Setelah mereka berdua masuk ke dalam cermin tersebut, mereka berasa hairan kerana cermin yang mereka naik boleh dibawa ke alam lain. Apabila dalam perjalanan, Joe teringat bahawa cikgu sekolahnya pernah memberitahu tentang portal. Hanya Peter yang leka dengan komiknya. "Portal". Kata Joe secara tiba-tiba." Kenapa dengan portal?" Balas Peter. "Portal", nama cermin ni Portal". Kata Joe. "Portal??" Kata Peter. "Yup portal". Balas Joe. "Cam tak logik je". Kata Peter. "Kau tak tau kau diam jelah. Bising je tulah komik, komik, komik!" Marah Joe. "Rilek". Kata Peter. "Ada satu lagi". Sambung Joe. "Apa lagi !" Marah Peter. "Still Alive". Kata Joe. "Still Alive???" Balas Peter. Belum sempat Joe hendak beritahu tentang nama still alive itu, tiba-tiba mereka terdengar suara ngauman yang sangat kuat. "Bunyi apa tu?!" Kata Joe. "Bunyi raksaksa kot". Peter membalasnya. Akhirnya mereka terkeluar dari portal itu. "Selamat kita". Kata Joe. "Selamat ehh... kita kat mana ni pandai!!". Marah Peter. "Entah gelap semacam jer". Kata Joe. Tiba-tiba mereka terlihat sekumpulan kelawar bertebangan di atas mereka. Kemudian mereka terlihat lagi seekor gergasi menuju ke arah mereka. "Apa bendanya tu??". Tanya Peter. "Tu gergasi pandai!" Kata Joe. "Ooo apa kita nak buat ehh??" Tanya Peter. "Soalan bodoh pulak.. lari lah pandai!!" Marah Joe. Mereka menjerit sekuat hati mereka sambil berlari menuju ke arah gua. "Fuh sempat jugak". Lega Peter. "Semua ni kau punya pasal!". Marah Joe. "Apahal aku pulak??". Sambung Peter. Yelah menyesal aku tolong kau daripada disedut "benda" ni!!!". Kata Joe. "Yelah aku tahu aku salah". Kata Peter. "Ni last warning ehh". Kata Joe. "Allright boss". Kata Peter. Tiba-tiba gua itu bergegar sekuat mungkin. Mereka bergegas melarikan diri mereka keluar dari gua itu. Apabila mereka keluar dari gua itu mereka terkejut apabila melihat seekor haiwan gergasi menggigit-gigit gua itu. Mereka menjerit sekuat hati mereka. Jeritan itu telah didengari oleh seorang lelaki dewasa yang sedang memburu haiwan untuk di makan. Pemburu itu melontar sesuatu ke arah haiwan itu. Dengan secara tiba-tiba haiwan itu tumbang. "Terima kasih". Kata Peter dan Joe serentak. "Korang dari mana hah mengganggu je!!!!". Jerit pemburu itu. "Kami datang dari portal pakcik". Jawab mereka. "Portal??? Macam pernah dengar". Jawab pemburu itu. Mereka pun menerangkan satu-persatu apa yang terjadi terhadap mereka. "Oh yeke aku akan tolong kamu balik". Kata pemburu itu. Lalu mereka menunjukkan portal itu. Pemburu itu membaiki portal itu. Akhirnya mereka boleh balik ketempat asal mereka. Sebelum mereka pergi mereka sempat bertanya tarikh tempat itu berapa. "1018". Jawab pemburu itu. Mereka pergi masuk kedalam portal itu.
YOU ARE READING
PORTAL
FantasyPeter Mclane seorang anak kepada Hary Mclane dan juga merupakan pelajar sekolah Bullworth Academy. Peter selalu ditimpa nasib malang akan tetapi pada suatu hari, Peter terjumpa cermin rosak berwarna biru cair. Peter segera pergi ke cermin itu. De...