Kadang aku terfikir . Aku tertanya tanya . Kenapa hati aku dan dia membicarakan hal yang sama ? Kenapa hati kami memperjuangkan hak yang sama ? Aku ingin dapatkan kepastian . Adakah hati nya tercipta untuk aku ? Tapi aku malu untuk bertanya .
Aku dan dia melalui jalan yang sama . Tetapi aku tidak tahu arah mana yang dia tuju . Aku tak tahu matlamat sebenar dia . Aku ingin meluah rasa . Tapi aku takut untuk memulakan nya .
Kami mungkin melalui jalan yang sama . Tapi arah mana yang dia tuju ? Setiap perjalanan mesti ada persimpangan . Jika aku meluah rasa dan dia memasuki persimpangan lain, bagaimana dengan aku ?
Tapi aku yakin . Walaupun dia memasuki persimpangan yg lain, tak semestinya dia tidak boleh menujuk ketempat yg sama dengan arah tujuan aku . Cuma mungkin yang membeza kan cuma jalan yang dilalui dan masa untuk sampai ke destinasi .
Tuhan . Tunjuk kan aku jalan yang benar . Jalan yang Engkau redhai . Jalan yang tidak menyakiti hati sesiapa mahupun diri sendiri .
KAMU SEDANG MEMBACA
Catatan Hati
RandomAku menulis sekadar meluah rasa . Berkongsi rasa jika ada rasa yang sama . Tidak perlu ayat puitis . Kerana bahasa hati aku tidak sama seperti yang lain .