Bahagia Hanya Seketika~Bab 1

345 9 1
                                    

   "Mel..,papa minta maaf pasal tadi."pujuk Encik Asyraf."Biarkan Mel bersendirian dulu papa.."katanya lemah seakan tidak percaya ayahnya sanggup mambatalkan percutian mereka hanya untuk mesyuarat penting."Kerja,kerja,kerja...Papa dah tak sayang Mel lagi",bentak hatinya.Ikutkan hati hendak saja dia mengoyakkan kertas kerja ayahnya.Akhirnya dia tertidur dalam kesedihan.

   "Nantilah Mak Idah...Mel nak bangunlah ni..."Mel menutupi tubuhnya dengan selimut."Mel,bangunlah nanti lambat ke sekolah!"jerit Mak Idah melihat anak majikannya yang menggeliat kemalasan.Mel bangun dan terus mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi,setelah dia mendengar pintu biliknya ditutup,dia keluar kemudian tertidur semula.

   "Hei,kenapa awk pukul-pukul saya ni nanti saya pukul awak guna penyapu lidi baru tau..."igau Mel."Mengigau budak ni..."kata Mak Idah."Nanti kau ye,tak nak bangun ea.."Mak Idah terus memercikkan air di muka Mel."Mama..!!!"Mel terus terbangun."Pergi mandi sana..!"arah Mak Idah sambil menunjukkan penyapu lidi."Yelah,Mel nak bangunlah ni.Janganlah pukul-pukul,sakit..."Mel terus berlari menuju ke bilik mandi."Aku tunggu kat sini,kau tak mandi siap..!!"jerit Mak Idah.

   Mak Idah tersenyum melihat gelagat anak majikannya itu."Erm..,Mak Idah boleh tolong cakapkan kat papa tak yang Mel nak bercuti kat kampung hujung minggu ni...?"tanya Mel."Boleh tapi Mel kena janjilah jangan sedih-sedih lagi,Mak Idah tak sukalah tengok Mel sedih."kata Mak Idah."Mel janji..."senyum Mel mengikat janji mereka.

   "Tuan,jemput makan.Saya dah sediakan makanan tengahari kegemaran tuan dan puan."ajak Mak Idah."Tolong panggilkan Mel,ajak dia makan."kata Encik Asyraf."Awak rasa Mel marah lagi tak kat awak..?"tanya Puan Emilia lembut."Dah sejuklah tu hati dia..."jawab Encik Asyraf."Selamat pagi,mama...selamat pagi,papa..."tegur Mel."Selamat pagi sayang..."jawab mereka serentak.Penghuni rumah banglo itu pun tertawa dan menceriakan suasana.

    "Erm...Tuan,Mel kata dia nak..."bicara Mak Idah,belum sempat dia menghabiskan percakapannya tiba-tiba Mel menyampuk."Mak Idah,not now lah..",bisik Mel perlahan.Encik Asyraf mula mencebikkan mukanya."Idah,kenapa ni...?"tanyanya lembut."Nak balik kampung ke,tak payah susah-susah nak cakap nanti Lia uruskan..."teka Puan Emilia."Eh,bukan...,sebenarnya,Mel nak ajak tuan dengan puan bercuti."jujur Mak Idah...

   "Oh,cakaplah dari tadi...Mel nak pergi mana?"tanya Encik Asyraf."Kalau Kak Sarah balik hujung minggu ni,Mel ingat nak balik kampung..."cadang Mel."Okey,papa dan mama akan kosongkan jadual kitorang minggu ni,boleh sayang?"tanya Encik Asyraf."Bolehlah,saya ikut abang je..."setuju Puan Emilia."Alhamdullillah,terasa bahagia hidup ini Ya Allah walauku rasa hanya seketika..."bisik hati Mel.Tiba-tiba telefon berdering,Mak Idah terus menjawab panggilan.

   "Assalammualaikum,ni siapa?"tanya Mak Idah."Waalaikummussalam,saya dari pihak Universiti Sains Teknologi,Oxford.Adakah ini Encik Asyraf?"tanyanya.Mak Idah terus memanggil majikannya."Ya,saya Encik Asyraf...Ada apa-apa yang berlaku ke dengan anak saya yang belajar disana?"katanya risau."Oh,tidak..,anak encik tidak apa-apa malah dia memberi berita baik untuk encik.Dia telah berjaya meluluskan pelajarannya dan kini dia telah tamat semester 4 pada tahun ni.Hujung bulan ini sejumlah 273 pelajar akan dihantar pulang ke Malaysia diharap encik akan dapat menjemput anak encik pada tarikh 27 Jun di KLIA.

   "Alhamdullillah,terima kasih ya,encik..."ucapnya bangga dengan pencapaian anak sulungnya."Kenapa bang,anak kita okey ke?"jelas terpancar kerisauan seorang ibu."Anak kita baik-baik saja,dia akan balik hujung bulan ni.Nanti kita sama-sama jemput dia ye..."katanya."Yeah!Kak Sarah nak balik,kiranya jadilah kita bercuti ni papa..?"tanyanya."Insyaallah jadi..."kata Encik Asyraf."Papa,jomlah kita pergi,tak sabarnya nak tunggu hujung bulan ni..."katanya tidak sabar."Ada-ada jelah anak mama ni..."senyum Puan Emilia.

