VAMPIRE - FREESTYLE RAP CONTEST

313 27 3
                                    

Minho merayau di sekitar tempat perumahannya. Dia mencari manusia untuk 'dihisap' darahnya. Seorang namja sedang duduk di bangku sambil membaca komik anime. Minho mula 'menghisap' darahnya. Namja itu terkejut dan kemudian terus balik ke rumahnya.

Tiada siapa tahu Minho adalah vampire. Selain Minho, ada lagi satu vampire di Seoul ini dan vampire itu ialah kawan rapat Minho. (Sooyoung) Minho dan Sooyoung aktif 'hisap' darah pada waktu malam. Kadang-kadang mereka akan ganggu penduduk Seoul pada waktu tengahari dan petang.

SKIP

"Saya dah lambat!" Sulli berlari pantas ke kelas 3 SM dengan cemas. Tiada orang di kelas. Baru Sulli teringat, hari ni ada Pertandingan Freestyle Rap! Sulli kemudian segera ke dewan besar.

SKIP

Peserta Pertandingan Freestyle Rap seramai 20 orang. Antaranya ialah Sehun, Rap Monster, Chanyeol, Mark, Minho, Suga, Bambam, Key, Kris, Taecyeon, J-Hope, Kai, Jackson, Eunhyuk dan ramai lagi.

Peserta pertama ialah Sehun. Sehun terkenal dengan mukanya yang handsome. Sehun mendendangkan rapnya yang menarik dengan lirik english, 'oh never don't mind about a thing'.

20 minit berlalu

Sekarang giliran Minho. Sulli, Jessica, Chanyeol dan Sooyoung bersorak dengan kuat untuk Minho. Mendengar sorakan daripada mereka, Minho menjadi makin bersemangat. Minho menyampaikan rap dengan penuh charisma. Ramai suka gaya rap Minho! Sekarang giliran Chanyeol pula. Lebih ramai yang bertepuk tangan mendengar rap Chanyeol.

Tiba pengumuman pemenang. Tempat ketiga dimenangi oleh Rap Monster. Rap Monster dipilih sebagai pemenang tempat ketiga kerana rapnya yang laju dan sungguh bersemangat! Tempat kedua pula dimenangi oleh Minho dan tempat pertama dimenangi oleh Park Chanyeol! Chanyeol sangat terkejut tapi dia segera naik ke atas pentas. Mendapat gelaran juara, dia dinobatkan sebagai raja rap tahun ni! ^^

Di kelas 3 SM

Jessica: Tahniah Chanyeol oppa! :)

Chanyeol: Gomawo, jarang saya menang dalam pertandingan macam ni. Minho pun hebat!

Minho: Hehe, gomawo and congrates my chingu~

Tiba-tiba Myungsoo atau nama glamornya, L datang menyampuk.

L: Annyeong guys. Congratulation!

Chanyeol: L! Takde pun kau kat dewan tadi. Kenapa semalam kau tak datang? Kita ada murid baru!

L: Semalam aku demam. Siapa?

Minho: Ni, yang comel dan cantik ni. Namanya Sulli.

Sulli: Hi! Saya baru pindah sini dari Busan. :)

L: Hi, Myungsoo imnida. Boleh panggil saya L. ;)

Minho: Cikgu Taeyeon dah masuk!

L sebagai ketua kelas memberi salam sejahtera kepada cikgu dan diikuti semua murid. Cikgu Taeyeon mengajar mereka matapelajaran Sains dan latihan vokal.

"Hari ni kita belajar latihan vokal je, sebelum tu tolong hantar buku latihan Sains," arah cikgu Taeyeon. Seohyun penolong ketua kelas menolong cikgu mengumpul buku pelajar.

Waktu balik

Minho: Boleh saya balik dengan awak?

Sulli: Boleh je, lagipun rumah kita dekat. :)

Minho: Yehet! Ohorat!

Sehun: Menyibuk je apa aku kata..

Minho: Jom cepat Sulli!

Minho dan Sulli berjalan hingga ke pagar sekolah dan mula sambung berbual.

Minho: Nak tak hari ni kita jalan-jalan kat taman? :)

Sulli: Mianhae, saya dah janji dengan Jessica nak pergi shopping mall. Hehe, dah lama tak shopping. Mesti lagi best dapat shopping dengan chingu baru..

Minho: Takpelah kalau macam tu.

Sulli: Mianhae Minho. Awak pun chingu saya.

Minho: Saya tahu~

Mereka terus jalan balik ke rumah masing-masing.

~Bersambung~

*Mianhae kalau tak best.

*Thanks baca. ^^



VAMPIREWhere stories live. Discover now