruah mereka. Ketika Aisya berpaling.. Pang! Satu tamparan kuat di pipinya, bukan tamparan tapi lempang! Aisya berundur akibat lempangan yang sangat kuat terhadapnya. Mikael menarik Jessy masuk kembali ke dalam rumah banglo itu.
"Kau nak sangat aku usir kau kan?!! As your wish." Ujar Mikael sambil menolak keluar badan Aisya ke luar rumahnya.
"Tunggu kejap." Ujar Mikael sekali lagi. Seketika kemudian, beg dan baju-baju Aisya dilempar tepat ke arah muka Aisya.
"Aku tak nak barang kau menyemak kat rumah aku. Tunggu apa lagi? Berambus bodoh!!!" jerit Mikael lagi. Aisya sebak, menangis. Dibawa juga kaki melangkah meninggalkan rumah banglo Mikael. Jessy senyum mengejek.*****
"Aisya! Abang rindu Aisya. Apa dia buat kat Aisya?" soal abangnya ketika dia sampai di rumah usangnya.
"Bang, Aisya tak de masa nak cerita. Abang, kita lari sekarang, nak? Sebelum Mikael datang." Ujar Aisya. Amri mengangguk laju. Adik-adik Aisya yang lain dikejutkan dari lena.
"Kita nak lari mana?" soal Aisya pula. Amri berfikir sejenak.
"Kita pergi rumah Mak Long kat Johor. Abang dah jumpa Mak Long dan cerita semuanya kat Mak long. Mak Long kata kat abang suruh abang tinggal dengan dia, tapi abang tak nak tinggalkan Aisya sendirian kat sini. Dah, jom."
3 Bulan Kemudian... "Aisya tak nak sambung pelajaran ke? Keputusan STPM Aisya bagus." Ujar Mak Long.
"Nak, nak sangat Mak Long." Jawab Aisya pula.
"Aisya cadang nak sambung mana?" soal Mak Long sambil menyisir rambut ikal Aisya.
"Tak tahu pulak, Mak Long. Mak Long ada cadangan?" soal Aisya pula.
"Nak tak dekat London? Kawan Mak Long dekat sana boleh tolong Aisya, sediakan tempat tinggal dan keperluan lain." Ujar Mak Long pula.
"London? Boleh boleh.." jawab Aisya ceria.
"Nanti Mak Long uruskan yer." Ujar Mak Long lagi. Aisya membalikkan badannya dan memeluk tubuh tua Mak Long iaitu Tengku Asiah. Rupanya keluarga belah ibu Aisya juga ada keturunan Tengku. Tapi apabila arwah ibu nak kahwin dengan orang miskin, arwah atuk tak bagi sebab tak sama darjat. Arwah atuk siap suruh buat pilihan, sama ada keluarga atau arwah ayah, ibu pilih ayah. Arwah atuk kemudian tidak mengaku ibu anaknya lagi serta mengugurkan perkataan 'Tengku' di pangkal nama arwah. Ibu dibuang keluarga, namun adik beradik ibu tetap sayangkan ibu seperti mana Tengku Asiah, kakak ibu.
"Sejak Aisya mengandung ni, makin manja pulak yer?" kata Mak Long. Aku senyum, Allah hadiahkan aku satu nyawa dalam rahimku setelah Mikael mengusir aku dulu. Ya aku mengandung 3 bulan, benih milik Mikael. Aisya buat keputusan untuk menyambung pelajarannya di London. Umurnya memang layak untuk belajar. Ketika dia berkahwin dengan Mikael, umurnya baru mencecah 20, sungguh muda waktu itu.*****
3 Tahun Kemudian... "Airina!! Cucu opah.. Meh sini." Tengku Asiah mendepangkan tangan untuk mendapatkan cucunya, Tengku Airina Syakira yang baru sampai dari London bersama ibunya, Tengku Aisya Almira. Airina yang melihat opahnya dari jauh, turun dari gendongan ibunya lantas mendapatkan opahnya.
"Opah!" jerit Airina. Melihat telatah Airina yang baru berusia 3 tahun itu menyebabkan Aisya tersenyum senang. "Kenapa tak sambung master degree kat sana pulak?" soal Tengku Asiah pada Aisya.
"Aisya rindu Mak Long, Abang dan adik-adik. Aisya cadang nak sambung sini jer lah?" ujar Aisya pulak.
"Eh, anak sape pulak ni?" Amri yang baru pulang dari pejabat terkejut melihat kanak-kanak yang sedang bermain di laman rumah Mak Longnya.
"Eh, Am. Tu pun tak kenal. Airina tu kan anak buah Am." Ujar Mak Long pada Am. Amri memang dasar pelupa.
