manusiamenjerit,
melolong,
meminta tolong,
syarikat di amerika dah
punah,
hancur,
ranah,
haram jadah,
ekonomi apakah ini?
setiap 10 tahun sekali,
pasti musnah,
syarikat tua muda kerdil gergasi jatuh rebah,
tersungkur dan berdarah.
apa kejadah semua ini?
aku tak pasti kerana subjek ekonomi,
di universiti aku ambik dua kali,
haram jadah kalau aku mahir ekonomi,
mungkin dunia tak jadi begini.
Kampung Sekati Manir
17 Feb 2009 12.42 pgAhmad Belia di 12:27 PG
KAMU SEDANG MEMBACA
Budak Punk Kakinya Berdarah Di Tanah Anarki
Short Story" Budak Punk Kakinya Berdarah Di Tanah Anarki" merupakan sekumpulan sajak yang di tulis oleh Nor Hisham Mohamed atau Mat Tiara yang tidak mengikut peraturan bahasa melayu kelas tinggi.