Untitled Part 1

56 2 0
                                    

Kadang - kadang kita saja menjauhkan diri..

Tapi bukan kerana membenci,

Hanya ambil masa untuk sembuhkan,

Hati yang terluka ini.

Kita perlukan ruang menyendiri,

Supaya tidak tersalah lagi...

Apa yang kita lalui...

walau mengabaikan perasaan sendiri

Allah lebih mengerti...

Semuanya ada hikmah yg tersembunyi..

Mematangkan hati dan diri.

Barangkali yg kita suka itu

memberikan keburukan yg banyak

dan barangkali yg tidak kita suka itu

memberikan kebaikan yg banyak.

Allah lebih mengetahui berbanding kita.

Setiap hari selagi masih hidup,

Allah berikan peluang untuk kita berubah.

Lebih taat dan patuh padaNya.

Lebih yakin dan bergantung padaNya.

Merasai cintaNya dan kekasihNya.

Kita hamba yg lemah,

sentiasa gusar dengan perkara yg remeh,

Mudah rebah dengan manusia.

Mudah mengalah dan kecewa dengan tanggapan manusia.

Mulai tika ini..

Jaga hati kerana Allah,

dan bukan untuk manusia.

Biar apa yg kita terima dari mereka,

kita tidak sedih dan gundah.

Walau kita dilukai.jangan sesekali kita biarkan mereka merasai apa yg kita rasai.

Kita sebarkan bahagia..

padam luka - luka..

Alnur meneliti sekali lagi puisi yang dikarangnya sebelum kursor mengklik butang "Publish".Kemudian, dia menghirup milo panas yang sudah masih belum berusik.Langkah kakinya dihayun ke balkoni rumahnya.Dia mengeluh perlahan.

"Kau yakin dengan tindakan kau ni, Alnur?" tanya Nisha ketika Alnur menyampaikan berita itu. Matanya bulat seakan tidak percaya.

"Kenapa kau cakap macam tu?Bukan ke kau yang kata jodoh itu rahsia Allah?"

"Memang la. Tapi dengan menerima pinangan orang yang kau sendiri tak berapa nak kenal... Aku rasa kalau Fadhila tau ni mahu dia mengamuk nanti."

"Pasal Fadhila tu kau jangan la risau. Aku tahu la uruskannya nanti," bersungguh-sungguh Alnur cuba meyakinkan Nisha.

"Serius kau tak nak tunggu Fitri?" tanya Nisha untuk kepastian. "Kau bukan suka sangat ke dengan dia?"

Alnur menghela nafas halus."Kalau aku sorang je yang suka dia, tak guna juga, kan?Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi."

"Habis tu, kau nak pendam je perasaan kau tu?Gitu?"

"Kalau itu yang terbaik," Alnur cuba ukir senyuman paling manis buat Nisha. Namun gadis itu tetap masam mencuka.

"Ala, Nisha...," Alnur memaut bahu gadis itu erat. "Kau sepatutnya tumpang bahagia dengan keputusan aku. Bukannya muncung sedepa macam ni."

"Aku sebenarnya... tak berapa setuju dengan keputusan kau ni. Tapi tak apalah.Kalau kau rasa itu yang terbaik untuk kau, aku redha.Moga kau temui kebahagiaan yang selama ni kau cari," Nisha ukir senyum pahit.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 20, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah KitaWhere stories live. Discover now