   "Kak Sarah..!!"jerit Mel setelah melihat kakaknya di muka pintu."Adik kakak,dah besar ye...mama bagi dia makan apa ni,tak sempat Sarah nak tengok dia membesar..."rungutnya sambil tersenyum.Dia terus mencium tangan ibunya."Mama,betul ke kita akan balik kampung...?Sarah rindulah dengan nenek..."tanya Sarah."Betul sayang,nanti kita jumpa nenek ye.."kata Puan Emilia."Yeah!Sayang mama..."katanya dengan nada separuh menjerit."Sayang mama je tak sayang papa ke?"mukanya kelihatan sedih."Ala...papa ni Sarah gurau je..."katanya.

   Perjalanan mereka yang jauh sudah bermula 4 jam yang lalu."Hmm..bila nak sampai ni,penatlah..."kata Mel."Dah nak sampai pun...sabar ye sayang.."kata papanya."Aduh,laparnya...Papa berhentilah dulu.Nak makan..."kata Sarah."Ha,yela..."setuju papanya.Ketika Encik Rasyid sedang mengambil selekoh ke kanan tiba-tiba sebuah lori dari arah bertentangan merempuh kereta miliknya.Kereta milik Encik Rasyid menjunam jatuh ke curam.

   Mel membuka kelopak matanya yang berat."Ya Allah,sakitnya kepalaku ini..,kuatkan hamba Ya Allah,mama,papa...Mana Kak Sarah?!"bisik hatinya.Dia menangis sambil cuba untuk melangkah namun,langkahnya terasa begitu berat.Dia terpandang sesusuk tubuh yang lemah,meminta pertolongannya."Adik,tolong kakak...Sakit.."rintih kakaknya.Mel menangis kerana tidak mampu untuk membantu kakaknya bahkan dirinya sendiri juga tidak terbantu.

   Mel mengheret tubuhnya ke sisi kakaknya."Kak,Mel minta maaf..,sungguh Mel tak mampu nak tolong kakak,Mel tak mampu kak.."bisiknya lemah ditelinga kakaknya."Adik,kakak minta maaf sekiranya kakak ada melakukan sesuatu yang menyakiti hati adik...Kalau kakak dah tak ada,tolong gantikan solat kakak yang tertinggal ya..Doakan kakak..."perlahan ucapan itu namun mampu mengubah segalanya.

   Jiwa Mel merintih dan menjerit namun takdir Allah yang hakiki diterimanya dengan redha."Allah lebih menyayangi mereka."itulah ucapan yang sering diucapnya ketika berada di hospital."Sabarlah Mel...Itu takdir."kata Mak Idah untuk memujuk Mel yang kini menjadi yatim piatu.Mel menangis seolah tidak percaya yang dia kini keseorangan."Ya Allah sungguh aku redha dengan apa yang terjadi namun mengapa tidak aku saja yang mati?!"bentaknya.Mel menjerit dan meronta,gelas air di atas meja disisi katilnya dihempas dengan kuat.

   "Itu adalah takdir yang menghancurkan segalanya,merampas kebahagiaan,mengunci nikmat kurnia.Bahagia ini ibarat bunga yang baru mekar tetapi dimusnahkan.Hancur hati ini,Ya Allah...Hancur bahagia ini...!"dia menjerit dan memberontak akhirnya dia tidak sedarkan diri."Ya Allah kuatkan anak ini..."kata Mak Idah dengan nada sayu melihat keadaan Mel.Kelihataan air mata sayu yang menitik di baju Mel."Maafkan Mel..."kata Mel seolah-olah masih berada di dalam mimpi ngeri yang meragut seluruh nyawa keluarganya.

   Akhirnya,Mel kini sendiri meniti kehidupan,berbekalkan kenangan bersama keluarganya dia kuat."Papa yang mengajar aku untuk mengalunkan irama di setiap alat muzik,mama yang memberi aku semangat dikala aku terjatuh,kakak yang selalu kurindui dan mendorong aku dalam memainkan lagu...Aku yakin setiap yang terjadi ada hikmahnya.Pasti ada..!"katanya dengan yakin.

   "Mel,mari sini papa ajar main biola."kedengaran suara papanya.Mel terus menuju ke bilik muzik keluarganya.Dia melihat ayahnya sedang bermain biola,tiba-tiba dia ternampak anak kecil memeluk ayanhnya."Itu aku..."bisik hatinya."Papa...ajarlah Mel,sekali saja lagi papa..."Mel menangis dan terduduk.Bayangan anak kecil dan papanya terus hilang."Betapa besar kuasaMu Ya Allah,keluargaku dipanggil olehMu hanya dalam satu kejadian ngeri."katanya lemah seakan berbisik.

   "Baruku rasakan sekejap sahaja bahagia ini,bangunlah Melodi Nur Qaseh...Bangun..!!"Mel menjerit dan menampar pipinya sendiri."Sakit..,benar aku tidak bermimpi.Aku baru tersedar yang takdirMu nyata Ya Allah...Aku sendiri di rumah ini tanpa ada sesiapa pun yang bergelar keluarga buatku.Hanya Engkau satu-satunya yang mendampingi aku.Bahagia ini hanya seketika,aku hanya ingin kemanisan didunia ini.Aku berdoa agar hikmah itu setanding seperti kematian orang yang rapat denganku..."katanya keseorangan.

   ~Farah Ashiqin~

Nostalgia Gadis MuzikWhere stories live. Discover now