Pangkat Darjat

857 2 0
                                    

SENIORITI adalah pemikiran yang di-junior-kan. Orang gila pun tidak pernah obses dengan senioriti!

"Amboi, awalnya kau datang kerja pagi ni Moh!" laung Kak Sidah dari dapur merangkap ketua tukang masak.

"Biasa la Kak Dah orang ada laki," jawab Rosmoh yang tau dia sedang diperli Kak Sidah. Moh merupakan antara senior dalam bidang pendapuran kantin. Seorang yang suka bergurau menggunakan percakapan berbaur lucah tetapi sangat rajin melakukan pekerjaan. Mulut laju, kerja pun jalan agak laju. Semua pekerja walaupun baru bekerja hari pertama pasti mudah mengenali cara dan gaya Moh.

Hanya ada beberapa orang senior sahaja yang masih kekal di kantin ini. Kak Sidah orang yang paling senior antara senior dan semua orang kenal akan dia kerana sikap suka membebelnya. Apa sahaja yang tidak kena di mata atau di hati pasti kan diluahkan. Mulutnya yang tiada insuran akan senyap apabila dia pulang. Waktu kerjanya (sebagai tukang masak) juga berlainan. Masuk kerja seawal jam lima pagi dan balik selewat jam dua petang. Semua orang akan diam apabila dia bersuara. Kak Sidah juga merupakan seorang yang mudah terhibur. Selalu ketawa terlebih dahulu sebelum menceritakan kisah yang dirasakan lawak kepadanya. Sesiapa yang mahu membetulkan mood Kak Sidah mestilah mempunyai cerita yang lucu atau gosip atau jadi batu api. Memang nampak banyak keburukan tetapi itulah realiti yang kita hadap setiap masa. Gosip, batu api, bodek dan banyak lagi perkara yang nampak biasa tetapi sangat besar kesannya tidak kira kepada sesiapa.

"Sebab tu la Kak Dah tu tak berlaki sampai sekarang," ujar Kak La selaku ketua pembancuh air kepada aku sebagai pembantunya. Talam dua muka dan suka membodek. Mudah untuk kita menyerap tabiat yang mudah larut dalam minda, bukan?

Pembancuh AirWhere stories live. Discover now