Ketika aku sedang asyik bermain PS2 seorang diri, tiba tiba pintu apartment aku diketuk berkali kali. "Shit! Siapa pula yang mengacau nih?" desis aku sambil berjalan ke pintu. Kedengaran suara razin menjerit dari luar, "Woi shahir aku tau kau ada dekat dalam kau bukak sekarang!" Aku memegang tombol pintu dan bersedia untuk memulas. Tidak sempat aku membuka pintu dengan lebih luas, razin terus menendang pintu apartment aku. Aku terdorong ke belakang dan tanpa sempat bersedia aku jatuh terlentang. Bahagian belakang badanku terasa sakit apabila ia menghentak lantai yang tidak berkapet dan hanya jubin semata. "Babi kau apasal tiba tiba nak tendang pintu aku?!" kataku sambil bangun dan memandang razin dengan muka tak puas hati. "Kau yang buat cerita bukan bukan dekat syeera kan? Kau buat semua tuh sebab kau nak rampas syeera dari aku kan?! Aku tau yang kau dahlama usya syeera. Cilaka kau!" razin dengan pantas menghayun topi keledar yang dipegangnya tepat ke muka aku.Aku bernasib baik sempat mengelak serangan tersebut kalau tidak mesti habis berterabur gigi aku disebabkan oleh ayunan dia. Aku mula mempertahankan diri apabila razin mula menggila menghayun secara rawak topi keledar yang dipegangnya. Aku mesti buat sesuatu. MESTI! Aku mengelak hayunan rawak razin dan menendang rusuknya. Dia terdorong ke belakang dan menunduk. Menahan kesakitan mungkin? Aku mengambil kesempatan itu untuk membalas serangan razin. Tanpa berlengah aku melepaskan tumbukan tepat ke muka dia. Darah mula mengalir keluar dari hidung razin. "Sial kau!" razin menerpa ke arah aku sambil mengangkat tinggi topi keledarnya. Aku tidak sempat mengelak dan topi keledar tersebut menghentam bahagian kiri kepalaku. Pandangan mata aku mula kabur dan kepala aku terasa bagai baru sahaja berputar 360°. Aku rebah apabila tidak dapat mengimbangkan badan kesan daripada hentaman di kepala aku sebentar tadi.Razin menghampiri aku sambil memegang topi keledarnya. "Aku dah warning kau, jangan kacau awek aku. Tapi apa kau buat?" kata razin sambil duduk di atas dadaku dan membelek belek topi keledarnya. "Kalau kau takkacau awek aku, mesti kau takkan sakit macamnih". Aku yang terbaring sambil dada terpaksa menampung berat badan razin cuba untuk meloloskan diri. Dengan hanya sebelah tangan aku cuba mencapai joystick yang tidak jauh dari aku. Sebaik sahaja tangan aku berjaya menggenggam joystick itu aku mula menghayunkan tepat pada belakang kepala razin. Tatkala dia sedang mengaduh kesakitan aku menggunakan segala kudrat yang ada dan menolak razin dari terus melabuhkan punggungnya pada dada aku dan mengganggu proses penafasan aku. Sebaik sahaja aku dapat bangkit aku umpama dapat merasakan andrelina dalam badan aku merebak dengan cepat keseluruh badan. Dengan serta merta aku terus duduk menghimpap razin mengunci dia dari terus bangkit dan mula menghentam mukanya berkali kali menggunakan joystick yang aku pegang sejak tadi."Woi lepaskan aku babi! Sakit sial! Woi! Arghh!" aku tanpa mempedulikan pekikan dan jeritan dari razin terus menghentam mukanya "diam! diam! aku kata diam!!" lalu menghentam muka razin dengan kuat umpama melepaskan pukulan bola hoki untuk menjaringkan gol. Razin senyap. Tiada pergerakan daripada dia. Muka dia sudah habis dipenuhi dengan darah dia sendiri.
Aku berhenti dan mencampak joystick yang aku pegang ke tepi. Kelihatan tiada lagi deruan nafas daripada razin. Aku melihat tangan dan baju yang aku pakai sudah habis dibasahi dengan darah. Aku toleh ke arah dia yang sudah terkulai tidak bernyawa. Aku takbunuh dia. Tidak sama sekali. Aku cuma biarkan dia senyap. Mungkin untuk suatu jangka masa yang panjang. Aku bangkit lalu berjalan ke dapur. Membersihkan tangan yang dipenuhi dengan darah dan terus ke bilik air untuk mandi. Sesudah mandi dengan hanya bertuala yang menutupi bahagian pinggang sehingga lutut aku bergerak ke bilik tidurku untuk menukar pakaian. Aku memilih jersey pasukan bola sepak kegemaranku dan menyarungkannya ke tubuh. Aku bergerak ke ruang hadapan di mana mayat razin yang sudah hancur mukanya dibantai dengan joystick. Jelas kelihatan mukanya yang dahulunya tampan dan digilai oleh para perempuan diluar sana kini sudah hilang ketampanannya. "Lepasnih kene beli joystick baru laa gamaknya" kata aku sambil mengambil joystick tersebut dan buang ke dalam tong sampah. Aku mengambil tempat di sofa dan berfikir. Apa yang patut dibuat dengan mayat nih? Takmungkin aku akan biar dia kekal disini. Kelak mayat dia akan mula membusuk dan menimbulkan syak wasangka jiran yang berada di sekitar apartmentku. Selepas 15 saat aku mengambil Samsung S6 yang berada di atas meja dan terus mendail nombor seseorang. Seseorang yang aku jamin boleh bantu aku untuk menyelesaikan masalah mayat si razin yang takguna ni.
"Kau kat mana?"
"Kat rumah, apasal?"
"Datang rumah aku jap. Ada masalah nih."
"Masalah apa?"
"Ada mayat dalam rumah aku nih. Tolong kejap."
"Mayat?! Kau bunuh siapa duh?"
"Mamat nih memekak kacau aku main ps2 sakai betul so aku kasi ah dia diam."
"Hahahaha iyelaa. Lagi setengah jam aku datang"
Telefon diletak. Untung ada si airel. Takdela aku kene susah susah dok fikir macam mana nak settlekan masalah si razin nih. Aku berjalan ke peti ais dan mencapai setin coca cola. Tekak tiba tiba terasa haus. Aku bergerak ke ruang tamu sambil memegang air tin tadi. Mata aku terarah ke arah razin yang sudah senyap buat selamanya. Aku letak air tin yang aku pegang ke atas meja kopi dan berjalan ke arah mayat razin. Dengan menggunakan segala kudrat yang ada aku mengangkat mayat razin untuk dialihkan daripada terus berada di ruang tersebut. "Bapak berat nak mati budak nih. Menyusahkan aku pulak nak mengangkat dia nih" rungut hati aku sambil mengangkat mayat tersebut dan letakkannya di dalam bilik air. Selesai mengalihkan mayat aku terus berjalan ke ruang tamu mencapai remote dan melabuhkan punggung ke sofa. "Sekarang bolehlaa layan movie kejap sementara tunggu airel sampai" kata aku sambil mencari channel yang menarik untuk ditonton.