"Aisya!!! Nape pulang tak bagitahu abang." Amri menuju adiknya dan memeluk Aisya.
"Hehe, Aisya nak bagi surprise kata bang." Ujar Aisya pula.
"Comelnya anak buah aku." Kata Amri seraya mencubit pipi Airina.
"Sakitlah, uncle!" jerit Airina. Masing-masing ketawa melihat telatah Airina dan Am yang berguling-guling wrestling di laman rumah Mak Long.*****
"Kak Pah, saya tinggal Airina sini yer. Kat rumah tak de yang jaga. Mak Long pergi mesyuarat kat Kajang, Abang Am kerja kat pejabat, semua adik-adik saya pulak pergi sekolah." Jelas Aisya panjang.
"Tak pe, Kak Pah faham. Dah pergilah, nanti lambat pulak Aisya sampai kolej." Terang Kak Pah. Kak Pah ialah penjaga rumah anak yatim piatu, Rumah Al-Ekhsan milik Tengku Asiah, Mak Long Aisya. Aisya terpaksa meninggalkan Airina di bawah jagaan Kak Pah. At least, Airina tak bosan sebab ada ramai kawan kat Rumah Al-Ekhsan.
"ZACK, mana tempat tu. Kau send aku alamat tempat tu." Kata Mikael di corong telefon.
"Ok, bos. Nanti saya send alamatnya." Ujar Zack pula. Seketika kemudian, Mikael membaca alamat tempat tersebut dan memecut keretanya menuju ke destinasi tersebut.
Sesampainya di tempat tersebut... "Assalamualaikum, Kak Pah! Oh.. Kak Pah!" laung Mikael dari muka pintu Rumah Al-Ekhsan.
"Waalaikumusalam. Eh! Mikael, masuklah." Ujar Kak Pah pula.
"Saya ada bawa hadiah untuk budak-budak sini." Jelas Mikael pula.
"Oor, bawalah masuk hadiah tu. Baiknya Mikael, semoga Allah memberkati awak dan mengampunkan dosa-dosa awak yang dulu." Ujar Mak Pah pula.
"Apa yang saya lakukan ini pun, masih tak cukup untuk memadamkan segal dosa saya dulu, Mak Pah." Sayu Mikael apabila mengenangkan perbuatannya terhadap isterinya dulu, dosa-dosa lamanya dulu. Astaghfirullahalazim, jahilnya aku.
"Allah itu Maha Pengampun Mikael. Dahlah, mana hadiah tu, biar Mak Pah tolong angkutkan."*****
"Eh, hadiah kurang satulah Mak Pah. Seingat Mikael, budak-budak sini seramai 27 orang. Mikael dah buat hadiah cun untuk 27 orang. Ada budak baru ke yang masuk, Mak Pah?" soal Mikael heran, sambil itu dia menggaru kepalanya.
Mak Pah berfikir sejenak, baru dia teringat. "Oh, tadi ada orang suruh saya jaga anaknya."
"Mana budaknya?" Tak tahu kenapa, Mikael tertarik untuk mengetahui anak yang dijaga Mak Pah.
"Tu dia." Tunjuk Mak Pah pada seorang budak kecil yang mungkin berumur 3 atau 4 tahun.
"Ya Allah, comelnya dia." Ujar Mikael sambil mendukung budak yang ditunjuk oleh Mak Pah tadi.
"Apa namanya, Mak Pah?" soal Mikael sekali lagi.
"Airina, Tengku Airina Syakira." Jawab Mak Pah pula.
"Airina.. sedap nama. Airina ni umur berapa ya?" soalnya pada budak yang bernama Airina itu.
Budak itu menunjukkan empat jarinya "tiga." Ujar Airina pendek.
"Ni baru tiga sayang.." ujar Mikael sambil menurunkan satu jari Airina supaya menjadi tiga.
"Mama Airina nama apa?" tak tahu kenapa soalan itu juga muncul di mulutnya.
Belum sempat Airina menjawab, kedengaran orang bagi salam. Mak Pah menjawab salam tersebut dan bergegas mendapatkan orang itu.
"Airina, anak Mama mana?" kedengaran orang itu memanggil budak yang sedang didukungnya itu.
AISYA masuk ke dalam Rumah Al-Ekhsan, mana Airina ni? Tiba-tiba matanya tertancap pada orang yang sangat dia kenal. Mikael? Apa dia buat disini, dan.. dan.. dan dia sedang mendukung anak..nya...
Airina yang melihat mamanya pantas turun dari dukungan Mikael dan mendapatkan Aisya. "Mama!!!" jerit Airina ceria.
