Lelah

1.5K 59 14
                                    

Bising betul bunyi alarm blackberry bold 3 ni. Selagi aku tak bukak mata, selagi aku tak paksa kudrat aku ni tekan button tengah tu, selagi tulah ciptaan laknat yang dah nak pupus ni berbunyi. But hey, i'm a proud blackberry user. Oh, dah pukul 8.35 pagi rupanya. Nak bersiap kerja la. Oh, lupa. Anak-anak tak makan lagi.

Aku pergi sinki, nak buang air liur basi yang berkumpul dalam mulut ni. Mak kata air liur basi ni najis, tak boleh bawak sembahyang. Then again, aku sembahyang pun tak inikan setakat air liur basi. Ok, kelat hamis rasa dia nak tak nak kena kumur jugak. Paip aku putar, sambil tu aku tadah air pakai tangan sebab nak cuci muka. Tahi mata aku tak tahulah berapa tan dah.

Aku tarik tisu gulung dalam dua helai. Aku lap muka akuni, alahai kasarnya tisu ni habis lah bercalar muka yang tak seberapa nak ada ni. Bukak peti ais nak ambil tin whiskas, nampak ada tiga note yang ditampal.

'Kenapa tak tolong sidai baju sekali? Berlambak baju dalam mesin basuh tu. Tolonglah sekali sekala apa salahnya? Duit nak..'

Aku sendiri tak berapa nak paham istilah 'Tolonglah Sekali Sekala' tu sedangkan malam semalam aku balik kerja pukul 11 malam, dengan uniform aku yang berbau keringat ala bangla dan nepal ni aku basuh pinggan mangkuk. Aku lap dapur dan aku kemas meja makan yang dah serupa kedai tomyam yang jenis kastemer ada baru nak kemas tu. Ala yang jenis sibuk layan bola atau tayangan gambar hbo ke cineplex ke kat tv skrin sebesar alam tu lah. Bila kita panggil nak buat order, tarik muka palat. Ha, jenis macam tu. Aku baca note kedua.

'Tinggallah sikit duit tu, beli telur ke beras ke minyak masak ke nak buat makan. Kita duduk satu rumah, ape salahnya duit tu hulur-hulur sikit. Sampai bila nak harap duit mak ayah je hidup?"

Ermm.. Mungkin dia lupa. Akuni sekolah tak tinggi. Aku hanya mampu kerja sebagai sale assistant je dekat shopping complex dengan iq aku yang tak berapa nak ada ni gaji rm800 sebulan tu berapa la sangat. Aku juga ada keinginan aku sendiri. Nak makan sedap sedap dengan kawan-kawan. Nak hiburkan hati aku yang tak berapa nak gembira sangat ni. Bukan berkira nak hulur tapi koman pun kena rm300 jadi yang tinggal aku cuma ada rm500. Tolak duit tiket bas? Tolak duit makan kat tempat kerja yang mencecah rm10 satu hari? Rasanya berapa je yang tinggal untuk aku rasa sedikit keseronokkan tu? Aku baca pulak note ketiga.

"Kalau boleh bagi sikit duit dekat si Fahmi. Dia nak buat duit minyak katanya. Selit jela berapa yang ada dekat kunci kereta dia tu nanti.."

Aduhh.. Tak faham ke?? Takkan kerana aku ni kakak sulung, aku nak kena buat jugak macam tu? Macam mana dengan diri aku? Duit aku memang untuk orang lain rasa ke? Aku garu kepala dua tiga empat kali. Baru aku tersedar anak-anak aku tiga ekor kat depan tu nak sarapan. Aku bawak tin whiskas ke depan.

Prue, Piper, Phoebe. Nilah kesayangan aku dunia akhirat. Tiga ekor kucing kampung yang aku bela, susukan, berakkan, kencingkan. Ade manusia laknat mana entah yang buang tiga ekor bayi comel yang baru lahir depan rumah aku. Letaknya dalam kotak siap letak friskies. Dasar manusia bodoh piang bangang abadi. Anak kucing baru lahir kau nak sumbat tang mana makanan tu? Anjing lagi mulia dari kau lah! Bila fikir balik, anjing memang lagi mulia dari manusia yang suka menzalimi haiwan dan sesama sendiri pun. Tiga ekor kucing inilah harta dunia akhirat aku yang aku tinggalkan kalau aku mati nanti. Eh citer pasal mati pulak.

