Pengenalan

1.2K 10 1
                                    

SUATU Khamis yang biasa. Aku tergerak hati untuk melaksanakan perancangan yang mana telah tertunda seminggu. Cuti masih berbaki lebih kurang sebulan mesti digunakan sebaiknya untuk mencari wang saku. Sebagai penuntut ilmu di institusi pengajian umum negara, wang saku amat penting bagi menampung kelangsungan hidup terutamanya bagi seorang yang mudah lapar seperti aku.

Aku terfikir mahu mengusahakan pembuatan dadih untuk dijual di kantin sekolah. Idea ini tercetus setelah kawan aku berkongsi kisah hidupnya di universiti swasta dengan menjual dadih. Sebagai seorang yang berjiwa muda, sikap ingin mencuba meluap-luap di dalam diri ini. Maka aku usulkan idea tersebut kepada orang tua dan mereka menyokong penuh manakala ibuku tekad ingin membantu kerana ingin mengisi masa lapang.

Aku mula mengisi jawatan pembantu pembancuh air (atau ada dalam kalangan rakanku menggelar jurutera air) setelah diberi peluang oleh tauke kantin bekas sekolah menengahku. Sebenarnya aku hanya minta izin nak tumpang jual dadih saja, tetapi rezeki punya suratan aku ditawarkan kerja sebagai (penolong) pembancuh air.

Banyak pengalaman diperolehi setelah mulanya pekerjaan yang nampak tenang namun penuh cabaran. Banyak juga kisah-kisah yang ingin aku kongsi. Tapi penceritaan sebegini tidak sesedap seperti yang aku lalui namum aku cuba untuk perihalkan sebaik mungkin.

Pembancuh AirWhere stories live. Discover now