Mikael yang mendengar mulut mungil Airina memanggil Mama dan mendapatkan Aisya tahulah dia bahawa Airina itu adalah anak Aisya. Terkejut juga dia apabila melihat Aisya di depan matanya sekarang ni. Dan matanya tak nak lepas dari memandang wajah Aisya.
"Anak Mama, jom kita pulang." Ujar Aisya. Dia tidak mahu lama-lama bersama Mikael. Habislah aku.
"Aisya! Tunggu." Jerit Mikael, sesungguhnya dia tidak mahu melepaskan peluang ni. Dia tidak mahu kehilangan Aisya lagi. Sesungguhnya dia bersyukur kerana ditemukan dengan Aisya di rumah anak yatim ini.
Mendengarkan jeritan Mikael tersebut, Aisya melajukan langkahnya. Airina dikendongnya.Aisya takut, sangat takut. Dia seolah-olah trauma dengan perlakuan Mikael dulu.
Mikael melelar pergelangan tangan Aisya membuatkan Aisya berhenti melangkah. Sebaik sahaja Aisya memalingkan tubuhnya, Mikael memeluknya. Aisya hairan. Bukankah sepatutnya Mikael memarahinya, memakinya?
"Abang.. abang minta ampun. Abang minta maaf Aisya." Tutur Mikael. Pertama kali dia menitiskan air matanya.
"Abang menyesal buat Aisya seperti itu dulu, abang menyesal sangat. Sekarang abang dah taubat, abang solat lima waktu. Abang tak tinggal solat sunat pada tengah malam." Semakin erat rasanya Mikael memeluk dirinya. Nampaknya Mikael betul-betul dah insaf segalanya.
"Abang rela dihukum Aisya, Aisya pukullah abang. Ai.. Airina ni anak abangkan?" teragak-agak Mikael menyoalkan tentang Airina. Aisya mengaguk perlahan.
"Saya tidak layak menghukum sesiapa awak. Hanya Allah sahaja yang layak." Ujar Aisya perlahan.
"Aisya berilah peluang kedua pada abang. Abang tidak akan sia-siakan Aisya nanti." Dush! Tumbukan kuat mengena pada muka Mikael. Aisya dan Airina cemas. Amri menumbuk bertalu-talu wajah Mikael.
"Am tumbuklah, Am tumbuk. Saya layak untuk menerima ni semua. Kalau Am nak bunuh, bunuh lah saya jika itu dapat memuaskan hati Am selama ni." Ujar Mikael. Aisya jatuh kasihan pada suaminya.
"Huh! Tak guna aku bazirkan tenaga nak tumbuk kau. Kau memang binatang!" jerkah Am. Dadanya berombak-ombak menahan marah. Mikael yang sedari berdiri jatuh melutut depan Amri. Tak cukup itu, dia menunduk mencium kaki Amri. Amri terkejut, segera dia mencekak kolar Mikael dan mendirikan Mikael daripada berbuat sebegitu. Aisya yang mendukung Airina juga terkejut dengan tingkah Mikael.
"Am, ampunkan saya. Ampunkan saya." Ujar Mikael sambil teresak-esak menangis. Serta merta hati Amri menjadi lembut.
"Kau tak payah nak minta ampun kat aku. Tu, isteri kau. Dia yang patut kau minta ampun." Amri menjuihkan mulutnya ke arah Aisya.*****
"Sayang, termenungkan apa tu?" soal Mikael pada isterinya seraya memeluk isterinya dari belakang.
"Aisya cuma ingat perkara lama je." Jawab Aisya, Mikael kemudian mencium pipi kanan isterinya.
"Jom." Ujar Mikael seketika.
"Mana?" soal Aisya hairan sambil mengerutkan dahinya.
"Make the babies?" duga Mikael. Aisya kemudian menghadiahkan cubitan ketamnya di perut suaminya.
"Ouch! Hahaha, takdelah. Abang nak ajak tidur tadi, sayang tak penat ke?" ujar Mikael pula. Yelah, mesti penat layan tetamu seharian. Mikael dan Aisya membuat majlis kahwin kedua mereka, sebenarnya Tengku Asiah yang mendesak. Kerana sebelumnya, Mikael dan Aisya kahwin tanpa majlis. Terkejut juga Mikael apabila mengetahui Aisya keturunan diraja, sama sepertinya. Dulu, ingat budak kampong mana yang sesat dalam kelab Zouk dulu.
"Jomlah, Aisya mengantuk ni. Penat sangat. Abang urutkan boleh?" Aisya sengih.
"Anything for you darling." Tutur Mikael pula. Comel sangat muka Aisya, menampakkan kedua-dua lesung pipitnya bila dia tersengih, tersenyum or ketawa.
-tamat-
YOU ARE READING
derita cinta
Short StoryMemory is a way of holding on to the things we love, the things we are and the things we never want to lose..