Lepas melayan budak-budak bertuah tu, aku memang kena cepat-cepat bersiap. Buat roti telur nak bawak bekal, jerang air panas nanti ayah balik kerja dia senang nak buat air kopi cap halal keluaran muslim dia. Mak pulak nanti dia mesti penat, baik aku masak nasi sekali. Aku ceduk beras, basuh dan toskan. Masuk dalam periuk pastu letak atas dapur. Maaf, keluarga kami tak suka makan nasi dalam periuk letrik.

Aku macam nampak telefon blackberry bold 3 aku berkelip-kelip lampu notifikasi dia yang kaler merah tu. Aku dah tak sedap hati. Berlari aku bukak lock screen. Ada satu mesej baru masuk. Dari Amila. Supervisor aku.

"Akak tak masuk kerja hari ni. Takde mood. Rina jagalah kedai elok-elok. Kalau sesaper call cakap akak tak sehat ke, keracunan makanan ke."

Haihh.. Jaga kedai sorang lagi aku nampaknya. Nak ikutkan memang aku dengan kawan sekerja aku je jaga kedai tu. Sejenis Supervisor yang masuk kerja dua kali je seminggu tapi kecoh macam haram bila ada benda kita buat tak betul dan gaji dia jugak berjalan penuh sedangkan kita setakat itu je jumlah. Berapa kali aku dengan kawan sekerja aku duk mengumpat dia sambil kiteorang curi tulang. Peduliklah, kesah?

Eh! Telefon berbunyi pulak!

"Hello..."

"Rina, ni akak ni. Kau cepat sikit bukak kedai tu. Management bising lambat bukak. Lagi satu, mana item 101 yang belakang kaunter tu? Ari tu kan kau pegang?"

"Saya letak belakang kaunter kak.."

"Takde, aku dah cari puas dah. Benda tu takde.."

"Saya pun tak tahu. Sebelum balik memang benda tu kat situ kak.."

"Habistu? Sape ambik? Hantu?"

Aku terus matikan telefon. Tak kuasa aku nak bertekak dengan sejenis manusia busuk hati macam tu. Semua benda tak betul aku je yang kena. Kau yang tak masuk kerja jangan sibuk nak alihkan kesalahan sendiri dekat bahu orang lain boleh kan? Ke kau memang suka buat dajal kat orang?

Kepala aku tiba-tiba berat. Berpusing dan rasa macam ada orang main ketuk ketampi kat dalam. Ahh sudah. Migrain aku dah mai. Tuhan, kenapa suka bagi aku hadiah masa masa macamni? Aku nak pergi kerja ni. Adik aku nak pakai duit, mak ayah aku nak makan minum. Boleh tak Kau simpan dulu hadiah Kau ni??

Aku gagahkan jugak badan ni walau kepala aku tengah main DOTA. Meletup sana sini. Air dah masak, nasi dah masak. Adoihhh!!!!!!!

Nasi terjatuh dari tepi bucu singki sedangkan aku betul-betul pasti aku letak tengah sikit!! Babi! Habis tertangkup nasi mak aku nak makan!! Adoihhh..!!!! Air aku jerang tu tinggal separuh je, becak habis dapur.. Cerek tu bocor rupanya! Babi!! Semalam baru aku jerang air elok je penuh dah kenapa pagini bocor?!!!

Aduhh.. Kepala aku makin berat. Aku berjalan sambil menahan pada dinding dapur sebab sakit yang berat rasanya di belah kanan kepala. Sekali...... Ya Tuhanku!!

Aku terpijak sesuatu yang berair dan melekit di atas alas kaki dapur. Hadiah dari hasil perkumuhan lancar whiskas tin. Ya Tuhanku.. Satu satuuu aku kena ni.... Aku dengar pintu rumah terbukak.

"Akakk!!! Nak duit ni, nak isi minyak! Cepatlah adik dah lambat ni...!!!"

Aku tiba-tiba rasa pedih kat bahagian kerongkong aku. Aku pegang, basah. Aku tengok jari aku. Eh? Darah? Peritnya rasa kerongkong aku.. Eh? Baju aku basah dengan darah?? Aku cuba bukak mata aku.. aku nampak adik aku menangis, dah kenapa kau? Tapi tula.. Aku rasa perit sangat kat bahagian leher, kerongkong, anak tekak semua.. Aku tengok tangan kiri aku ade pisau yang basah dengan darah. Dah kenapa ni?? Mak.. Mak.. Rina sayang mak.. Mak..

Gelap.



I may have made it rain
Please forgive me
My weakness caused you pain
And this song's my sorry

*Britney Spears - Everytime*

LelahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang